Melaka - Pengunjung pusat beli pusat beli-belah Dataran Pahlawan, Banda Hilir dan pelancong sekitar kawasan berkenaan gempar apabila sebuah menara penyejuk yang dalam pembinaan tiba-tiba terbakar petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, menara penyejuk itu terbakar ketika seorang pekerja Indonesia berusia 20-an sedang melakukan kerja-kerja mengimpal di menara berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Yazid Mohd. Tahir berkata, ketika kejadian, pekerja Indonesia berkenaan berada berseorangan di menara penyejuk itu melakukan kerja-kerja mengimpal.

"Sebaik menyedari menara penyejuk itu terbakar, dia bergegas melarikan diri sebelum menjerit memberitahu rakan-rakannya mengenai kejadian tersebut yang kemudian menghubungi pihak bomba," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini. - KOSMO

Sumber Berita Dari Blog Greenboc

No comments:

Post a Comment