Pemerintah Mesir Mengganas: Tangkap Empat Wartawan Al Jazeera

Empat orang wartawan dari stesyen television Al Jazeera yang berpejabat di Qatar diberitakan telah ditahan di Ibu Kota Mesir, Kaherah. Penangkapan mereka difahamkan akibat pemerintah Mesir mulai kurang senang dengan pemberitaan wartawan yang dilihat tidak memihak pemerintah Mesir.

Keempat orang diketahui adalah koresponden Wayne Hay, juru kamera Adil Bradlow dan dua orang produser Russ Finn dan Baher Mohammed. Mereka ditangkap pada Selasa 26 Ogos 2013, tetapi pihak Al Jazeera menyatakan, penangkapan berlangsung pada Rabu 27 Ogos 2013.

Mengenai penangkapan staf Al jazeera pihak berkuasa menjamin keselamatan juga kesihatan seluruh jurnalis. Pada akhirnya pemerintah Mesir memenuhi permintaan pembebasan para jurnalis. Demikian diberitakan The Guardian, Jumaat (30/8/2013).

Penangkapan keempat jurnalis ini dilakukan hanya seminggu setelah penyerbuan dan penangkapan staf jaringan television Al Jazeera di Mesir, Mubahser Misr. Pemerintah Mesir melabelkan Mubahser Misr sebagai ancaman bagai keselamatan nasional dan mereka perlu menutup pejabat berita ini.

Selain itu Menteri Dalam Negeri Mesir juga menuduh Al Jazeera dalam pemberitaannya terlalu condong membela Morsi. Menanggapi tuduhan dari pemerintah Mesir, stesyen television berita ini telah menyangkal semua tuduhan.

Mereka juga menyebut Pemerintah Mesir memang merencanakan kempen menentang Al-Jazeera. 
 
Sumber Berita Dari Blog Kelab Greenboc

INILAH WAJAH LELAKI YANG NAIK ANGIN SATU BADAN MERAMPAS "SANG SAKA MALAYA" DI DATARAN MERDEKA DIMALAM AMBANG MERDEKA....!!!


Seorang lelaki seperti kena rasuk telah bertindak merampas beberapa helai bendera 'Sang Saka Malaya' yang dikibarkan sekumpulan aktivis di Dataran Merdeka malam tadi.

Kumpulan yang dipimpin aktivis politik, Hishamuddin Rais itu telah mengadakan satu perhimpunan Ambang Merdeka di samping mengibarkan Sang Saka Malaya.

Lelaki tersebut yang bertindak ketika Sasterawan Negara, A.Samad Said sedang menyampaikan ucapan sempat memberi peringatan kepada para aktivis dengan nada marah dan terjerit-jerit  bahawa Jalur Gemilang merupakan bendera yang menjadi mercu tanda rakyat di Negara ini.

Terdahulu, Hishammuddin Rais dalam ucapan ringkasnya berkata, kemerdekaan yang dikecapi selama 56 tahun merupakan Hari Malapetaka buat rakyat Malaysia.

Beliau yang mempertahankan bendera Sang Saka Malaya menegaskan, rakyat Malaysia telah ditipu dengan semangat mengibarkan Jalur Gemilang yang realitinya diciplak dari Amerika Syarikat.

"Jalur Gemilang adalah tipu dari Amerika, bendera sang saka ini adalah tradisi dari pada kerajaan Melayu langka suka.

"Bendera ini dinaikkan pada tahun 1947. Pengisytiharan 31 Ogos bukanlah Hari Kemerdekaan. Akan tetapi merupakan Hari Malapetaka," katanya ketika berucap di hadapan penyokongnya di Dataran Merdeka malam tadi.

APAKAH LELAKI INI SEBAHAGIAN DARI MANA-MANA ANGGOTA KUMPULAN KONGSI GELAP YANG DI HARAMKAN?

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

Puteri Umno Bukit Gantang: 3 puteri bertanding selak kain....???

Menurut maklumat yang mengejutkan puteri disebut-sebut untuk pertandingan Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Gantang Perak.

Penyandang kerusi tersebut ialah Puan Jamilah bt Zakaria seorang guru yang berkhidmat dengan jabatan pendidikan yang kebal dengan segala tindakan PPD, mana taknya.... masih jadi guru tapi boleh bebas jadi Ketua Puteri UMNO Munafikun.... kalau ada guru yang aktif dalam PR walaupun hanya ketapak program anjuran PAS maka jadi sasaulah PPD ambil tindakan.

Manakala AJK Puteri Umno Bahagian, yang disebut-sebut akan bertanding untuk jawatan Puteri UMNO Munafikun ialah Cik Hajah Hajar Hanim bt Hj Miskon dan seorang lagi masih samar-samar dan belum memberi hint atau buka mulut untuk bertanding....

Segalanya mungkin terjawab sebelum 28 September nanti.... pertandingan dalam pemilihan UMNO Munafikun tak meriah kalau tanpa rasuah, bodek, lobi melobi dan selak kain sebab mencontohi Ketua Wanita UMNO mereka Kak Jat dari kandang.... ha.... ha.... ha....

Dahulu Umno Bukit Gantang kononnya merupakan kubu kuat Umno tetapi kini lemah dan hilang 3 kerusi penting iaitu Parlimen, Dun Changkat Jering dan Dun Sepetang.

UMNO BN kalah kerana pembangkang (PR) bertambah kuat serta dalam BN dan Umno itu sendiri bercakaran untuk poket masing-masing.

Sumber Berita Dari Blog Orang ni

Anwar ikrar tiada persempadan semula selagi SPR tidak ditukar

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Persempadanan semula kawasan pilihan raya tidak akan ada tahun ini selagi pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ada kekal.
Demikian ikrar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider.
Tahun ini, sampailah sudah masanya persempadanan semula kawasan pilihan raya perlu dibuat.
Ini bermakna, bila-bila masa sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membentangkan satu persempadanan pilihan raya baru ke dalam Dewan Rakyat.
Mengikut Perlembagaan, ia perlu dilakukan setiap lapan hingga 10 tahun sekali.

Kali terakhir ia dibuat pada tahun 2003 iaitu menjelang pilihan raya umum 2004.
Kini, masanya sudah melebihi 10 tahun. Oleh itu, SPR mahu tidak mahu terpaksa membuat persempadanan ini.
Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya akan bermula hujung tahun ini selepas tertangguh pada 2011.
Beliau berkata proses itu akan dilaksana secara berperingkat dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
"Sepatutnya dibuat pada tahun 2011 tetapi memandangkan pada masa itu kami perlu menghadapi persediaan pilihan raya umum ke-13 (PRU13), maka kami menangguhkannya hingga PRU13 selesai," katanya melalui ceramah bertajuk Pengalaman SPR dalam mengendalikan persempadanan kawasan pada 2003 dalam seminar selepas pilihan raya anjuran Majlis Peguam Malaysia 8 Jun lepas.
Namun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas menolak SPR dengan kepimpinan yang ada untuk mengendalikan kerja-kerja ini.
"Kita menentang keras kerana tidak wajar SPR yang curang dengan rekod kotor dan jijik itu diamanahkan untuk melakukan sesuatu perubahan besar."
"Tidak munasabah dan kita akan tentang keras dan kita beri ingatan jangan sekali-kali mengadakan persempadanan ini oleh SPR yang ada," katanya kepada The Malaysian Insider.
Sempadan kawasan pilihan raya adalah perkara yang termaktub di dalam perlembagaan. Untuk mengubah sesuatu perkara dalam Perlembagaan, ia perlukan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat.
Dengan kedudukan BN yang hanya mempunyai majoriti tipis dalam Dewan Rakyat, amat sukar bagi SPR untuk melakukannya.
Sudah tercatat dalam sejarah pilihan raya di negara ini, Umno dan Barisan Nasional (BN) akan menang besar setiap kali selepas persempadanan pilihan raya dilakukan.
Yang terakhir adalah persempadanan pilihan raya yang dibuat pada tahun 2003. Ia dibuat selepas PAS menang besar dalam pilihan raya sebelumnya yang diadakan pada tahun 1999 akibat sokongan orang Melayu kepada PAS ekoran kes mata lebam Anwar.
Dalam persempadanan 2003 itu, kawasan pilihan raya di negara ini disusun sedemikian rupa dengan memasukkan orang-orang Cina dan India ke dalam kawasan yang selama ini dikuasai oleh pengundi Melayu.
Antara kesan yang paling ketara adalah kawasan Parlimen Kuala Kedah yang dimenangi Mohamad Sabu pada tahun 1999 dan Pokok Sena di Kedah yang dimenangi Datuk Mahfuz Omar.
Dalam persempadanan ini, negeri-negeri yang mendapat sokongan tinggi Umno mendapat tambahan bilangan kerusi yang sangat tinggi. Antaranya Johor yang menambahkan bilangan kerusi ke-26 kerusi Parlimen.
Hasilnya, pada pilihan raya 2004, BN menang besar. Sebahagian besarnya kerana persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat pada 2003.
Namun ia boleh dibuat ketika itu kerana BN mempunyai kuasa dua pertiga dalam Dewan Rakyat.
Pada tahun 2011, persempadanan tidak dibuat kerana BN tiada kuasa dua pertiga walaupun alasan Wan Ahmad adalah kerana hendak menghadapi pilihan raya.
Alasan ini bercanggah sekali dengan apa yang berlaku pada tahun 2003 apabila persempadanan kawasan pilihan raya dibuat setahun sebelum pilihan raya 2004.
Bagi Anwar, persempadanan ini bukan soal dua pertiga tetapi soal kredibiliti SPR itu sendiri yang mesti diselesaikan.
"Soal electoral roll pun tidak berjaya diselesaikan lagi sampai sekarang. Selesaikan itu dahulu," katanya merujuk kepada daftar pemilih yang dikesan mempunyai pelbagai masalah.
Baru-baru ini, SPR menukar setiausahanya, Datuk Kamarudin Mohd Baria namun bagi Anwar ia bukan jalan penyelesaiannya.
"Penyelesaian ini tidak boleh selesai dengan penukaran setiausaha yang bersara yang diganti dengan yang baru tetapi penukaran orang-orang kanan mereka."
"Sudah-sudahlah kepada yang berkhidmat, terima kasihlah. Bagilah kepada mereka pingat dan ganjaran kerana mereka berjasa kepada Umno.... bagilah. Tetapi jangan korbankan prinsip kebebasan dan ketelusan ini," kata Anwar.
Kepentingan rakyat
Di sebalik faktor ketelusan, faktor kepentingan rakyat juga perlu dikaji dalam persempadanan kawasan pilihan raya ini.
Dengan kuasa yang ada, Pakatan Rakyat (PR) di negeri Selangor misalnya boleh berkata 'tidak' kepada cadangan persempadanan pilihan raya ini kerana mereka mempunyai kuasa dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri.
Namun, jika tidak dilakukan persempadanan ini bermakna, rakyat Selangor yang paling rugi kerana mereka tidak akan diwakili dengan adil. Selangor mempunyai 1,924,281 pemilih berdaftar dalam PRU-13 lalu tetapi bilangan Parlimennya hanya 22 sahaja berbanding Johor yang mempunyai 26 kerusi.
"Di Selangor sekarang, jumlah rakyat bagi setiap Parlimen dan DUN terlalu tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain. Jika kawasan pilihan raya Parlimen atau DUN tidak ditambah di Selangor bermakna, rakyat yang rugi," kata Abdul Shakur Tahir, Setiausaha Pilihan Raya PAS Pusat.
Beliau berkata, Johor misalnya mempunyai banyak kawasan Parlimen berbanding rakyatnya bagi setiap Parlimen. Begitu juga kawasan Putrajaya yang hanya mempunyai 10,000 pengundi tetapi mendapat satu parlimen.
"Hulu Selangor misalnya mempunyai 74,939 pengundi dan Gombak mempunyai 106,747 pengundi."
"Sedangkan Segamat di Johor hanya mempunyai 39,807 pengundi manakala Pagoh hanya mempunyai 40,515 pengundi sahaja. Ini tidak adil kepada pengundi Selangor."
"Oleh itu, sesuatu perlu dibuat untuk mencapai kata sepakat dan hak rakyat diberi," kata Shakur yang sangat berpengalaman dalam kerja-kerja pilihan raya.
Ini bermakna, mahu atau tidak mahu persempadanan kawasan pilihan raya satu keperluan. Menjadi keperluan juga ia dibuat dengan adil dan bukan untuk memenuhi keperluan pribadi pihak-pihak yang berkepentingan.
Dengan suasana yang ada, mahu atau tidak, SPR buat pertama kalinya dalam sejarah perlu mendapat persetujuan PR untuk membuat persempadanan kawasan pilihan raya. Jika tidak, SPR akan gagal dan akan dilihat gagal dalam menjalankan tugasnya. – 31 Ogos, 2013.
 
Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

Lelaki Mengamuk Rampas Bendera Sang Saka Malaya Ketika A.Samad Said Berucap


Photo: Saturday, 31 August 2013.

Lelaki Botak Ini Bodoh Nak Mampus..

Lelaki Mengamuk Rampas Bendera Sang Saka Malaya Ketika A.Samad Said Berucap.

Kelakar betul. Nak mengamuk atas benda remeh temeh. Itupun berlaku atas sebab ham. Jangan negatif sangat pada orang yang bawa bendera Sang Saka Malaya tue beb. Mereka bawa dan kibarkan bendera tue atas nama nasionalisme. Mengenangkan pejuang2 tokoh kemerdekaan parti politik gabungan haluan kiri. Bukan mengenangkan PKMM je. Jangan salah sangka.

Bendera Sang Saka Malaya juga di anggap sebagai bendera rakyat dengan sedikit ubahsuai.


Bendera ini pernah diperkenalkan sebagai bendera rakyat ketika parti politik gabungan haluan kiri percaya bahawa mereka sedang menghampiri jalan untuk mendapatkan kemerdekaan di negara itu suatu ketika dulu.

Bahkan diterima oleh rata2 rakyat di Tanah Melayu ketika itu sebelum Jalur Gemilang diperkenalkan oleh kerajaan selepas pertandingan mengenai bendera dilakukan oleh kerajaan. Maksudnya, mungkin ketika itu, semua nya telah bersetuju secara majoriti memperakui Jalur Gemilang. Jika pernah berlaku bantahan, maaf tak pula aku tahu. Tetapi itu tak bermaksud bendera Sang Saka Malaya itu jika dikibarkan sekali dengan Jalur Gemilang di anggap sebagai mencemar kedaulatan Jalur Gemilang. Rilex sudah la.

Hanya nak mengenang kembali tokoh2 pejuang haluan kiri. Bukan nak cetuskan provokasi. Nasib baik tiada mana2 pihak dari pembangkang yang membalas semula provokasi murahan dari lelaki berbaju biru tue. Kalau tak, habislah satu media Malaysia canang aktivis2 PRO RAKYAT ganas nak mampos. Ko menjerit la sorang2. Orang dok perhatikan je gelagat ko. Mungkin depa pun dok terfikir2. Ini orang ke monkey?

Nak marah kang, kalau monkey, reti ke dia faham?

KAH KAH KAH

Pengecut? Ada terbaca di youtube, mereka kata pejuang rakyat pengecut sebab tak balas balik tindakan lelaki tersebut. BTW, untuk benda2 gini kalau jadi pengecut pun takde masalah. Pengecut takmo balas provokasi memang tindakan yang bijak dan bernas. Orang bodoh balas provokasi. Orang bijak tak balas provokasi. Jadi pengecut sebab tak terikut2 untuk menjadi orang bodoh ialah satu tindakan yang betul. Keganasan bukan stail aktivis2 rakyat. Sorry.

KAH KAH KAH

- amenoworld

 
Posted by Jeebond BLMLelaki Botak Ini Bodoh Nak Mampus....
 
Kelakar betul. Nak mengamuk atas benda remeh temeh. Itupun berlaku atas sebab hampes. Jangan negatif sangat pada orang yang bawa bendera Sang Saka Malaya tue beb. 
 
Mereka bawa dan kibarkan bendera tue atas nama nasionalisme. Mengenangkan pejuang-pejuang tokoh kemerdekaan parti politik gabungan haluan kiri. Bukan mengenangkan PKMM je. Jangan salah sangka.

Bendera Sang Saka Malaya juga di anggap sebagai bendera rakyat dengan sedikit ubahsuai.

Bendera ini pernah diperkenalkan sebagai bendera rakyat ketika parti politik gabungan haluan kiri percaya bahawa mereka sedang menghampiri jalan untuk mendapatkan kemerdekaan di negara itu suatu ketika dulu.

Bahkan diterima oleh rata-rata rakyat di Tanah Melayu ketika itu sebelum Jalur Gemilang diperkenalkan oleh kerajaan selepas pertandingan mengenai bendera dilakukan oleh kerajaan. 
 
Maksudnya, mungkin ketika itu, semuanya telah bersetuju secara majoriti memperakui Jalur Gemilang. Jika pernah berlaku bantahan, maaf tak pula aku tahu. 
 
Tetapi itu tak bermaksud bendera Sang Saka Malaya itu jika dikibarkan sekali dengan Jalur Gemilang di anggap sebagai mencemar kedaulatan Jalur Gemilang. Rilex sudah la....

Hanya nak mengenang kembali tokoh-tokoh pejuang haluan kiri. Bukan nak cetuskan provokasi. 
 
Nasib baik tiada mana-mana pihak dari pembangkang yang membalas semula provokasi murahan dari lelaki berbaju biru tue. Kalau tak, habislah satu media Malaysia canang aktivis-aktivis PRO RAKYAT ganas nak mampos. 
 
Ko menjerit la sorang-sorang. Orang dok perhatikan je gelagat ko. Mungkin depa pun dok terfikir-fikir. Ini orang ke monkey?

Nak marah kang, kalau monkey, reti ke dia faham?

KAH....! KAH....! KAH....!

Pengecut? Ada terbaca di youtube, mereka kata pejuang rakyat pengecut sebab tak balas balik tindakan lelaki tersebut. BTW, untuk benda-benda gini kalau jadi pengecut pun takde masalah. 
 
Pengecut takmo balas provokasi memang tindakan yang bijak dan bernas. Orang bodoh balas provokasi. Orang bijak tak balas provokasi. Jadi pengecut sebab tak terikut-ikut untuk menjadi orang bodoh ialah satu tindakan yang betul. Keganasan bukan stail aktivis-aktivis rakyat. Sorry....

KAH....! KAH....! KAH....!


- amenoworld

GAMBAR HIASAN.

Posted by Jeebond BLM
 
Sumber Berita Dari Blog Zakri Ali


Pelajar cemerlang Maahad Darul Quran, Nur Atikah Noor Azman menerima Sijil dan Anugerah  Khas Imam As-Syafie daripada Tuan Guru Abdul Hadi.

MARANG: Orang Islam akan menjadi lemah apabila meninggalkan ajaran Islam kerana kekuatan umat dan kemuliaannya terletak kepada Islam, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, beliau memetik ucapan Saidina Omar al-Khattab, “Kita adalah umat yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain dari Islam, kita menerima hukuman penghinaan dan menjadi bangsa yang hina. Percayalah, kita tidak boleh bangkit melainkan dengan Islam”.

Katanya, pada masa yang sama orang Islam sendiri telah meninggalkan ajaran Islam walaupun ‘berpegang’ dengan ajaran Islam.

“Kita berada dalam keadaan yang sangat menyulitkan, bukan sahaja menyulitkan untuk diri kita bahkan menyulitkan untuk menyelamatkan manusia seluruhnya."

“Kita menghadapi cabaran yang hebat apabila musuh-musuh Islam sengaja tidak mengizinkan orang Islam memimpin dunia semula. Mereka buat macam-macam terutamanya apabila mereka tahu Islam adalah asas kekuatan orang Islam."

“Al-Quran adalah punca ilmu orang Islam. Mereka melakukan pelbagai-bagai cara untuk melemahkan orang Islam dalam ilmu agama mereka sendiri. Di Turki, di Indonesia, di beberapa negara Afrika mereka melemahkan orang Islam dalam bahasa Arab, mereka menghilangkan tulisan Arab. Mereka berjaya di Indonesia, mereka berjaya di Turki dan mereka melemahkan di negeri kita ini,” jelasnya ketika berucap merasmikan Ihtifal Idul Ilmi Maahad Darul Quran (MDQ) ke-22 di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, semalam.
.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan ilmu al-Quran perlu dihidupkan semula dan dikaji melalui bahasanya iaitu bahasa Arab.

Katanya, tanggungjawab mengembalikan semula kepada ilmu al-Quran merupakan suatu kewajipan yang sangat besar kepada umat Islam.

“Tanggungjawab kita untuk mengembalikan semula kepada ilmu al-Quran suatu kewajipan yang sangat besar. Oleh kerana, kita tidak mendapat sokongan dan dukungan dari kerajaan-kerajaan yang memerintah."

“Maka terpaksalah parti-parti Islam dan kumpulan Islam di seluruh dunia menubuhkan madrasah-madrasah, menubuhkan maahad, menubuhkan universiti, pusat pengajian tinggi dan pelbagai pusat pengajian pondok, pasantren dan lain-lain lagi."

“Semua tujuannya untuk mempertahankan ilmu Islam dan mengajak semula generasi yang ada supaya menggali ilmu Islam ini untuk mengembalikan semula kekuatan umat kerana kekuatan umat dan kemuliaannya terletak kepada Islam,” tegasnya.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Ini Reaksi Terbaru Pemimpin Pakatan Rakyat Berkenaan Cadangan Anwar Untuk Berunding Dengan BN

Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) tentang kesediaan pembangkang mengadakan “rundingan meja bulat” bersama kerajaan bukan sahaja mengejutkan Barisan Nasional (BN) akan tetapi juga Pakatan Rakyat (PR).
Di ambang sambutan Hari Merdeka ke 56, pengumuman ketua pembangkang itu menjawab segala desas-desus mengenai pertemuan belakang tabirnya dengan Datuk Seri Najib Razak untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.
Walaupun semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR semalam Anwar menjelaskan seruan untuk berbincang dengan BN itu tidak sama dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan, secara persepsinya memang terdapat permainan “kayu tiga” di belakang.
Seorang pemimpin kanan PAS memberitahu The Malaysian Insider, parti Islam itu tidak pernah mengetahui atau berbincang dengan ketua pembangkang mengenai rundingan dengan BN sebelum pengumuman itu dibuat.
“Pemimpin-pemimpin PAS terkejut mendengar pengumuman Anwar itu. Semua masih tak faham,” kata pemimpin itu dengan syarat namanya dirahsiakan.
“Kami mahu tunggu dan lihat terlebih dahulu,” tambahnya.
Pemimpin-pemimpin DAP yang dihubungi enggan memberikan komen dan bersikap dingin mengenai isu ini.
Reaksi dari pemimpin parti komponen PR itu menimbulkan tanda tanya tentang siapakah yang ingin berunding dengan BN, PKR atau gabungan yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya 2008 itu?
Menurut Anwar, PR bersedia untuk mengenepikan ketidakpuashatian berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu yang mereka anggap dicemari dengan penipuan demi kesejahteraan dan masa depan negara.
“Datuk Seri Najib Razak harus terbuka untuk berbincang kerana banyak dasar dan program yang boleh disepakati bersama,” katanya.
“Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok.”
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai reaksinya mengatakan Anwar terdesak dan memperlekehkan bantahan dilakukan pembangkang berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.
"Apabila mahkamah menolak mereka teruskan dengan perhimpunan bodoh, jadi inilah yang dilakukan seolah-olah beliau pula yang menyatukan rundingan ini," katanya dalam satu sidang media dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno di PWTC semalam.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Muhkriz Mahathir pula mempersoalkan motif Anwar untuk berbincang dengan BN.
Menurut Menteri Besar Kedah itu, tawaran berbincang dibuat Anwar selepas PR kalah dalam hampir kesemua petisyen pilihan raya di seluruh negara.
Apa pun percaturan Anwar, buat masa ini beliau dilihat terhegeh-hegeh mahu bertemu BN dan diperlekehkan oleh Khairy, Mukhriz serta pemimpin-pemimpin Umno lain.
Mata tertumpu kepada reaksi Najib. Beranikah anak kepada perdana menteri kedua itu memecahkan tradisi dengan membuka pintu perbincangan BN dan PR?
Selepas mesyuarat MT Umno semalam, perdana menteri terus bergegas meninggalkan bangunan PWTC tanpa memberikan sidang akhbar kepada pemberita.
Berapa lamakah Najib mahu mendiamkan diri mengenai isu ini?
Dalam perutusan Hari Kemerdekaan ke 56, Najib menggesa segenap lapisan masyarakat mempertahankan hari bersejarah itu.
“Kita juga wajib terus memelihara dan mempertahan perkara-perkara berkaitan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam serta keistimewaan Melayu dan Bumiputera seperti mana bapa-bapa kita terdahulu telah maktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya
Sesuaikah Anwar dengan pandangan Najib itu? - the malaysian insider

Sumber Berita Dari Blog Addin

TEMERLOH: Menjelang beberapa jam sahaja lagi negara akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ke-56, rata-rata dilihat rakyat bagaikan tidak cakna dan tidak mempedulikan 31 Ogos tarikh yang dianggap 'keramat' oleh kerajaan itu.

Ini dapat diukur dengan kurangnya pengibaran bendera Jalur Gemilang pada kenderaan, premis-premis perniagaan dan di rumah kediaman sehingga sambutan merdeka tahun ini dilihat suram dan hambar jika dilihat daripada sambutan rakyat.

Dalam tinjauan sepanjang perjalanan dari plaza tol Bentong ke Kuantan, jumlah kenderaan yang lalu-lalang, didapati yang melekatkan atau mengibarkan Jalur Gemilang hanya boleh dibilang dengan jari.

Begitu juga dengan kebanyakan premis perniagaan seperti restoran, pusat membeli-belah dan stesen minyak, bangunan swasta, pejabat dan bangunan di kawasan komersial di beberapa jalan utama di Kuantan dan Temerloh juga dilihat tidak berbuat demikian.

Memang terdapat gesaan daripada pihak kerajaan terutama melalui media televisyen menyeru rakyat mengibarkan bendera kebangsaan. Namun jelas sekali gesaan tersebut hanya dipandang sepi oleh umum.

Kelmarin, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tampil melahirkan rasa kecewa kerana kurangnya sambutan masyarakat terhadap Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan ke-56 negara.

Lebih memalukan, pihak kerajaan atau penaja ada mengedarkan bendera percuma tetapi orang ramai masih enggan memasang atau mengibarkannya.

Namun tindakan tidak mengibarkan Jalur Gemilang ini tidak boleh dirumuskan bahawa rakyat negara ini sudah hilang semangat patriotiknya.

Bagi ahli jawatankuasa Persatuan Sejarah Pahang, Alang Ahmad Teh, 74, terdapat tanda-tanda seolah-olah rakyat sudah ‘bosan’ terutama golongan muda yang disumbatkan dengan maklumat seolah-olah hanya diperjuangkan oleh Umno bersama gabungannya MCA dan MIC mendapatkan kemerdekaan daripada Inggeris.

Sedangkan perjuangan berdarah yang panjang sebelum itu tidak dikaitkan langsung dengan kemerdekaan. Akhirnya kemerdekaan digambarkan hak milik Umno semata-mata.

Oleh itu, baginya sejarah yang betul perlu diajarkan mulai sekarang supaya rasa bersemangat mesti datang daripada kesedaran dan kesyukuran rakyat, bukannya paksaan daripada kerajaan.

“Yang kita bimbangkan ialah anak-anak muda mula naik menyampah apabila meraikan merdeka bermakna mereka meraikan kejayaan Umno. Saya nak tegaskan merdeka ini bukan dimonopoli oleh Umno saja, bahkan parti itu melaungkan merdeka setelah parti-parti yang memperjuangkan kemerdekaan diharamkan,” katanya.

Alang berkata, memang tidak nafikan Umno juga mendapatkan kemerdekaan secara bertulis di London tetapi tidak harus juga dilupakan jasa pencetus kemerdekaan sebenarnya.

“Maknanya janganlah dipadamkan sejarah kemerdekaan kerana sejarah perjuangan kemerdekaan bukannya bermula daripada Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman saja. Ramai pejuang-pejuang lain yang menyabung nyawa dan bermandi darah demi kemerdekaan tetapi seolah-olah dipadamkan daripada sejarah negara,” jelasnya.

Tambahnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) serta sayapnya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (Awas) dan lain-lain pertubuhan revolusioner lebih awal lagi berarak menuntut kemerdekaan  iaitu pada April 1945 di tengah-tengah bandar Temerloh.

Bagi peguam Ahmad Nizam pula, roh merdeka sudah hilang di hati rakyat kerana biasanya kalendar bulan merdeka setiap tahun hanya menjurus kepada persembahan hiburan melulu tanpa memberikan manfaat dalam membina kesedaran merdeka.

Katanya, sepatutnya dikenang juga tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin Helmi, Ishak Muhammad, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh, Asiah Ghani dan lain-lain yang lebih terkehadapan memperjuangkan kemerdekaan.

“Jauh sebelum Perikatan ditubuhkan, telah wujud persepakatan dan kerjasama di antara parti politik kiri Melayu melalui PUTERA dengan parti dan pertubuhan Bukan Melayu yang bergabung di bawah AMCJA yang kemudiannya melahirkan Perlembagaan Rakyat 10 Perkara yang dianggap sebagai asas Perlembagaan Malaya Merdeka.

“Tanpa menafikan peranan dan jasa besar Tunku Abdul Rahman dalam memperjuangkan kemerdekaan namun yang dikesalkan adalah penafian peranan serta pengorbanan tokoh-tokoh progresif, parti-parti politik yang tidak senada dengan kepentingan kolonial di samping peranan golongan cerdik pandai agama serta para pengarang yang jasa dan peranan mereka tidak dimartabatkan di tempat sepatutnya di persada sejarah kemerdekaan tanahair,” katanya.

Tambahnya, keadaan ini berlaku kerana Umno mahu menunjukkan bahawa merekalah kononnya yang paling ulung memperjuangkan kemerdekaan dan sekaligus telah membohongi sejarah.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Tanda Putera sudah jadi Tanda Tanya

Bermacam-macam komen di Facebook mengenai filem Melayu, Tanda Putera arahan Suhaimi Baba.

Bukan mengenai adegan pasal 'Cina kencing tiang bendera', tetapi mengenai beberapa kepincangan yang menampilkan kebodohan pengarahnya itu sendiri hinggakan banyak 'shot' dalam adegan filem itu menjadi Tanda Tanya.

Beberapa pertanyaan tersebuat adalah seperti berikut:
Aku setuju dengan komen Baka' Penarik Beca: aku baca ada orang tulis, nama sebenar filem itu ialah Tanda Tanya. Menjadi tanda tanya apa dia dapat setelah begitu sakan menipu untuk membodek?

Tak perlulah Suhaimi Baba nak menjawab 'Tanda Tanya' tersebut sebab dia memang tidak cerdik pun.... 
 
Sumber Berita Dari Blog al-Husseyn
PKR dakwa komplot bawa masuk warga Bangladesh

PKR mendakwa pegawai kerajaan Malaysia di Bangladesh terlibat dalam pengeluaran visa pelancong untuk membolehkan ribuan warga negara itu masuk dan bekerja di Malaysia dengan cara meragukan.

Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah mendakwa, tindakan itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebuah agensi pelancongan.

NONEWakil rakyat PKR itu berkata, beliau mengesan terdapat warga Bangladesh masuk ke Malaysia menggunakan 'visa pelancong' dengan dokumen sokongan palsu yang diuruskan syarikat terbabit.

Jumlahnya, dakwa Sivarasa lagi mencecah angka seribu orang setiap hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menerusi enam penerbangan terus Dhaka-Kuala Lumpur.

Modus operandinya, dakwa Sivarasa, kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka mengeluarkan visa yang dimudah cara syarikat pelancongan itu dengan menggunakan dokumen palsu dengan bayaran 32,000 Taka (RM1,300).

Bayaran rasmi visa hanya 500 Taka (RM20) sahaja beserta caj yang dibenarkan sehingga 1,000 Taka (RM40).

"Maklumat ini mencadangkan bayaran rasuah digunakan untuk melicinkan proses mengeluarkan visa di Pesuruhjaya Tinggi dan juga untuk memastikan tiada masalah sewaktu pemeriksaan masuk di Dhaka."

"Pada masa sama, kakitangan Imigresen di KLIA juga tidak mencegah kemasukan lebih kurang 1,000 'pelancong' Bangladesh yang tiba setiap hari di KLIA ini," katanya.

Sivarasa membuat laporan polis berhubung perkara sama di balai polis Tropicana dekat Petaling Jaya hari ini. Beliau juga berkata akan memajukan dokumen berkaitan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Turut disertakan dalam laporan polis, nama dan nombor pasport lima warganegara Bangladesh yang didakwa memperoleh visa pelancong mereka dengan cara yang meragukan, katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi pihak imigresen dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan masih menunggu reaksi daripada pihak terbabit.
 
Sumber Berita Dari MalaysiaKini

WAJAH-WAJAH DOKTOR MUDA YANG HAFIZ AL-QURAN YANG BERTUGAS DI HOSPITAL TUANKU JAAFAR, SEREMBAN

Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kini memiliki sekurang-kurangnya tiga orang Huffaz yang sedang berkhidmat sebagai Doktor Perubatan di sana.

Mereka telah berjaya menghafaz Al-Quran pada usia 16 tahun. Kesemua mereka adalah lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira', Jeram, Kuala Selangor.

Juga antara mereka, ada yang pernah berjaya melakukan 'Shahadah' iaitu memperdengarkan bacaan Al-Quran penuh dari Surah Al-Baqarah hingga ke Surah An-Nas tanpa melihat Al-Quran secara langsung kepada Ustaz.

Perkara ini mengambil masa dari selepas Solat Subuh dan tamat beberapa masa sebelum Maghrib. Hanya berhenti untuk solat fardhu, makan sedikit dan membuang hajat (jika perlu).

Alangkah cerah masa depan kualiti perkhidmatan kesihatan di negara kita, jika ramai lagi doktor berkualiti dapat dilahirkan yang bukan sahaja cemerlang dengan teori dan kemahiran klinikal bahkan turut memiliki ruh Al-Quran di dada mereka.

Tepatlah sifat Al-Quran itu sebagai penyembuh dan perawat segala penyakit.


Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

HOT! 99% PASAR BORONG NILAI 3 DIKUASAI BANGLASIA.... APA BANGLA MAU LAGI....

Kerajaan NS gagal bela peniaga Bumiputera di Nilai 3

Hakikatnya 99 peratus peniaga di Pusat Borong Nilai 3 terdiri daripada warga asing terutama dari Pakistan dan Bangladesh.


SEREMBAN: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), hari ini berang dan mendakwa Kerajaan Negeri Sembilan gagal membela nasib peniaga Bumiputera yang ingin berniaga di Pusat Borong Nilai 3.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata beliau kecewa kerana kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan kerana gagal membuka peluang kepada peniaga Bumiputera untuk berniaga di Pusat Borong Nilai 3.

“Hakikatnya 99 peratus peniaga di Pusat Borong Nilai 3 terdiri daripada warga asing terutama dari Pakistan dan Bangladesh."

“Saya mendapat aduan dan saya difahamkan ada yang tidak mempunyai permit. Saya juga tahu peniaga warga asing ini dilindungi oleh seorang yang berpengaruh yang berpangkat Datuk."

“Ramai peniaga Bumiputera yang membuat aduan pada saya, apabila mereka cuba berniaga di Nilai 3, mereka diugut oleh samseng yang dikatakan diupah oleh Datuk tersebut."

“Saya pelik kenapa kerajaan negeri termasuk Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Jabatan Imigresen gagal untuk mengambil tindakan terhadap peniaga warga asing di Nilai 3."

“Apakah wujud unsur rasuah?"


Warga asing


“Jika peniaga tempatan buat silap sikit, mereka dikenakan kompaun dan ada kalanya gerai mereka dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan. Tetapi peniaga warga asing diberi layanan istimewa."


“Kenapa Kerajaan Negeri Sembilan membiarkan peniaga warga asing berleluasa di Nilai 3?," tanya Mohd Ridzuan.

Ridzuan berkata sebelum sambutan Hari Raya, beliau menghantar memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung kebanjiran peniaga warga asing di seluruh negara.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) pernah mengeluarkan kenyataan mengenai seramai 45,000 warga asing dilindungi oleh majikan."

“KDN berkata tangkapan akan dibuat selepas Hari Raya tetapi saya belum nampak lagi sebarang tindakan untuk menangkap peniaga warga asing secara besar-besaran."

“Saya juga akan menghantar satu lagi memorandum kepada KDN dalam masa terdekat berhubung hasrat kerajaan ingin membawa masuk 1.4 juta pekerja Bangladesh."

“Angka ini membimbangkan kerana 1.4 juta orang itu merupakan lima peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Ini belum termasuk warga Bangladesh tanpa permit ketika ini."

“Saya menuntut penjelasan dari KDN agar memberi pecahan berapa ramai pekerja Bangladesh yang hendak digunakan mengikut sektor."

“Kerajaan kata mereka mewujudkan projek mega untuk membuka peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia."

“Jika 1.4 juta pekerja Bangladesh di bawa masuk, apa jaminan rakyat tempatan mendapat peluang pekerjaan dalam projek mega? Habis rakyat tempatan nak ke mana?," soal Mohd Ridzuan lagi. ~ fmt


Sumber Berita Dari Blog Kedahkini

Punca Guru Besar SK Seri Pristana Tidak DiKenakan Apa-Apa Hukuman Tersebar

Guru besar kontroversi SK Seri Pristana bebas daripada sebarang tindakan kerana "tidak melakukan kesalahan jenayah" apabila mengarahkan murid di sekolahnya untuk makan di bilik mandi sekolah.
Ini diputuskan dalam mesyuarat antara Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Jabatan Pendidikan Selangor dalam mesyuarat pada Rabu.
Pengarah Pendidikan Selangor, Mahmud Karim memberitahu The Malaysian Insider, Mohd Nasir Mohd Noor (gambar) memikirkan keselamatan muridnya apabila mengeluarkan arahan untuk makan di bilik mandi semasa waktu rehat.
Katanya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dimaklumkan berhubung perkara berkenaan dan tindakan penjaga yang mendedahkan insiden itu berlaku berikutan beliau tidak mendapat maklumat perbincangan itu.
“Ibu yang mendedahkan perkara berkenaan di laman sosial Facebook seharusnya mendapat penjelasan daripada pihak pentadbiran sekolah terlebih dahulu sebelum menyebarkannya kepada umum," katanya ketika ditemui di pejabatnya.
“Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) menafikan dakwaan pelajar bukan Islam diambil gambarnya oleh pihak sekolah dan sehingga kini kami masih belum dimaklumkan kejadian itu.
“Pihak yang mendakwa guru SK Seri Pristana mendiskriminasi pelajar bukan Islam juga tidak benar. Perkara ini berlaku berikutan salah tanggapan penjaga dan tafsiran yang kurang tepat mereka terhadap pendidik sekolah itu,” katanya.
Beliau berkata, pendidik di negeri itu diingatkan supaya bertindak secara rasional dan sentiasa mengamalkan etika profesional.
“Penjaga juga digesa menghormati institusi pendidikan dan tidak memandang remeh institusi pendidikan negara."
“Dalam masa terdekat ini, JPS akan mengatur beberapa siri pertemuan dengan ibu bapa bagi menjernihkan kembali hubungan penjaga dan sekolah supaya sesi persekolahan dapat berlangsung dengan lebih harmoni,” katanya.
Katanya, PIBG sekolah berkenaan sentiasa mendapat maklumat dari pihak sekolah.
The Malaysian Insider melaporkan pada Rabu polis mengakui dakwaan beberapa pelajar SK Seri Pristana disoal-siasat berhubung kontroversi makan di dalam bilik persalinan.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang, berkata pelajar berkenaan "disoal secara temuduga".
Junaidi berkata, polis diberikan kebenaran oleh guru besar sebelum memasuki kawasan sekolah dan diberikan masa 30 minit untuk menemuduga pelajar.
Katanya, temuduga dengan enam pelajar itu berjalan dalam kelas yang disediakan oleh guru besar.
Sebelum ini, Junaidi dilaporkan mengeluarkan kenyataan berbeza apabila menafikan menyoal pelajar terbabit.
Beliau memberi alasan pihak polis tidak mampu untuk menghubungi semua penjaga tersebut untuk meminta kebenaran sekiranya mahu menemuduga.
Dalam sidang media pada Selasa, beberapa ibu bapa mendakwa anak mereka mengalami trauma selepas disoal polis.
Ibu bapa kepada pelajar mendakwa sesi temuduga itu berjalan tanpa pengetahuan mereka.
Susulan penahanan itu, ibu bapa kepada sekurang-kurangnya 10 pelajar berkata mereka akan menukarkan anak mereka ke sekolah lain dari SK Seri Pristana selepas tiga ibu bapa melakukannya. - the malaysian insider

Sumber berita Dari Blog Addin
Anwar mahu dialog dengan kerajaan

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengajak diadakan sebuah dialog terbuka antara kerajaan dan pembangkang bagi membincangkan isu-isu kebangsaan yang perlu ditangani.

NONE"Kami mencadangkan sebuah dialog terbuka, ia akan berlangsung secara telus dan kondusif," kata ketua pembangkang selepas menyampaikan perutusan hari merdeka di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini.

Bagaimanapun, katanya, seruan dialog itu tidak sama dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang pernah menjadi isu hangat sebelum ini.

"Dialog seperti ini berlaku dalam keadaan demonstrasi yang sebenar," tambahnya.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini

TINDAKAN DAP YANG BAKAL MENAIKKAN KEMARAHAN PERKASA DAN NGO-NGO SEKUTUNYA.... DAP BUAT LAPORAN POLIS DESAK AMBIL TINDAKAN SEGERA KE ATAS PEMILIK FB YANG HINA ISLAM....!!!


ALOR SETAR - DAP Kedah menggesa pihak berkuasa menyiasat kewujudan akaun facebook yang menghina agama Islam.

Naib Pengerusi 1 Interim DAP Kedah, Syed Araniri Syed Ahmad berkata, pihaknya terkejut mendapati wujudnya individu yang menggunakan nama ‘Adlin Binti Abd Jalil, Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara’ yang menghina ALLAH dan Nabi Muhammad secara terang-terangan.

Menurutnya, pemilik akaun facebook berkenaan didapati sudah sekian lama melakukan perbuatan terkutuk itu, malah diikuti lebih 21,000 pengikut.

“Kita menggesa pihak berkuasa membuat siasatan terhadap akaun facebook berkenaan kerana secara jelas melakukan penghinaan terhadap agama Islam, malah mempermainkan dan mengeji ALLAH serta Nabi Muhammad SAW."

“Ini adalah perkara yang perlu dipandang serius oleh semua pihak. Kita berharap pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan segera bagi menyekat akaun tersebut,” katanya ketika ditemui selepas membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, baru-baru ini.

Syed Araniri berkata, tindakan individu terbabit adalah sangat keterlaluan jika dibandingkan dengan isu-isu penghinaan terhadap agama Islam yang timbul sebelum ini.

“Ini penghinaan yang paling teruk yang pernah kita lihat."

"Saya dapati perkara ini sudah wujud sejak lima bulan lalu tetapi tidak diambil tindakan sewajarnya."

“Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan berada di dunia facebook kerana boleh mempengaruhi orang lain secara psikologi. Kita berharap tindakan tegas dapat diambil oleh pihak berkuasa secepat mungkin,” katanya.

Tambah beliau lagi, perkembangan akaun facebook berkenaan sememangnya diikuti ramai orang yang mengutuk tindakan itu dengan berbalah dan berhujah pelbagai persoalan.

“Namun, amat kita kesali kerana tiada sesiapa pun yang membawa hal ini ke hadapan supaya boleh diambil tindakan sewajarnya. Orang seperti ini tidak boleh ada di dalam facebook kerana boleh mempengaruhi secara psikologi.

“Ini adalah persoalan akidah ummah, di mana secara jelas perbuatan individu berkenaan bertujuan untuk memurtadkan umat Islam di negara ini,” tegasnya.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

KUALA LUMPUR: Dengan ekonomi serantau yang semakin tidak menentu dan kejatuhan ringgit yang mendadak, melepasi 8 peratus tahun ini, PAS berasa amat tidak wajar bagi kerajaan untuk melaksanakan GST.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, GST bakal memberikan tekanan kos hidup pada rakyat, terutamanya golongan pendapatan pertengahan ke bawah di kawasan bandar lebih-lebih jika kegawatan ekonomi berlaku.

“Jangan kerana kelemahan pentadbiran kerajaan BN, rakyat dianiaya secara berganda dengan penarikan balik subsidi daripada program rasionalisasi subsidi dan kemudian dipaksa membayar lebih untuk barangan keperluan melalui GST di dalam Bajet 2014,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kenyataan penuh beliau.
Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bukan penyelesaian kepada masalah-masalah yang membawa ekonomi negara ke tahap yang membimbangkan hari ini di mana hutang negara hampir melepasi paras 55% KDNK (Keluaran Negara Dalam Kasar) dan fiskal defisit yang mencecah RM14.9 bilion.

Meningkatkan pendapatan negara melalui GST tidak berguna tanpa penyelesaian sebenar kepada punca ketirisan, pembaziran, kelemahan pengurusan dan budaya penganugerahan projek tanpa tender yang menyebabkan perbelanjaan kerajaan melambung tanpa kawal.

Contoh terbaik yang boleh dilihat rakyat ialah pada projek KLIA2. Projek KLIA2 yang sehingga kini tidak diketahui tarikh siap telah memperlihatkan kosnya meningkat lebih 2 kali ganda daripada RM1.7 bilion pada 2009 semasa ia dimulakan kepada RM4 bilion pada tahun ini.

Apa gunanya pendapatan negara ditingkatkan tanpa menutup ruang kebocoran kewangan di dalam sistem pentadbiran negara?

GST tidak boleh menyelesaikan masalah ekonomi negara yang berpunca daripada ketirisan, pembaziran, kelemahan pengurusan dan budaya penganugerahan projek tanpa tender.

Tanpa pengurusan kewangan yang cekap dan efektif, apa-apa cara mempelbagaikan pendapatan kerajaan hanya merugikan rakyat kerana duit lebih yang dijana akhirnya akan terbazir begitu sahaja di dalam sistem pentadbiran yang penuh kebocoran tanpa membawa manfaat kepada ekonomi negara.

Dengan ekonomi serantau yang semakin tidak menentu dan kejatuhan ringgit yang mendadak, melepasi 8 peratus tahun ini, PAS berasa amat tidak wajar bagi kerajaan untuk melaksanakan GST.

GST bakal memberikan tekanan kos hidup pada rakyat, terutamanya golongan pendapatan pertengahan ke bawah di kawasan bandar lebih-lebih jika kegawatan ekonomi berlaku.

Jangan kerana kelemahan pentadbiran kerajaan BN, rakyat dianiaya secara berganda dengan penarikan balik subsidi daripada program rasionalisasi subsidi dan kemudian dipaksa membayar lebih untuk barangan keperluan melalui GST di dalam Bajet 2014.

Jika kerajaan boleh memikirkan cara seperti meletakkan para peminjam PTPTN di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) (Alhamdulilah, ia sudah ditolak kini) untuk mendapat kembali wang, mengapa kerajaan tidak mahu berusaha memikirkan cara menutup kebocoran kewangan di dalam sistem pentadbiran dan berusaha mendapatkan kembali duit kerajaan yang dibazirkan seperti yang tertera di dalam laporan tahunan audit negara?

Sumber Berita Dari Harakahdaily

TIADA ENAKMEN ANTI SYIAH, BN KEDAH PUTAR BELIT.... INI PENJELASANNYA





Tiada perkataan Syiah

Ahmad berkata, sepanjang pembacaan beliau pada buku Rang Undang-undang yang diberikan juga tidak terdapat satu pun perkataan Syiah.

“Saya baca dari muka depan hingga belakang, tidak jumpa pun perkataan Syiah dalam rang undang-undang. Fasal mana dan berapa yang boleh dikatakan berkaitan dengan Syiah ini,” katanya.

Kenapa kami adun-adun PR beragama Islam mengundi untuk tidak menyokong rang undang-undang kesalahan jenayah syariah (Kedah) 2013?

Ini dia yang sebenarnya apa yang berlaku di Dun Kedah. Apa yang telah disiarkan bahawa Pas tidak sokong enakman haramkan Syiah adalah suatu pembohongan yang sangat besar. Pas tetap optimis menolak ajaran Syiah. - PemudaGombak.com

Sebenarnya rang undang-undang (RUU) yang dbentangkan dalam dun kedah ialah rang undang-undang kesalahan jenayah syariah (Kedah Darul Aman) 2013, TIADA enakmen anti syiah yang dbentangkan!

Kenapa kami adun-adun PR beragama Islam mengundi untuk tidak menyokong RUU ini? Sebab hukuman yang dcadangkan dalam RUU ini bercanggah dengan hukum syarak, macamana nak disebut sebagai "enakmen kesalahan jenayah syariah".

Malahan adun-adun yang lulus enakmen ini patut dkenakan tindakan bawah fasal 8 enakmen kesalahan jenayah syariah 2013 (EKJS) mempersenda ayat Al-Quran atau Hadith sebab dalam EKJS yang depa lulus, contohnya minum minuman memabukkan kalau didapati bersalah akan kena denda tak lebih 3 ribu @ penjara tak lebih 2 tahun @ kedua-dua sekali; padahal hadis sahih sebut bagi kesalahan di atas hendaklah disebat pelakunya!

Sama juga dengan kesalahan berzina dan qazaf (ketiga-tiga kesalahan ini masuk kategori hudud) depa hukum dengan hukuman yang selain dari yang ditentukan Allah dan Rasul (dalam Al-Quran @ Hadis), jadi depa yang persendakan ayat Al-Quran dan Hadis!- Dato' Amiruddin Hamzah



Syiah: PR tolak kerana bercanggah hukum




Ahmad Yahaya

ALOR SETAR - PR menegaskan bahawa keputusan untuk menolak enakmen berkaitan anti Syiah pada persidangan Dun baru-baru ini bukan disebabkan masalah Syiah, tetapi kerana Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang diperkenalkan adalah bertentangan dengan Syariah sebenar.

Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahaya berkata, penolakan keputusan itu juga tidak ada kaitan sama ada penyokong PR terlibat dalam fahaman itu.

Fasal 17

“Kami menolak kerana Rang Undang-undang ini bertentangan di beberapa fasal dengan Syariah yang sebenar. Contohnya pada fasal ke 17 yang menyentuh berkenaan dengan meminum minuman memabukkan.

“Disebut di sini, apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Padahal, dalam undang-undang Islam, orang yang minum arak perlu disebat. Sekurang-kurangnya, sebutlah perkataan sebat,” katanya pada sidang media di Kompleks Pas Pokok Sena, semalam.

Fasal 21

Menurutnya, fasal ke 21 yang berkaitan persetubuhan luar nikah (zina) juga bertentangan dengan Syariah yang sebenar apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

“Dalam undang-undang Islam yang sebenar ialah disebat atau bagi yang sudah berkahwin berdasarkan hadis ialah direjam, itu hukuman yang sebenar."

Fasal 37

“Kemudian pada fasal ke 37 yang menyentuh berkenaan Qazaf. Hukuman yang disebut ialah didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Ayat ALLAH menyebut, sekiranya tidak boleh mengemukakan empat orang saksi, maka si pelaku ini hendaklah disebat 80 kali sebatan. Ini hukuman Syariah yang sebenar,” katanya.

Beliau yang juga Adun Alor Mengkudu turut menegaskan bahawa percanggahan itu menyebabkan semua Adun PR terpaksa menolak Rang Undang-undang tersebut yang jelas bertentangan dengan hukum Syariah.

“Macam mana kami nak terima. Dalam hal ini, kami tidak bersedia sekiranya selepas undang-undang ini dilaksanakan kerana diluluskan oleh Adun, dan pada satu ketika orang yang didakwa mohon supaya digunakan hukum Syariah yang sebenar, maka Adun-Adun yang akan bertanggungjawab."

“Kalau kami mati pun, kamilah yang kena tanggung hukuman yang tidak betul kepada semua,” katanya.
Fasal 7 & 8

Tambahnya, fasal 7 dan 8 berkenaan mempersendakan ayat-ayat al-Quran dan menyebabkan Islam dipandang hina juga perlu disemak semula.

“Tidakkah dengan memasukkan fasal 17, 21 dan 37 dalam enakmen ini menyebabkan Islam dan al-Quran dipersenda kerana tidak buat yang sebenar. Memang Exco Agama, Mohd Rawi Hamid menyatakan bahawa Syiah ini kita perlu hadapi bersama kerana ia satu kesalahan dan kesilapan.

“Tetapi, Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang dinyatakan tidak dapat lari dari angka tiga, lima dan enam yang cukup bertentangan dengan apa yang kita sebut berdasarkan hukum syarak dan Syariah yang sebenar,” katanya.


Tiada perkataan Syiah

Ahmad berkata, sepanjang pembacaan beliau pada buku Rang Undang-undang yang diberikan juga tidak terdapat satu pun perkataan Syiah.

“Saya baca dari muka depan hingga belakang, tidak jumpa pun perkataan Syiah dalam rang undang-undang. Fasal mana dan berapa yang boleh dikatakan berkaitan dengan Syiah ini,” katanya.


Sumber Berita Dari Blog Kedahkini

[TMI] Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah tidak boleh menjadi timbalan pendakwa raya dalam rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kerana peguam kanan itu berada dalam senarai saksi pendakwaan.
Ini adalah pendirian Anwar untuk menyingkirkan peguam itu sebagai pendakwa utama kes liwat yang akan didengar di Mahkamah Rayuan bulan depan.
“Walaupun Shafee tidak pernah memberikan bukti, beliau ditawarkan kepada pihak pembela sebagai saksi kes itu."
“Shafee adalah sebahagian daripada pihak pendakwaan. Kemungkinan beliau juga memberikan kenyataan kepada polis,” kata Anwar dalam afidavit yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider.
Anwar berkata, Shafee tidak seharusnya dilantik sebagai Timbalan Pendakwaraya kerana Jabatan Peguam Negara mempunyai pengamal undang-undang lain yang layak untuk mengendalikan rayuan itu.
Malah, katanya, perbelanjaan untuk menggunakan khidmat Shafee adalah menggunakan wang pembayar cukai.
Shafee pada 22 Julai lalu berkata, pelantikannya mengikut Seksyen 376 (3) dan Seksyen 379 Kanun Prosedur Jenayah dan akan dibayar amaun minimum kerana mempunyai kontrak masih berjalan di antaranya dengan kerajaan.
Anwar berkata, Seksyen 376 (6) hanya mengenai pelantikan seorang yang layak dan sesuai sementara 379 menyentuh mengenai pekerjaan.
Katanya, Shafee tidak boleh dilantik mengikut dua seksyen itu kerana ia mempunyai maksud lain.
Ketua pembangkang itu berkata, mengikut Seksyen 376 (3), seorang peguam boleh dilantik sebagai Timbalan Pendakwaraya tanpa gaji sementara mengikut Seksyen 379 peguam dipilih dan gaji dibayar menggunakan dana awam.
Tarikh pendengaran itu ditetapkan selama dua hari bermula 17 September.
Shafee sebelum ini dipetik sebagai berkata, pelantikan sebagai Timbalan Pendakwaraya tidak seharusnya dijadikan isu politik kerana beliau bukan ahli politik atau anggota sebarang parti politik dan beliau dipilih atas kelayakannya.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut mempertahankan langkah melantik Shafee, walaupun memperlihatkan Jabatan Peguam Negara berat sebelah dan mengikut rentak kerajaan.
Gani berkata, memberikan lesen kepada peguam persendirian untuk mewakili Putrajaya bukan sesuatau yang baru, menjadikan inkues Teoh Beng Hock sebagai contoh iaitu Datuk Tan Hock Chuan sebagai pegawai bertugas dalam kes itu.
Beliau berkata, pendakwa utama perbicaraan Anwar, Datuk Yusof Zainal Abiden yang bersara pilihan juga pernah mewakili pembangkang.
Bagaimanapun, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata pelantikan Shafee sebagai timbalan pendakwa raya adalah perkara luar biasa dan memberikan persepsi bahawa pegawai dari Jabatan Peguam Negara tidak kompeten.
Menurut Abu Talib yang menjadi Peguam Negara selama 13 tahun sejak 1980, terdapat ramai pegawai berpengalaman untuk menjalankan rayuan yang beliau anggap sebagai kes “straight forward”.
Beliau berkata, menjalankan rayuan kes itu mudah kerana Anwar hanya dibebaskan selepas diberikan pembelaan dan persepsi terhadap kerajaan tercemar dengan pelantikan Shafee.
Anwar dibebaskan Januari tahun lalu selepas dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel DNA tidak terusik.
Seramai 27 saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan memberi keterangan dalam perbicaraan yang berlangsung melebihi tiga tahun itu.
Anwar memberikan keterangan dari dalam kandang saksi. – 30 Ogos, 2013.
 
Sumber Berita Dari Blog Duniacacamarba

Najib Terkedu Dengan Pendedahan Ini

Slogan terbaru diperkenal Perdana Menteri, Endless Possibilities yang sama dengan kempen Kementerian Pelancongan Israel bukannya kebetulan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Sekarang kita ada bukti cukup. 
Sama macam kempen 1Israel. Dia (Najib) kena jelaskan,” kata Anwar ketika ditemui pemberita di majlis hari raya KEADILAN Lembah Pantai, hari ini. Anwar berucap dalam majlis hari raya parlimen Batu di Dataran Dewan Masyarakat Fasa Tiga, Bandar Baru Sentul“Sekarang lebih berat. 
Ia tak mungkin secara kebetulan” tegas Anwar. Endless Possibilities adalah slogan yang diguna Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosi negara itu pada 22 April 2013.
Manakala Najib dijangka melancarkan kempen ’1Malaysia, Endless Possibilities‘ pada 17 September depan. Justeru kata Anwar, penggantungannya dari Dewan Rakyat selama enam bulan pada Disember 2010 kerana mendedahkan pengaruh Israel dalam pentadbiran Malaysia membuktikan hipokrasi pentadbiran Umno-BN.
“Dulu saya ada bawa (isu ini) di Parlimen, (mengapa) pilih 1Malaysia. Saya dikenakan (gantung) enam bulan kerana bangkitkan 1 Malaysia. Sampai sekarang dia kata kebetulan."
Ternyata ada pengaruh asing, termasuk apa didakwa ‘pengaruh Israel’,” kata Anwar. Tegasnya, slogan baru Endless Possibilities (Kemungkinan Berterusan) hanyalah semata-mata strategi perhubungan awam (public relation).
“Yang kita bangkitkan isu jenayah, pertikaian pada kehakiman dan pelbagai masalah (lain). Yang dia (Najib) hanya hentam pembangkang,” kata Anwar. ~keadilandaily
 
Sumber Berita Dari Blog Addin
'Sekolah akhirnya bukan menyatu, tapi menjauhkan'

Usaha untuk menyatupadukan rakyat melalui sistem persekolahan memberi kesan sebaliknya apabila masyarakat Malaysia semakin jauh antara satu sama lain, kata Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS).

NONEMenyentuh debat berkaitan sekolah vernakular dan penggunaan bahasa Melayu, ketua pegawai eksekutifnya Wan Saiful Wan Jan (kanan) berkata, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa penyatuan walaupun bahasa Inggeris lebih sesuai.

"Kita kata bahasa Melayu mampu jadi bahasa perpaduan, tetapi kita buat persidangan berkaitan perpaduan nasional dalam bahasa Inggeris, bukankan ironi sekali?" katanya, disambut gelak ketawa kira-kira 200 peserta yang hadir ke forum berkaitan pendidikan semalam.

Katanya lagi, beliau sendiri mempunyai sekurang-kurangnya satu mesyuarat dengan pegawai kerajaan di Putrajaya dan semuanya dijalankan dalam bahasa Inggeris.

Malah, tambah Wan Saiful, anggota Parlimen juga sering meminta kebenaran speaker dalam perbahasan di Parlimen untuk menggunakan beberapa perkataan dan terma Inggeris.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini


Sekali lagi menjelang 31 Ogos, kita akan meraikan Hari Merdeka, hari yang cukup gemilang dan bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia. 

Kini adalah masanya untuk kita menghimbau kembali pencapaian dan kegagalan kita dan memandang ke depan untuk hari-hari dan bulan-bulan yang mendatang. 

Kini adalah masanya untuk bermuhasabah dan bertanya apakah sebenarnya erti Merdeka dan apa yang boleh kita pelajari dari masa silam dan harapan di masa depan.

‘Merdeka’ memiliki makna yang lebih dalam berbanding perkataan ‘Kebebasan’. Ia bukan sekadar persoalan dibebaskan dari cengkaman penjajahan atau penindasan asing jika ianya kemudian digantikan dengan penindas di tanah air sendiri yang barangkali lebih rakus dan tamak. Merdeka bermaksud bebas dari sebarang bentuk kezaliman dan penindasan dalam apa jua bentuk dan negara dipacu ke arah baru menuju keadilan, kebebasan, demokrasi dan kemuliaan insan.

Di atas cabaran ini, ramai yang bersetuju bahawa kita masih jauh untuk mencapainya. Setelah lebih dari setengah abad, kita masih lagi bertanya samada prinsip-prinsip asas di dalam Perlembagaan Persekutuan masih dijunjung dan samada kebebasan dan hak-hak yang termaktub di dalamnya masih utuh dan dihormati. Justeru, apa kebaikan Merdeka seandainya asas perlembagaan dicabuli dengan sewenang-wenangnya?

Polarisasi yang dahsyat, jenayah meningkat

Tatkala kita seharusnya meraikan perpaduan sebagai sebuah negara pelbagai kaum dan pelbagai agama yang telah menjangkau 56 tahun usia kemerdekaan, kita sebaliknya kini melihat polarisasi masyarakat yang dahsyat dan perpecahan dalam hal-hal berkaitan agama. Tanggungjawab dan peranan pemimpin politik sewajarnya menjernihkan keadaan ini namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Terdapat segelintir daripada mereka yang mengeruhkan lagi keadaan dengan mengeksploitasi hal-hal agama dan isu-isu sensitif untuk kepentingan mereka sendiri. Kini wujud perkembangan yang membimbangkan bila mana terdapat parti-parti politik yang mengupah kumpulan-kumpulan ‘hak istimewa’ dan media untuk meneruskan agenda mereka memecahbelah dan menyemai perbezaan di kalangan rakyat.

Kesannya, setelah 56 tahun mencapai Merdeka, berlaku lebih banyak provokasi perkauman, hasutan yang menjurus kepada kebencian terhadap agama dan secara umumnya semakin banyak ucapan dan penulisan berbaur hasutan yang disiarkan oleh media cetak. Apa yang malang adalah ia bukan sekadar kelemahan kepimpinan dalam menjernihkan keadaan, tetapi tampak seolah-olah kerajaan sedang menggalakkan fenomena ini supaya menjadi lebih parah.

Sebagai contoh, ketika pelbagai tuntutan dan bantahan dinyatakan dari kalangan rakyat prihatin dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, kerajaan sebaliknya membenarkan juga penayangan di seluruh negara sebuah filem yang hanya akan menyajikan mesej berbaur perkauman walaupun nilai keseniannya masih boleh dipersoalkan. Di sebalik kebanggaan tentang negara, terdapat sensitiviti yang lebih besar yakni perkauman dan perasaan khalayak. Suara-suara melampau berbaur kebencian dan yang bersifat tidak toleran sedang menenggelamkan suara-suara kesederhanaan dan keterbukaan.

Peningkatan mendadak kes tembakan dan jenayah berat, rompakan dan jenayah ragut adalah hal yang membimbangkan. Manakala kita mendukung usaha pihak polis dalam memerangi dan mencegah jenayah, adalah penting juga untuk mereka melakukannya dengan menuruti proses yang sewajarnya. Semua pihak perlu bekerjasama mencari jalan penyelesaian namun demikian penggunaan undang-undang yang lebih berat bukanlah jawapannya. Perkara tersebut perlu diteliti dengan lebih menyeluruh.

Menyentuh isu tatakelola, ketelusan dan kebertanggungjawaban, rasuah kekal menjadi barah yang merisaukan kita. Merujuk kepada perkara ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti melaksanakan tugas mereka tanpa rasa takut dan memihak namun kita mendesak Peguam Negara supaya tidak menghalang pendakwaan yang melibatkan amalan rasuah di kalangan pimpinan atasan.

Ribut ekonomi

Negara kita tidak kebal daripada ribut ekononi yang melanda di sekeliling kita. Kita lebih perlu berhati-hati daripada berada di dalam keadaan tidak bersiap sedia. Kita boleh menerapkan tata kelola, hemah dan kebertanggungjawaban dalam pengurusan kewangan awam dan ekonomi kita. Kerajaan bersalah terhadap kecurangan ekonomi – menyatakan fakta yang separa benar dan memberikan statistik tidak sempurna untuk mengaburi perbelanjaan melampau yang tidak mampu lagi ditanggung oleh negara.

Penilaian Agensi Penarafan Kewangan Antarabangsa (FITCH) yang mendedahkan kemerosotan prospek ekonomi negara sewajarnya mempercepatkan kerajaan untuk bertindak lebih terbuka dalam mendepani cabaran sebenar ekonomi. Sebaliknya, kerajaan memperlekeh penilaian tersebut dan menyifatkannya sebagai kerja “penganalisa muda yang tidak mendengar pandangan kerajaan”. FITCH bukanlah satu-satunya firma penganalisa yang menyatakan kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi dan kesannya kepada kejutan luaran.

Terdahulu, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah menolak unjuran pertumbuhan 2013 daripada 5.6% sebelumnya kepada 4.8%.

Bank Negara pula baru-baru ini telah mengurangkan ramalan pertumbuhan 2013 daripada 5-6% sebelumnya kepada 4.5-5%. Ini selari dengan ramalan terkini Bank Dunia untuk tahun 2013 iaitu daripada 5.6% sebelumnya kepada 5.1%. Selain daripada ancaman berganda defisit fiskal yang tinggi secara berterusan dan peningkatan hutang kerajaan secara langsung dan tidak langsung, lebihan akaun semasa kita berada pada tahap paling rendah sejak 1997.

Oleh kerana kita terlalu bergantung pada nilai dan komoditi eksport yang rendah di pasaran global, kejatuhan berterusan dalam ekonomi global mewujudkan ketidaktentuan terhadap pertumbuhan kita.

Pengurangan defisit fiskal memerlukan komitmen sepenuhnya dalam membasmi rasuah daripada perolehan dan projek-projek kerajaan. Penjimatan 10% dalam perolehan dan projek-projek dengan mudah dapat diterjemahkan kepada perolehan RM20 bilion setahun (berdasarkan perolehan dan perbelanjaan tahunan projek RM200 bilion di bawah kawalan kerajaan Persekutuan).

Pengurangan hutang kerajaan dan pemotongan defisit fiskal hanya boleh dimulakan menerusi perolehan hasil kerajaan yang lebih tinggi yang diraih melalui pertumbuhan yang lebih tinggi. Malangnya pertumbuhan Malaysia akan terencat di skala 4-5% untuk seketika melainkan reformasi struktur secara menyeluruh terhadap ekonomi dilaksanakan sebaiknya dengan segera.

Di ambang ulangtahun kemerdekaan yang ke-56 ini, reformasi ekonomi bukan lagi berkisar kepada pertandingan dasar dan retorik politik. Ianya berkait dengan kepentingan negara yang seharusnya menembusi politik kepartian dan ideologi kerana kita tidak mampu untuk mundur ke belakang sedangkan negara-negara jiran kita maju ke depan.

Persoalan kepimpinan adalah amat penting dalam memacu negara ke hadapan dengan memperkukuhkan asas ekonomi dan menjadikan kita lebih berdaya saing. Malah lebih penting lagi, pemimpin-pemimpin kita mesti dilihat serius menjaga kesejahteraan negara dan memacu hala tuju yang betul. Untuk memastikan perkembangan tidak sihat tidak berlaku di bawah kepimpinannya, seseorang pemimpin itu mesti menunjukkan ketegasan dan iltizam moral yang tinggi.

Meski pun kami membantah sekeras-kerasnya tentang kesahihan keputusan pilihanraya yang lepas, kami bersedia untuk mengetepikan perbezaan kami demi negara kesejahteraan dan masa depan. Dalam hal ini, kami percaya bahawa adalah penting bagi Perdana Menteri untuk segera mengadakan rundingan meja bulat antara kerajaan BN dan Pakatan Rakyat bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan dan merumuskan satu penyelesaian yang menyeluruh.

Meraikan Merdeka semestinya dengan mengiktiraf kebaikan yang telah dilakukan dan tidak mengulangi kesilapan masa lalu. Iltizam untuk melakukan apa yang baik untuk negara perlu menjadi agenda utama kita semua.

Semangat Merdeka bukan sahaja toleransi atau kompromi. Ianya adalah mengenai pemahaman yang lebih besar, menerima perbezaan kita dan meningkatkan persamaan kita serta menggerakkan negara ke hadapan untuk menghadapi cabaran yang mendatang.


ANWAR IBRAHIM IALAH PEMBANGKANG MALAYSIA.


Malaysia Chronicle

Sumber Berita Dari Blog Zakri Ali