Ketika krisis, asrama Johor di Mesir arah pelajar keluar

JOHOR BAHRU: Dalam keadaan negara Mesir sedang menghadapi kemelut politik akibat rampasan kuasa tentera Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir  (Ilmam) Johor dikejutkan apabila pihak pengurusan asrama pelajar Johor Rabaah, Mesir mengarahkan para pelajar asrama keluar daripada rumah Johor tersebut.


(Surat pekeliling dari Kedutaan Malaysia, Jabatan Pelajar Johor)

Antara alasan asrama pelajar Johor bangunan Waqaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di Mesir diarah untuk dikosongkan adalah disebabkan proses membaik pulih serta penempatan pelajar baharu yang diuar-uarkan akan tiba pada pertengahan September ini.

Demikian kata YDP Ilmam Johor, Mohamad Hairi Hamzah dalam satu kenyataannya hari ini.

Ilmam Johor menggesa pihak pegawai asrama Johor di Mesir termasuk Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengambil tindakan terhadap isu ini.

"Ini kerana Ilmam Johor merasakan bahawa keadaan getir pada waktu ini menjadikan mahasiswa Johor di Mesir menghadapi situasi sukar mencari penginapan dan rumah sewa di dalam keadaan politik Mesir yang tidak menentu ini," katanya.

Ilmam Johor juga membantah alasan yang digunakan untuk menempatkan pelajar baharu yang akan tiba ke Mesir pada bulan September ini sedangkan terdapat banyak lagi ruang kosong yang boleh menempatkan mahasiswa di asrama tersebut.

Gesaan ini dilakukan dengan tegas bagi memastikan keselamatan mahasiswa Johor di Mesir dijaga kerana asrama tersebut terletak hanya 300 meter sahaja jarak daripada kawasan perhimpunan di kawasan Rabaah tempat pertembungan di antara penyokong Dr Mursi dan tentera yang sedang kemuncak berlaku pada waktu ini.

Pihak Pengurusan Asrama Pelajar Johor di Mesir harus memandang perkara ini dengan serius kerana dentuman tembakan dapat didengari daripada jarak dekat serta mahasiswa perlu berada di dalam kawasan asrama dan menyulitkan urusan mahasiswa terpaksa keluar mencari rumah baharu di dalam kawasan sekitar.

Ilmam berpandangan mahasiswa tidak boleh diarahkan keluar sehingga pertelingkahan politik Mesir ini berakhir.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

No comments:

Post a Comment