RPT Perwira: Bekas tentera menanti janji ditepati

KUALA LUMPUR: PAS Perak mendesak kerajaan negeri pimpinan BN agar mengotakan janji mereka untuk memberikan lot kediaman kepada bekas tentera dan polis bagi projek Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) Perwira dengan segera.

Menurut, Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin, kerajaan negeri dikatakan akan membangunkan tanah seluas 268 hektar yang membabitkan 11 lokasi di seluruh Negeri Perak untuk tujuan itu.

Pada tahun lepas sahaja katanya, sejumlah 7,000 permohonan daripada bekas tentera dan polis telah diluluskan oleh kerajaan negeri dengan jumlah 7,849 unit lot kediaman telah ditawarkan.

"Persoalan kini, adakah semua permohonan daripada bekas tentera dan polis telah diberikan? Yang turut menjadi persoalan, daripada tanah seluas 268 hektar yang disediakan, berapa pula untuk projek Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Perwira khas?"

"Kami persoalkan perkara ini kerana bimbang kerajaan negeri akan menawarkan harga RPT Perwira Khas yang tidak mampu dimiliki oleh bekas tentera dan polis walaupun dikatakan rumah-rumah yang bakal dibina lebih murah 30 peratus daripada harga pasaran," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau lagi, ketika ini sudah terdengar rungutan daripada golongan bekas tentera dan polis yang masih tertunggu-tunggu bilakah janji kerajaan negeri itu akan ditunaikan.

"Kami mendesak agar BN mengotakan janji mereka pada PRU13 yang lalu dan memberikan jaminan akan menyelesaikannya secepat mungkin," katanya.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Dok kalut SYIAH dalam PAS.... nie yang terang-terang ngaku Ketua Syiah awat kerajaan tak ada tindakan

Nie dia orang yang ngaku dia syiah siap buat laporan polis lagi jadi masalah sekarang jika dah dok bising kata syiah tu sesat la haram la siap buat fatwa apa bagai lagi.... jadi apa tindakan selanjutnya ke atas orang yang ngaku syiah nie....
Dah terang-terang dia ngaku syiah kira dah terang-terang dia langgaq fatwa takan pihak berkuasa nak tengok saja jaaa....
Yang dok kalut cari siapa syiah dalam PAS tu apa kejadahnya.... yang tu tuan tubuh tak ngaku lagi cuma dakwaan jadi kira yang tu nak kena siasat panjang lagi.... nie yang terang-terang ngaku.... apa tindakan hangpa.... sembang ja bagi deras pong pong pong.... hujung dia tala kat PAS....

Terkini Anwar Ibrahim telah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri?

anwar perdana menteri 1PETALING JAYA – Walaupun menganjurkan himpunan membantah keputusan PRU13 di seluruh pelusuk negara, yang dilihat sebagai usaha untuk mengembalikan ‘hak yang dirampas’, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ia bukan kerana sebuah kekuasaan.

Anwar bahkan menolak sama sekali untuk diberi sebarang jawatan dalam kerajaan, seperti yang didakwa telah ditawarkan kepadanya bulan lalu lapor Sinar Harian.

“Kalau ada pun kita tolak, kita tidak bersedia untuk bekerjasama dengan Umno-BN."

“Saya tidak pandang serius (tawaran), saya sedia berunding dengan sesiapa saja, soal prinsip dan dasar saya akan pertahankan suara rakyat,” tegasnya.

Anwar berkata demikian mengulas laporan bahawa beliau telah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri dan empat pemimpin dalam partinya jawatan menteri Kabinet.

Tawaran itu difahamkan datangnya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu Anwar ke Indonesia untuk bertemu Susilo Bambang Yudhoyono pada 14 dan 15 Jun lalu.

Perkara itu dinyatakan oleh seorang penulis pembangkang, Terence Netto dalam tulisannya, yang disiarkan portal Malaysiakini.

Menurut Terence, Najib menunggu untuk bertemu Anwar namun pemimpin utama pembangkang itu enggan berbuat demikian.

Tawaran Najib itu kemudiannya disampaikan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, “saya perlu menghormati semangat kerahsiaan, bila perkara tersebar di media massa, tidak salah saya memberitahunya, namun pertemuan itu tidak berlaku,” katanya ketika berucap pada majlis iftar bersama anak muda anjuran Kelab Anwar Ibrahim (AIC), di Damansara, malam tadi.

Anwar ditanya sejauh mana laporan yang menyatakan perkara itu benar-benar berlaku.

Walaupun tidak menafikan perkara itu, Anwar bagaimanapun menyifatkannya sebagai “khabar angin” dan tidak dikemukakan secara rasmi.

Tambah beliau, kerjasama politik antara PKR, DAP dan Pas akan kekal erat dan pihaknya lebih berminat untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam soal keterbukaan media, pemberian kontrak secara tender terbuka dan telus serta kawalan rasuah dan jenayah secara serius. 

Majalah Malaysia Review

Sumber Berita Dari Blog Zakri Ali

50 hari berkhemah, flat retak tiada penyelesaian

PUTRAJAYA: Kecewa dan marah. Itulah perasaan yang boleh menggambarkan emosi penduduk Taman Permata Dengkil semalam di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Setelah berkhemah selama 50 hari di sebelah flat yang retak dan selepas tiada perkembangan dan usaha konkrit untuk menyelesaikan masalah perumahan mereka, semalam lebih kurang 100 wakil penduduk mengadakan protes di hadapan KPKT.

Walaupun KPKT menggunakan pelbagai helah untuk membatalkan protes tersebut, penduduk yang hampa dengan respons pihak kerajaan setakat ini, tetap turun demi meneruskan perjuangan mereka.

Pada protes semalam mereka turut membawa kain rentang dengan tulisan "50 hari dalam khemah, Apa Perkembangan Masalah Kami?".

Kehadiran mereka kemudian membawa kepada pertemuan wakil penduduk dengan pegawai KPKT.

Mesyuarat bermula lebih kurang jam 11 pagi dengan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Datuk Yusoff Ghazali.

Menurut NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), apa yang menghairankan, KPKT seperti tidak mempunyai sebarang laporan tentang keadaan bangunan sekarang.

Lebih mengecewakan apabila KPKT mendakwa mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mendapat jawapan terhadap surat yang dihantarnya kepada Kerajaan Negeri Selangor pada 4 Julai yang lalu.

"Apabila ditanya tentang komitmen Kerajaan Persekutuan dalam pembinaan rumah bagi penduduk Taman Permata Dengkil, Datuk Yusoff gagal memberikan satu jawapan yang konkrit dan gagal memberikan komitmen Kerajaan Persekutuan, sebaliknya beliau menuding jari kepada Kerajaan Negeri dan kondisi tanah yang akan diperuntukkan," kata NGO itu dalam satu kenyataan.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Inilah Kerja Jahat Umno....


Nilah kerja jahat UMNO yang tak sudah-sudah menyebarkan fitnah dan menanam doktrin perkauman dikalangan pelajar IPTA yang dikenali menjadi lubuk mereka.... yang ni dianjurkan oleh HEP Uitm Manjong, Perak.... DAP dilabelkan anti Melayu sedangkan UMNO yang merantai minda serta membelenggu jiwa Melayu dicanangkan sebagai Hero Melayu.....

- canang

Sumber Berita Dari Blog Bloglist Malaysia

Kumpulan peguam Mesir saman kerajaan sementara

MESIR: Sekumpulan para peguam Mesir semalam mengemukakan saman terhadap kerajaan sementara lantikan tentera yang melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden Dr Muhammad Morsi.

Kumpulan peguam itu yang diketuai Hameed Sodiq menamakan Presiden sementara Adli Mansour, Naib Presiden Dr. Mohammed El-Baradei, Perdana Menteri Hazim Beblawi, Menteri Pertahanan Abdul Fattah As-Sisi, Syeikh Al-Azhar Dr. Ahmed Toyyib dan Ketua Gereja Koptik Pope Tawadhrox sebagai defendan.

Saman tersebut antara lain atas dakwaan merancang dan menyebabkan pembunuhan lebih 200 orang penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman, menggunakan kekerasan melalui polis dan tentera yang menganggap mereka ini adalah "pengganas".

Pemimpin Islam terus diburu

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Mesir terus memburu pemimpin Islam dalam usaha mereka meredakan kebangkitan rakyat yang membantah rampasan kuasa tentera.

Semalam dua lagi aktivis Islam ditahan iaitu Presiden Parti Wasat Ir. Abul 'Ela Madhi dan Naib Presiden Esom Sultan.

Kedua-dua mereka diperintah oleh mahkamah untuk ditahan reman selama 15 hari bagi disoalsiasat.

Esom Sultan didakwa bertanggungjawab membunuh, membakar pejabat-pejabat kerajaan, menangkap serta menyeksa mangsa yang terdiri dari rakyat Mesir di dataran Raba'ah.

Ianya dilihat satu dakwaan yang pelik dan dianggap banyak pihak sebagai "dakwaan rekaan" yang bermotif politik.

Esom Sultan adalah antara pimpinan Islam yang lantang mengkritik rampasan kuasa dan beliau antara yang berkampung di Dataran Raba'ah bersama jutaan lagi rakyat mendesak Morsi dikembalikan.

Beliau juga adalah bekas salah seorang anggota Panel Penggubal Perlembagaan 2012 ketika Morsi ditampuk kuasa.

Selain mereka, lapan lagi pemimpin Ikwanul Muslimin masih lagi ditahan dan belum dibebaskan.

Antara mereka termasuk bekas Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Syeikh Mahdi 'Akif dan Presiden Parti Rayah (Salafi) Syeikh Hazim Abu Ismail.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

KPN nafi mengatakan suspek tembak Sanjeevan merupakan rakannya

Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan laporan portal Free Malaysia Today (FMT) memetik dirinya berkata suspek yang terlibat dalam kes cubaan bunuh Pengerusi Mywatch, R. Sri Sanjeevan merupakan rakannnya sendiri.

Menurut Ketua Polis Negara (KPN) itu, ketika sidang media berlangsung semalam beliau langsung tidak menyebut tentang suspek tersebut.

"Dalam sidang media semalam saya tidak pernah mengatakan Sanjeevan dibunuh oleh rakannya sendiri, laporan dari FMT itu tidak benar," katanya melalui akaun Twitter milik beliau.

"Sebelum membuat pelbagai andaian biar kami siasat kes ini sehingga kami dapat mengumpulkan maklumat mengenai kejadian ini," kata beliau lagi.

Bagaimanapun beliau memahami kebimbangan orang ramai terhadap kes bunuh yang semakin meningkat kebelakangan ini.

"Benar ia merisaukan semua orang dan PDRM melakukan sebaik mungkin bagi memastikan keselamatan kita juga menyeru orang ramai untuk bersama dengan kita membanteras jenayah ini," Abdul Khalid berkata.

Semalam FMT melaporkan Khalid memberitahu suspek yang disyaki terbabit dalam kes cubaan membunuh Sanjeevan dipercayai rakanya sendiri.

Mengikut laporan itu tersebut KPN dilaporkan berkata siasatan awal membawa kepada petunjuk yang mengejutkan kerana suspek bukan merupakan penembak upahan tetapi adalah rakan kenalan itu sendiri.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ekoran siasatan sedang dijalankan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah.

Sabtu lalu Sanjeevan ditembak oleh seorang dari dua lelaki berhenti di satu persimpangan di Bahau, Jempol.

Sebelum kejadian itu, Sanjeevan ada membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya.

Mangsa dikatakan merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat.

Pada masa ini, Sanjeevan masih dirawat di hospital dan keadaannya dilapor stabil. - 31 Julai, 2013.


Sumber Berita Dari Blog Bloglist Malaysia

Pengetua SK Pristina Buat Onar Lagi?

M Kula Segaran hari ini menggesa agar Pengetua SK Pristina Mohamad Nasir Mohd Noor (gambar) dikenakan tindakan disiplin kerana mengugut pelajar di sekolah berkenaan.
Ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP itu berkata, berdasarkan laporan media pengetua berkenaan telah mengambil gambar murid, yang mana ibu bapanya didakwa telah melaporkan mereka makan di bilik persalinan, dan menggesa tindakan segera diambil atas perbuatan tersebut.
"Mohd Nasir dilaporkan telah datang ke sekolah ketika bercuti dan mengambil gambar pelajar bukan Muslim yang disyaki mendedahkan berita mereka makan di bilik persalinan," kata Kula Segaran dalam kenyataannya hari ini.
"Tindakan pengetua ini adalah tindakan mengugut dan tidak boleh diterima," tegasnya, yang menyeru Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Menteri Pendidikan I mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.
"Bayangkan jenis ketakutan psikologi yang murid-murid yang telah mengalami dan akan terus menderita," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini."
Menurut Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu, Guneswari Kelly yang mendedahkan kontroversi pelajar bukan Muslim sekolah berkenaan makan di bilik persalinan telah mendedahkan bahawa anak perempuannya telah tertekan akibat daripada tekanan oleh rakan dan guru-gurunya sejak gambar berkenaan diedarkan.
Kula Segaran juga berkata Menteri Pelajaran perlu menangani isu berkenaan dan tidak lagi bertolak ansur.
Beliau turut berkata kenyataan Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar semalam menggesa mereka yang bertanggungjawab untuk memuat naik gambar-gambar berkenaan di bawah Akta Hasutan adalah tidak masuk akal.
"Hakikatnya bahawa guru besar dan Timbalan Menteri Pendidikan telah memohon maaf atas insiden kantin menunjukkan bahawa guru besar melakukan kesilapan besar," katanya.
"Kenapa ibu bapanya menjadi sasaran?" kata Kula Segaran, dan menambah, Noh seharusnya memuji Guneswari kerana menjadi pemberi maklumat yang cukup baik.
Sebelum ini, beberapa gambar telah tersebar di laman sosial yang memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja.
Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan berkata, kementeriannya juga telah mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) supaya memindahkan tempat makan sementara Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, ke tempat lebih bersih dan munasabah memandangkan kantin sekolah itu sedang dibaik pulih. ~the malaysian insider

Sumber Berita Dari Blog Addin

KUIS Bakal Jadi Universiti Islam Tiga Tahun Lagi? - By Mohd Ezli Mashut

20130730_200445_LLS (1)

BANGI 31 JULAI: Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) mensasarkan untuk menjadi sebuah Universiti Islam dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Rektor KUIS, Prof Madya Datuk Dr Ab Halim Tamuri berkata, manakala jumlah pelajar pada tahun 2014 ini akan ditingkatkan kepada 6,000 mahasiswa.

“Bagi mencapai sasaran tersebut, antaranya akan menawarkan Program Pasca Siswazah dalam bidang sarjana, dan doktor falsafah melalui pusat pengajian siswazah yang akan diaktifkan semula."

“KUIS membuka tawaran pengambilan setelah mendapat kelulusan daripada pihaj Malaysian Qualifications Agency (MQA) yang merupakan sebahagian 46 program pengajian yang ditawarkan,” kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di pekarangan Masjid Al-Azhar KUIS di sini.

Pada majlis yang sama, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan berjumlah RM936,454.77 daripada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan RHB Islamic Bank Berhad.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat berkenaan.

KDEB yang diwakili Presidennya, Suhaimi Kamaralzaman menunaikan zakat perniagaan bagi KDEB dan anak syarikatnya sebanyak RM826,455.77.

Manakala, RHB Islamic Bank Berhad diwakili Pengarahnya, Datuk Faizal Siraj menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM110,000 .

Sementara itu pada majlis yang sama, Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 37 orang pelajar fakir, 115 orang pelajar miskin dan 100 orang asnaf mualaf yang menerima sumbangan RM400 setiap seorang.

Turut hadir, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan Datuk Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Selangorku. 

Sumber Berita Dari Blog Zakri Ali

Turki gantung 27 perjanjian dengan Mesir

KUALA LUMPUR: Kerajaan Turki semalam menyerlahkan lagi pendirian tegas mereka menentang rampasan kuasa di Mesir apabila bertindak menggantung sebahagian besar perjanjian yang termeterai antara Ankara dengan Kaherah.

Beberapa buah akhbar Turki semalam melaporkan, pengantungan itu melibatkan sejumlah 27 perjanjian berkaitan perhubungan dua hala, pengajian dan kesihatan yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Tayyib Erdorgan sewaktu lawatan beliau ke Mesir tahun lepas.

Difahamkan keputusan tersebut diambil Turki sebagai protes berterusan terhadap rampasan kuasa oleh pihak tentera.

Ianya juga ekoran insiden terbaru serangan polis Mesir pada pagi 27 Julai lalu yang menyebabkan kematian 200 orang penyokong Morsi dan ribuan lagi cedera.

Tindakan tegas itu menyusul selepas ucapan Erdorgan pada petang Ahad lalu ketika menghadiri majlis jamuan berbuka puasa di bandar Istanbul yang mengecam "pembunuhan yang membunuh 200 orang" dan berkata, "Kita tidak akan berdiam diri dengan apa yang berlaku di Mesir."

Erdogan sebelum ini antara pemimpin Islam yang lantang menolak kerajaan sementara lantikan tentera Mesir dan menganggap Morsi masih Presiden Mesir yang sah yang telah dipilih oleh rakyat.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

RAKAMAN GAMBAR DSAI DIHALANG DARI MELAWAT PENGERUSI MYWATCH YANG SEDANG DIRAWAT DI HOSPITAL SERDANG, TERSEBAR LUAS DI INTERNET....!!!

Heboh satu dunia betapa pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Dearah Kajang telah tidak membenarkan DSAI melawat mangsa tembak percubaan bunuh Pengerusi MyWatch Saudara Sanjeevan di Hospital Serdang petang tadi.

Apa alasan yang diberikan tidaklah diketahui.... Yang pasti pihak polis hanya membenarkan keluarga terapat mangsa saja yang melawat beliau.

DSAI sebagai pemimpin yang berjiwa besar dan merendah diri akur akan kemahuan dan larangan pihak polis.


Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

DEWAN RAKYAT BRITISH GESA BRITAIN PUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN MESIR.... NEGARA ISLAM SENYAP JE


DEWAN RAKYAT BRITISH GESA BRITAIN PUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN MESIR

Dewan Rakyat British menggesa kerajaannya, di bawah pimpinan perdana menteri David Cameron supaya mengisytiharkan bahawa apa yang berlaku di Mesir merupakan rampasan kuasa oleh tentera.

Mereka juga menggesa kerajaan British agar memutuskanhubungan diplomatik dengan kerajaan yang melakukan rampasan kuasa dan menolak untuk berurusan dengannya.

United Kingdom hanya akan berurusan dengan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
 
Sumber Berita Dari Blog Media Orang Kampung

SEORANG JURURAWAT DIKATAKAN MENERIMA SURAT TUNJUK SEBAB DARI JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU KERANA MENERIMA KEK DARI ADUN PAS ALUR LIMBAT SEMPENA HARI JURURAWAT....!!!

Begitulah info yang diterima.... Rakaman gambar diatas mengundang padah kepada seorang Jururawat yang tidak ada niat langsung mau dijadikan bahan politik.

Difahamkan seorang jururawat dari sebuah Klinik Kesihatan di Daerah Marang, Kuala Terengganu,  Terengganu telah diberi surat tunjuk sebab dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu kerana menerima sebuah kek dari ADUN Alor Limbat YB Ariffin Deraman sempena Hari Jururawat baru-baru ini.

Hina sangatkah menerima kek dari seorang ADUN dari Pakatan Rakyat?

Apa punya peraturan yang diguna pakai.... Terima sebuah kek dari seorang ADUN yang dipilih rakyat pun menjadi suatu kesalahan??????

Harap pihak berkenaan respon jika apa yang dimaklumkan ini benar lagi sahih!!!!

Tidak mau negara kita dijadikan bahan ketawa dunia dengan perkara yang kebudak-budakan ini.... Langsung tidak matang politik.

Dimana letaknya asas demokrasi????


Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

Himpunan bantah kudeta, bebas Morsi masuk hari ke-28

 
(Penyokong Morsi berarak sambil membawa kain kafan di Matrouh bagi membantah pembunuhan rakyat yang berlaku Sabtu lalu)

MESIR: Hari ini, tanggal 30 Julai 2013, adalah hari ke 28 para penyokong Presiden Mesir yang sah Dr Muhammad Morsi, berkampung di seluruh Kaherah khususnya Medan Raba'ah Adawiyah yang menjadi pusat himpunan.

Hari ini juga bermakna hari ke-21 mereka bersahur, berpuasa, berbuka, berterawih di medan terbuka itu bersama jutaan yang lain.

Matlamat himpunan ini hanya satu, iaitu mempertahan legitimasi mereka dengan membantah rampasan kuasa oleh tentera, dan mendesak Morsi dibebaskan.

Mereka berhimpun secara aman, tanpa senjata malah difahamkan suasana himpunan di Raba'ah berlangsung penuh kasih sayang.

Suasana kasih sayang ini turut digambarkan seorang peserta himpunan melalui nukilan bait puisinya bertajuk "Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah"

  • Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Penunjuk perasan berbahagi-bahagi juadah berbuka puasa sesama mereka dan menyuapkan suapan ke mulut orang lain bimbang andai ada di antara mereka yang masih belum berbuka.
  • Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Seorang lelaki membeli sebotol air mineral dan minum hanya seteguk cuma dan mengagihkan botol kepada orang lain bagi menghilangkan dahaga mereka.
  • Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Permandangan mereka ketika solat tidak ubah seperti di Masjidil Haram yang sangat ramai jemaahnya sehingga tiada laluan untuk berjalan, dan apabila pemandangan ini dilihat dari kaca televisyen, mereka akan katakan "Mereka hanya kekurangan sebuah Ka'bah untuk melakukan tawaf"
  • Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Mereka mencari sesiapa yang memerlukan untuk diberikan sedekah padanya, dan mereka meletakkan wang di tempat pengumpulan wang tanpa bimbang, dan apabila hendak dibahagikan, wangnya bertambah dan tidak berkurang.
  • Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Peniaga-peniaga gerai meninggalkan gerai mereka terbuka luas dan beredar untuk tidur sambil mengatakan "Sesiapa yang mahukan sesuatu, ambil dan letakkan bayarannya di dalam laci, dan MEREKA kembali dengan hasilnya yang tetap cukup.
480 terkorban 8000 cedera

Dalam pada itu, suasana himpunan aman penuh kasih sayang ini dicemari tindakan ganas pihak tentera perampas kuasa yang menembak peserta himpunan.

Agensi Berita RNN melaporkan seramai 480 orang direkodkan telah terkorban manakala 8000 lagi cedera sejak rampasan kuasa berlaku.

Selain itu, angka tangkapan juga mencecah 1500 orang dan 9 saluran media telah ditutup oleh pihak tentera dipercayai mengelak laporan suasana himpunan penyokong Morsi disebar kepada dunia luar.

Dua insiden kekejaman tentera yang tidak boleh dilupakan berlaku di Dataran Raba'ah iaitu tragedi "Subuh berdarah" 9 Julai lalu dan terbaru menjelang sahur pada hari Sabtu 27 Julai lalu.

Tragedi Subuh berdarah di hadapan Bangunan Pengawal Republik 9 Julai lalu menyaksikan lebih 50 penyokong Morsi terkorban, manakala lebih 300 cedera ditembak peluru hidup ketika rakaat kedua solat Subuh.

27 Julai lalu pula, insiden tembakan di hadapan Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat itu menyaksikan lebih 120 penyokong Morsi terkorban manakala ribuan lagi cedera.

Pihak tentera pimpinan Abdul Fatah Al-Sisi dijangka akan meneruskan tindakan kekerasan ini selepas mendakwa telah diberi mandat oleh rakyat Mesir untuk berbuat demikian melalui himpunan di Medan Tahrir pada Jumaat lalu.

Jika ianya benar, maka Mesir akan terus bermandi darah apabila penyokong Morsi tetap dengan pendirian tidak akan berganjak dari medan himpunan, manakala pihak tentera bertegas tetap akan menyuraikan himpunan walau dengan apa cara sekalipun.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Utusan putar belit isu Syiah - Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan menyebut dua nama pimpinan tertinggi PAS berhubung isu Syiah sebagaimana yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Laporan Utusan Malaysia, seperti mana dipetik "PAS hari ini menjelaskan bahawa sehingga kini tiada bukti yang boleh mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sebagai pengikut Syiah".

Menurut Tuan Ibrahim, beliau langsung tidak menyebut kedua-dua nama pimpinan PAS itu kepada Utusan, namun tindakan akhbar itu sengaja memutarbelitkan fakta.

Tuan Ibrahim dilaporkan memberi respons kepada Utusan melalui khidmat pesanan ringkas (sms).

Namun, Tuan Ibrahim yang melahirkan kekecewaan ekoran laporan Utusan tersebut.

"Bila pula ana sebut nama dia orang tu. Yg dikod (quote) "....." Itu kenyataan ana. Putar alam betul," tegasnya.

Tuan Ibrahim turut menegaskan semua ahli PAS mesti berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau sekali menafikan penglibatan pimpinan utama PAS dengan ajaran Syiah.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Habis Wang Berjuta, Masalah Air Di Pahang Belum Selesai

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) Pahang menyelesaikan segera krisis air yang berlaku di beberapa kawasan di negeri itu.

Beliau berkata, penduduk di bandar Mentakab dan kawasan sekitarnya sering dihantui gangguan bekalan air sejak dua tahun lalu sehingga menyusahkan mereka seperti tekanan air rendah, kebocoran air dan paip pecah tanpa tindakan proaktif pihak berkuasa.

“Walaupun sebelum ini kerajaan negeri membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mengatasi masalah air di seluruh Pahang, tetapi tiada perubahan yang dapat dilihat."

“Ini jelas menunjukkan BN tidak serius selesaikan masalah rakyat,” katanya dalam kenyataan media.

Tengku Zulpuri yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pahang berkata, masalah air yang semakin kritikal itu menyebabkan penghuni Apartment Sweelee, Mentakab mengadakan protes pada 24 Julai lalu menuntut agar masalah itu diberi perhatian segera pihak bertanggungjawab.

“Sebagai ADUN Mentakab, saya dan pasukan mengambil tanggungjawab itu berjumpa dan berbincang dengan pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) pada keesokannya 25 Julai lalu dan melawat loji air di Lubuk Kawah."

“Kami dapati paras air sungai surut, banyak pasir dan lumpur menghalang pengaliran air masuk ke loji itu,” jelas beliau.

Tengku Zulpuri berkata, antara perkara yang memburukkan lagi keadaan adalah kerosakkan sebuah pam penyedut air di loji berkenaan yang sekarang dalam proses membaikpulih.

Dalam pertemuan dengan pihak PAIP, Tengku Zulpuri berkata, pihaknya mencadangkan beberapa langkah penyelesaian krisis air untuk jangka masa panjang dan pendek.

Antara penyelesaian jangka masa pendek adalah menyediakan tangki air statik di seluruh bandar Mentakab yang terbabit, mendalamkan muara tempat air mengalir masuk ke loji dan menambah baik keberkesanan Unit atau Jabatan Perkhidmatan Pelanggan.

Manakala penyelesaian jangka panjang ialah menyediakan pam air tambahan, menaik taraf loji di Lubuk kawah dan Mempatih (Lancang) bersesuaian dengan pembangunan setempat

Tengku Zulpuri berharap dengan pertemuan pihak terbabit dapat segera menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul.

“Apa yang kami harapkan adalah satu tindakan menyeluruh tanpa pilih kasih. Ini adalah masalah rakyat negeri Pahang,” ujar beliau.-Roketkini 
 
Sumber Berita Dari Blog Kelab Greenboc

Kerajaan mesra pembekal, tidak kepada pengguna

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan menetapkan harga siling barangan tertentu selepas harga dinaikkan menunjukkan kerajaan lebih mesra pembekal berbanding pengguna.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan berhelah dengan menetapkan harga siling untuk memberikan 'situasi menang-menang' kepada pembekal dan pengguna namun hakikatnya pengguna yang terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barang.

"Saya bersetuju perlu ada harga yang tetap untuk mengelak daripada peniaga memanipulasi harga barang tapi isunya ialah mahu tidak mahu pengguna terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang sebab kerajaan sendiri dalam menentukan harga kawalan sudah menaikkan harga barang terlebih dahulu."

"Kerajaan lebih mesra kepada pihak pembekal dan pemborong tidak kepada pengguna dan menjadikan pembekal diutamakan dan rakyat dipinggirkan," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut dekat sini, hari ini.

Memberi contoh harga siling ayam yang ditetapkan kepada RM7.70 sekilogram, beliau berkata, harga tersebut ditetapkan selepas harga ayam dinaikkan daripada sekitar RM6 hingga RM7 sekilogram kepada RM8 sekilogram sebelum Ramadan.

"Contohnya harga ayam sebelum ini di pasaran cuma sekitar RM6 hingga ke RM7 sekilogram namun pada awal Ramadan ia dinaikkan sehingga RM8."

"Selepas harga naik baru kerajaan menetapkan harga paras siling RM7.70 kononnya ingin memberikan situasi menang-menang kepada pengguna peruncit dan pembekal,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat itu juga berkata, penubuhan Skuad Pengguna di seluruh negara untuk memantau harga barangan dan perkhidmatan tidak memberikan kesan selagi kerajaan mengambil kesempatan menaikkan harga barang.

"Walaupun pihak kerajaan telah membuat operasi melalui Skuad Pengguna yang akan pantau harga barang untuk buat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, tapi saya tak lihat keberkesanan yang baik untuk membendung masalah kenaikan harga barang."

"Kerajaan hanya membendung kenaikan harga barang selepas daripada ditentukan harga kawalan menjelang musim perayaan dan harga kawalan itu sudah ditentukan dengan dinaikkan oleh pihak kerajaan sendiri," katanya.

Sementara itu, Mahfuz Omar dalam sidang medianya hari ini menegaskan, laporan mengenai fahaman Syiah oleh media sebenarnya mendorong umat Islam khususnya generasi muda untuk terjebak dengan fahaman tersebut.

Malah apa yang membimbangkan katanya, mereka yang tidak mengetahui tentang fahaman tersebut mula ingin mengetahui mengenainya.

Jelasnya, isu ini sepatutnya dibendung dengan cermat tanpa mendapat sebarang publisiti daripada media.

"Saya setuju dengan cara pihak berkuasa membendung fahaman Syiah di negara ini tetapi pendekatan yang dilakukan perlu diperbaiki.

"Pihak berkuasa agama seharusnya memanggil penganut Syiah untuk mengenal pasti penyebar fahaman tersebut dan memperbetulkan kesilapan yang telah mereka lakukan, " katanya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Setelah Cubaan Bersihkan Najib Dalam Skandal Scorpene, Tembelang Jasbir Terbongkar....


Jasbir Singh Chahl pernah menjadi perunding dalam perolehan dua kapal selam Scorpene namun menurut badan bukan kerajaan (NGO) Suara Rakyat Malaysia (Suaram), beliau dipecat.
Jasbir yang kemudiannya tidak berpuas hati memfailkan saman RM50 juta kepada Abdul Razak Baginda yang kemudiannya membuat penyelesaian di luar mahkamah.
Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu sidang media hari ini, Jasbir adalah saksi kepada satu siasatan yang sedang berlangsung di Perancis, tetapi beliau tidak mendedahkan sepenuhnya apa yang diketahuinya. ~the malaysian insider

Sumber Berita Dari Blog Addin

Panasss....!!! Siapakah dua pemimpin ternama PAS yang menghadiri pertemuan sulit dengan umno? (Gambar)

Gambar Menceritakan Seribu Rahsia

Mohd Sayuti Omar
Isu kerjasama di antara Umno dengan Pas kononnya untuk kebaikan bangsa dan agama nampaknya terus diperkatakan. Walaupun pucuk pimpinan tertinggi Pas sudah menegaskan berkali-kali tiada kerjasama dengan Umno kerana sebab-sebab sedia maklum, namun penegasan itu seakan tidak dipedulikan.
Gambar pertemuan sulit ikut dihadiri pemimpin Pas?
Mereka yang percaya dan yakin dengan Umno terus berusaha ke arah itu dengan mengadakan pertemuan, membincang masalah Melayu atas kepentingan agama Islam. Usaha ini bukan dilakukan oleh orang tengah atau individu-individu yang dekat dan rapat dengan kedua-dua belah parti tetapi ia juga melibat pemimpin sendiri.

Khabar terbaru satu pertemuan sulit yang khusus membincang masalah ke arah kerjasama itu yang diusahakan oleh sekumpulan cerdikpandai telah diadakan, di mana pertemuan itu dihadiri sekurang-kurang dua pemimpin ternama daripada Pas.

Persoalan timbul apakah kehadiran mereka atas sifat peribadi ataupun atas arahan pemimpin tertentu dalam Pas. Saya menerima kiriman beberapa keping gambar rakaman pertemuan berkenaan. Menurut catatan ia dilangsungkan di sebuah rumah salah seorang cerdikpandai yang menjadi penganjurnya terletak di Damansara?

Mungkin bagi pihak mereka yang tidak senang dengan aktiviti sebegini pertemuan itu boleh dianggap membelakangkan parti di mana ia memerlukan penjelasan. Pemimpin Pas yang menghadiri pertemuan berkenaan perlu memberi penjelasan agar rakaman gambar yang tertera ini tidak menimbulkan fitnah.

Bagaimanapun jika diteliti kepada rakaman gambar-gambar itu ia serius lengkap dengan agenda yang dibincangkan....
 
Sumber Berita Dari Blog Kerengga

500 demo bantah pindah kampus KUIN

(Pelajar, ibu bapa, kakitangan dan penduduk kampung demo bantah perpindahan KUIN dari Kuala Ketil)

KUALA KETIL: 500 pelajar, waris dan penduduk Kuala Ketil berkumpul di hadapan pintu gerbang utama Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kampus Kuala Ketil petang semalam bagi mendesak agar kampus itu dikekalkan.

Ini berikutan arahan berpindah yang mereka terima dari pihak pentadbiran KUIN 16 Julai lalu yang mengarahkan semua pelajar berpindah semula ke kampus Stargate, Alor Setar.


(Pelajar, ibu bapa dan penduduk Kuala Ketil membantah perpindahan KUIN dari sini)

KUIN merupakan sebuah kolej yang telah mengislamisaikan program-program konvensional seperti Program Perniagaan, Perbankan, Perancangan Kewangan, Risiko dan Takaful, Hospitality dan Pemakanan Halal dan lain-lain lagi.

Kampus KUIN Kuala Ketil yang bernilai RM330 juta itu adalah lagenda tinggalan Menteri Besar Kedah sebelum ini, Datuk Seri Azizan Razak.

Bagi Ustaz Azizan, pembinaan kampus KUIN di sini akan menjadikan Kuala Ketil satu bandar baru yang bakal membangun dengan pesat selepas ini.

Kampus ini mula digunakan awal tahun ini dan dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada bulan Mei lalu.

Ekoran itu, pelajarnya dan kakitangan dipindahkan dari kampus sementaranya yang terletak di Stargate dan Mergong sebelum itu.

Namun selepas Kedah diambil alih oleh Barisan Nasional (BN) dan Datuk Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar, kampus ini dikatakan mahu dijual.


(Kampus tetap KUIN di Kuala Ketil bernilai RM330 juta yang dibina ketika ustaz Azizan menjadi MB Kedah)

Ia juga mungkin diswastakan apabila timbul desas desus bahawa kerajaan negeri membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Kerajaan negeri dikatakan sudah membuat tawaran itu termasuk kepada Universiti ITM (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU).

Difahamkan Universiti Selangor (Unisel) turut berminat untuk membeli Insaniah daripada kerajaan negeri.

Sejak beberapa bulan lalu, selain pelajar yang menjadi mangsa, kakitangan Insaniah juga tidak mendapat gaji mereka.

Dalam perhimpunan semalam, wakil pelajar yang turut berucap mengesa pentadbiran kolej mengeluarkan pekeliling pindah untuk rujukan pihak pelajar selepas pengumuman yang telah di umumkan pada 16 julai yang lalu dibuat tanpa disusuli dengan pekeliling perpindahan.

Beliau juga menyatakan agar pihak pentadbiran dapat mengekalkan KUIN Kuala Ketil.

Perpindahan yang akan melibatkan 1200 orang pelajar Fakulti Muamalat akan bermula 1 Ogos sehingga 17 Ogos akan datang.

Ia akan disusuli dengan 600 orang pelajar kulliyyah lain menyebabkan banyak menganggu proses pembelajaran dan pengajaran mereka malah melibatkan masalah kebajikan juga.

(Seorang bekas pekerja KUIN berucap dalam perhimpunan itu)

Memorandum yang telah dihantar ke peringkat pentadbiran kolej dan Pejabat Menteri Besar pada 25 Julai yang lalu belum mendapat jawapan sehingga kini.

Manakala pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pula akan mengambil tindakan terhadap memorandum yang telah dihantar oleh mahasiswa. 

Wakil waris juga meminta pihak pentadbiran kolej dan pihak kerajaan negeri mengambil serius berkaitan masalah ini kerana melihat kepada kebajikan pelajar yang akan terganggu dengan perpindahan kali ke tiga ini.

Selepas perpindahan kali pertama dari Mergong ke Stargate dan perpindahan kali kedua dari Stargate ke Kuala Ketil, kini mereka akan berpindah lagi.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Syiah: Usaha halus pecahkan PAS

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
July 29, 2013
Tuan Ibrahim dan Mohamad Sabu...saling bantu membantu dalam PAS. - Gambar The Malaysian Insider oleh Timmy Say, 29 Julai, 2013.
Tuan Ibrahim dan Mohamad Sabu...saling bantu membantu dalam PAS. - Gambar The Malaysian Insider oleh Timmy Say, 29 Julai, 2013.Tuan Ibrahim dan Mohamad Sabu...saling bantu membantu dalam PAS. - Gambar The Malaysian Insider oleh Timmy Say, 29 Julai, 2013.
Analisis: Awal tahun 2012, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pergi ke beberapa negara Timur Tengah. Di sana beliau dan rombongan menyertai persidangan antarabangsa yang melibatkan gerakan Islam seluruh dunia.
"Kita mohon ahli PAS tidak termakan dengan fitnah dan berjaga-jaga dengan taktik jahat musuh untuk melaga-laga pemimpin dan ahli PAS dengan pelbagai label seperti ulama dan profesional, liberal, kumpulan Erdogan, UG mahupun Syiah.”
Sekembali dari lawatan itu beliau membuat satu catatan yang sangat bernilai tentang apa yang berlaku di Syria.
Bagi beliau, apa yang berlaku di Syria bukanlah pertembungan kerajaan Syria yang bermazhab Syiah dengan rakyatnya yang Sunni sebagaimana yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak di Malaysia.
"Pemerintahannya bersifat diktator bertopeng demokrasi, yang menekan rakyat dengan lesen yang diberi oleh kuasa-kuasa besar dunia di atas nama rakan strategik bagi keselamatan Israel yang dilindungi dengan cara paling istimewa."

"Syria mempunyai kedudukan yang agak berbeza dengan negara Arab yang lain, kerana tidak mengiktiraf Israel dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengannya."
"Syria juga menjadi pintu keluar bagi negara Iran yang dikepung, dalam masa yang sama mengizinkan buminya menjadi pangkalan bagi gerakan Islam Hamas dan Jihad Islami, serta pangkalan bantuan bagi Hizbullah yang berada di Selatan Lubnan."
"Hamas dan Jihad Islami bermazhab Sunni, tidak sama dengan Bashar Assad yang menganut mazhab Alawi. Begitu juga Republik Islam Iran dan Hizbullah yang bermazhab Syiah Imamiyyah yang bertentangan juga dengan mazhab yang dianut oleh Bashar dan keluarganya," tulis Ustaz Hadi dalam tulisan itu.
Bagi beliau, hubungan Iran dan Hizbullah yang Syiah serta Hamas dan Jihad Islami yang Sunni dengan Syria adalah hubungan strategik masing-masing.
Jadi apabila Bashar bertindak ke atas rakyatnya termasuk membunuh mereka, ia adalah kerana pertentangan antara Bashar yang jahat dengan rakyatnya yang mahu bebas dari kuasa jahat itu bukannya kerana perbezaan mazhab.
Persoalannya kenapa isu Syria dijadikan pertembungan Syiah dengan Sunni oleh sesetengah pihak?
"Sekarang ini sesetengah pihak dalam PAS sedang bergabung dengan sesetengah pihak dalam Umno nak 'bunuh' aku," kata Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS kepada The Malaysian Insider.
Beliau mengulas laporan yang melarat-larat tentang isu Syiah sejak kebelakangan ini. Mohamad diserang habis-habisan apabila beliau mengunjungi Menteri Wakaf Syria setahun lalu.
Beliau didakwa menyokong kerajaan Bashar di Syria dalam isu pertentangan di negara itu kerana beliau didakwa pengikut Syiah.
Mohamad beberapa kali menjelaskan beliau bukan Syiah tetapi menyokong pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan Iran dan Hizbullah dalam memperjuangkan Islam dan melawan musuh Islam iaitu Israel dan Amerika.
Dalam kes Syria, ketika Amerika membantu usaha menjatuhkan kerajaan Bashar Al Asad, beliau bimbang akan lahir kerajaan boneka Amerika kedua di rantau itu selepas Iraq.
Bagi beliau, dari menjadi boneka Amerika lebih baik mengekalkan kerajaan yang ada dan membiarkan rakyatnya sendiri menentukan kerajaan di sana dari campur tangan Amerika.
Sudah tentu pendirian ini tidak popular di Malaysia kerana kita terdedah hampir setiap hari tentang kekejaman kerajaan Bashar yang membunuh rakyatnya sendiri termasuk wanita dan kanak-kanak.
Kini hampir setiap hari media memainkan isu Syiah. Kononnya Syiah sudah berjaya mengawal beberapa pusat pengajian tinggi dan pemimpin PAS juga diresapi pengaruh Syiah.
Kesan tuduhan ada kaitan dengan Syiah ini juga dikatakan antara sebab mengapa Mohamad kalah di kerusi Parlimen Pendang dalam pilihan raya umum ke 13 lalu.
Ini ekoran dakwaan yang mengatakan ada unsur-unsur sabotaj di kalangan penyokong PAS sendiri kerana tidak senang dengan label hubungan dengan Iran dan Syiah yang ada pada Mohamad.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menegaskan, tidak ada pimpinan PAS yang terlibat dengan Syiah.
Beliau menyifatkan ia hanya serangan politik terhadap parti itu.
Ketua Penerangan PAS itu berkata tuduhan itu tidak berasas sama sekali, tanpa bukti dan hanya berpandukan andaian semata-mata.
"Saya kesal kenapa mereka memberi bayangan sebegitu. Ingin saya tegaskan sekali lagi tiada pemimpin PAS yang terlibat," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, beberapa pimpinan PAS yang ada hubungan peribadi dengan pimpinan Iran atau gerakan Islam Timur Tengah, bukan bermakna mereka pengikut Syiah.
Beliau juga berkata, "Kita mohon ahli PAS tidak termakan dengan fitnah dan berjaga-jaga dengan taktik jahat musuh untuk melaga-laga pemimpin dan ahli PAS dengan pelbagai label seperti ulama dan profesional, liberal, kumpulan Erdogan, UG mahupun Syiah.” – 29 Julai, 2013.
*Analisa ini dibuat dengan kerjasama Timmy Say.
*Bahagian akhir akan disiarkan esok.
 
Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

Ada Surat Terbuka Untuk Tuan Guru Nik Aziz

Saya selaku ahli PAS ingin menyuarakan rasa kecewa dan marah atas insiden terbaru yang melibatkan kepimpinan tertinggi PAS yang sewajarnya memaparkan akhlak dan pekerti berjemaah yang tinggi selaku teladan bagi ahli dan masyarakat umum.

Insiden ini rentetan dari Ijtima' Badar anjuran Dewan Pemuda Pas Pahang di Temerloh pada 27 Julai yang lalu yang menjemput Zaharudin Mohamad antara tujuan khususnya ialah membicarakan berkenaan isu pimpinan yang berotak Liberal dalam PAS.

Ekoran dari program itu maka keluarlah 'mesej' melalui 'wassup' Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang yang antara lainnya berbunyi seperti berikut:

“wujudnya ajk pusat dan ahli pas yang berfikiran Islam liberal yang sangat membahayakan jamaah dan seterusnya meruntuhkannya. Maka ana mencadangkan mereka yang ana senaraikan ini tidak dipilih menjadi ajk pas pusat pada pemilihan akan datang....

1) Khalid Samad
2) Dr Zulkifli Ahmad
3) Hanifa Maidin
4) Mujahid Rawa
5) Husam Musa

*USTAZ SHAHRIL AZMAN (PAHANG)”

Jelas mesej ini amat biadap yang keluar dari seorang pemimpin tertinggi Pemuda yang sebenarnya ramai akur beliau sendiri mempunyai masalah dan perangai yang 'memeningkan' banyak pihak dan di tambah pula dengan perkara terbaru ini.

Umum sedia maklum adanya pertikaian dan perselisihan antara golongan yang dilabelkan ulamak dan yang di gelar professional.

Untuk memudahkan pemahaman Tok Guru, Pemuda Pas seperti Nasrudin Hasan, Nik Abduh, Zaharudin dan beberapa lagi ada lah dari kumpulan yang di gelar Ulamak manakala Khalid Samad, Mujahid, Husam dan Hanifa mewakili gelaran professional.

Hebatnya Shahril Azman ini mendahului muktamar dengan menghina dan menghukum 5 orang di atas sebagai Liberal yang berfahaman salah yang patut disingkirkan dalam muktamar nanti!

Hantu apa yang merasuk kepala hotak beliau di kala iblis dan syaitan semua di rantai pada bulan mulia ini?

Ringkasnya saya merayu agar Tok Guru campur tangan dalam isu ini. Pencerahan wajib di buat sebelum muktamar bermula.

Dua-dua pihak ini wajib di panggil mengadap dan bersemuka di depan Tok Guru. Siapa saja yang silap wajib mengakui kepada umum kesilapan mereka dan wajar berundur segera demi kebaikan jemaah.

Kita tidak lupa ketegasan Tuan Guru dalam menentang kerjasama dengan BN sedangkan kumpulan yang di gelar ulamak ini ramai yang bersetuju dengan idea ‘kerajaan perpaduan’ tempohari.

Ironinya kumpulan professional ini secara total menentang agenda kerajaan perpaduan yang sememangnya jahat dan begitu di tagih oleh Nasarudin Mat Isa juga amat rapat dengan Nasrudin Hasan.

Apakah benar kumpulan professional berniat untuk menjatuhkan presiden? Ianya wajib di siasat secara mendalam. Kalau benar, kenapa? Kalau bukan, apa motifnya mereka di tuduh begitu?

Begitu juga dengan kumpulan yang di gelar Ulamak. Mereka secara konsisten terutama Nasrudin Hasan dan Nik Abduh menyerang kumpulan professional terutama Husam pada muktamar beberapa tahun yang lalu lagi. Mengapa mereka bertindak sedemikian?

Adakah kerana isu peribadi Nik Abduh di Kelantan yang mewakili kem yang tidak sehaluan dengan Husam berlanjutan sampai ke peringkat PAS Pusat? Biarpun Nik Abduh mewakili kumpulan Ulamak tetapi cara hidup dan personality beliau jauh kebelakang berbanding Husam yang bukan ulamak.

Nik Abduh mengamalkan cara hidup mewah berbanding Husam apatah lagi Tuan Guru. Mujur UMNO tidak terbau isu pembelian haratanah secara tunai oleh beliau tempohari, sekiranya benar.

Nasrudin Hasan pun tidak kurang hebatnya. Beliau tampak hebat berceramah tetapi setakat itu sahajalah, tanyalah pada mereka yang rapat dan yang tinggal berdekatan kediaman dan tempat beliau pernah tinggal.

Beliau juga dimaklumkan ada menerima sumbangan kewangan dari kontraktor yang terlibat dengan LYnas, satu projek yang di tentang oleh PAS.

Justeru itu, tidak kiralah dari kalangan ulamak mahupun professional, siapa yang bersalah atau mempunyai niat yang serong terhadap kumpulkan yang satu lagi tanpa asas sebenar wajib di rehatkan, kalau perlu singkirkan sahaja selepas di dengar penjelasan mereka dan di beri keadilan sewajarnya.

PAS memerlukan professional yang hebat tetapi bukan yang memandai-mandai dan membelakang Jemaah dan perjuangan.

PAS menghormati ulamak tetapi bukan ulamak yang hanya pada nama dan gagal berfungsi dalam mendepani masyarakat dan isu.

Semoga ini merupakan jasa yang paling besar yang boleh Tuan Guru mainkan selepas di turunkan dari jawatan oleh mereka-mereka juga yang berkepentingan. – 29 Julai, 2013.

* Mohamad Abdullah merupakan Ahli PAS Seumur Hidup. 
 
Sumber Berita Dari Blog Kelab Greenboc

GEMPAQ: Anwar dah nampak sesuatu yang tak kena? [Tengok la APA DIA....]

Tingkat kawalan di hospital rawat Pengerusi MyWatch, kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa polis mempertingkat kawalan keselamatan terhadap hospital yang menempatkan Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan yang parah ditembak Sabtu lalu.

Ketua Umum PKR itu tidak menolak kemungkinan kejadian tembakan itu ada kaitan langsung dengan hasrat untuk mendedahkan penglibatan pegawai polis dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram.

“PKR juga menuntut supaya pendedahan Sanjeevan berkaitan penglibatan anggota/pegawai PDRM dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram turut disiasat dan bawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Sumber Berita Dari Blog Shalehudin

Kami sekeluarga bertambah bimbang - ayah Sanjeevan



KUALA LUMPUR: “Saya dan keluarga masih dalam keadaan sedih dan terperanjat dengan apa yang berlaku kepada Sanjeevan,” kata Ramakrishnan Perianan, bapa Pengerusi MyWatch, Sri Sanjeevan (gambar).

Katanya, kenyataan-kenyataan tidak tepat yang dikeluarkan mengenai anaknya itu membuatkan beliau sekeluarga bertambah bimbang dan kurang tenang.

“Saya dengan ini meminta supaya pihak media yang ingin mendapatkan maklumat terkini tentang keadaan anak saya Sanjeevan untuk terus menghubungi saya atau kakak beliau, Cik Maygala Ramakrishnan dan tidak menerusi mana-mana pihak lain,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam, sebagaimana di bawah.

Dalam tempoh beberapa jam yang lalu saya mendapati adanya kenyataan-kenyataan berhubung keadaan anak saya Sri Sanjeevan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak dan individu tertentu kepada pihak media.

Walaubagaimanapun, ada di antara kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan tersebut didapati tidak tepat dan mengelirukan.

Saya dan keluarga masih dalam keadaan sedih dan terperanjat dengan apa yang berlaku kepada Sanjeevan dan kenyataan-kenyataan tidak tepat yang dikeluarkan ini membuatkan kami sekeluarga bertambah bimbang dan kurang tenang.

Saya dengan ini meminta supaya pihak media yang ingin mendapatkan maklumat terkini tentang keadaan anak saya Sanjeevan untuk terus menghubungi saya atau kakak beliau, Cik Maygala Ramakrishnan dan tidak menerusi mana-mana pihak lain.

Saya juga meminta supaya pihak-pihak dan individu-individu yang tidak berkenaan untuk berhenti dari mengeluarkan apa jua kenyataan-kenyataan kepada media tentang keadaan Sanjeevan tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu.

Pada masa ini, anak saya sedang menerima rawatan di Hospital Serdang selepas dipindahkan dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban petang tadi. Keadaan beliau, seperti yang dimaklumkan oleh pihak Hospital Serdang kepada kami sebentar tadi adalah walaupun kritikal, tetapi lebih stabil.

Saya juga ingin mengambil peluang untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan doktor-doktor, pakar-pakar dan kakitangan perubatan di Hospital Jempol, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan Hospital Serdang yang telah dan sedang bertungkus lumus berusaha untuk menyelamatkan anak saya Sanjeevan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia yang mengambil langkah berjaga-jaga dan memberi kawalan keselamatan penuh terhadap Sanjeevan sementara dia dirawat di hospital sekarang ini.

Saya dan keluarga turut menghargai ucapan simpati dan kata-kata sokongan dari keseluruhan rakyat Malaysia serta doa mereka untuk Sanjeevan.

Sekian, terima kasih.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Terkini Isu Semasa Mesir - kenyataan terbaru Syeikh Dr.Yusuf Qaradhawi

Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Syeikh Dr. Yusuf Qaradhawi mengeluarkan kenyataan terbaru seperti yang disiarkan oleh "Al-Jazeera". Antara mesej yang disampaikan oleh beliau ialah:
1) Kepada Menteri Pertahanan, Abdul Fatah As-Sisi yang telah mengkhianat janji sewaktu mengangkat sumpah dilantik ke jawatan itu di hadapan Dr.Muhammad Mursi. As-Sisi juga beranggapan dia telah diberikan "kuasa" melalui himpunan menyokongnya Jumaat lepas manakala selain mereka itu bukan rakyat Mesir bahkan bukan manusia. Lalu dia menggunakan "kuasa" itu melakukan apa yang disukainya.
2) Menyifatkan Adli Mansour, Presiden sementara sebagai "boneka" dan kerajaan kudeta pimpinan Perdana Menteri Hazim Beblawi sebagai "kerajaan zalim".
3) As-Sisi sebelum menyingkir Dr. Muhammad Mursi telah memansuhkan perlembagaan 2012 yang telah diperakui dengan sokongan 64 peratus pengundi. Lalu as-Sisi membentuk jawatankuasa penggubal yang terdiri hanya 10 orang dalam tempoh hanya sebulan bagi mengadakan pindaan perlembagaan. Sedangkan pada zaman Dr. Muhamamd Mursi tahun lalu, perlembagaan dibincang oleh 100 orang panel yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat dalam tempoh 6 bulan sebelum diadakan pungutan suara pada Disember 2012.

4) Syeikh al-Qaradhawi turut menyalahkan as-Sisi terlibat dengan pembunuhan terbesar yang membunuh lebih 140 orang dan mencederakan 4,500 yang lain.
5) Beliau mempersoalkan pendirian Syeikh Al-Azhar, Dr. Ahmad Toyyib. "Siapa yang kata bunuh manusia merupakan perkara yang lebih ringan dari dua dhoror (kaedah akhaffu dhororoin)? Pernahkah anda meminta pandangan Haiah Kibar Ulamak Al-Azhar? Wajib bagi anda untuk undur kembali dari pendirian ini. Saya menyeru saudara-saudara saya dalam Haiah Kibar Ulamak dan Lembaga Penyelidikan Islam untuk sama-sama mengkaji pendirian Syeikh Al-Azhar."
6) Mengecam media Mesir yang tidak profesional dalam melaporkan kejadian yang berlaku. "Saya menyeru Majlis Keselamatan PBB, mereka yang mulia di seluruh dunia untuk datang sendiri ke Mesir bagi melihat apa yang sebenarnya berlaku."
7) Menyeru kepada rakyat Mesir untuk turun ke Raba'ah dan "jangan takut". Turun bersama-sama keluarga dengan penuh berani. "Termasuk warga Kristian juga datang bersama-sama orang Islam lain ke Raba'ah."
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
 
Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

Ketika krisis, asrama Johor di Mesir arah pelajar keluar

JOHOR BAHRU: Dalam keadaan negara Mesir sedang menghadapi kemelut politik akibat rampasan kuasa tentera Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir  (Ilmam) Johor dikejutkan apabila pihak pengurusan asrama pelajar Johor Rabaah, Mesir mengarahkan para pelajar asrama keluar daripada rumah Johor tersebut.


(Surat pekeliling dari Kedutaan Malaysia, Jabatan Pelajar Johor)

Antara alasan asrama pelajar Johor bangunan Waqaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di Mesir diarah untuk dikosongkan adalah disebabkan proses membaik pulih serta penempatan pelajar baharu yang diuar-uarkan akan tiba pada pertengahan September ini.

Demikian kata YDP Ilmam Johor, Mohamad Hairi Hamzah dalam satu kenyataannya hari ini.

Ilmam Johor menggesa pihak pegawai asrama Johor di Mesir termasuk Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengambil tindakan terhadap isu ini.

"Ini kerana Ilmam Johor merasakan bahawa keadaan getir pada waktu ini menjadikan mahasiswa Johor di Mesir menghadapi situasi sukar mencari penginapan dan rumah sewa di dalam keadaan politik Mesir yang tidak menentu ini," katanya.

Ilmam Johor juga membantah alasan yang digunakan untuk menempatkan pelajar baharu yang akan tiba ke Mesir pada bulan September ini sedangkan terdapat banyak lagi ruang kosong yang boleh menempatkan mahasiswa di asrama tersebut.

Gesaan ini dilakukan dengan tegas bagi memastikan keselamatan mahasiswa Johor di Mesir dijaga kerana asrama tersebut terletak hanya 300 meter sahaja jarak daripada kawasan perhimpunan di kawasan Rabaah tempat pertembungan di antara penyokong Dr Mursi dan tentera yang sedang kemuncak berlaku pada waktu ini.

Pihak Pengurusan Asrama Pelajar Johor di Mesir harus memandang perkara ini dengan serius kerana dentuman tembakan dapat didengari daripada jarak dekat serta mahasiswa perlu berada di dalam kawasan asrama dan menyulitkan urusan mahasiswa terpaksa keluar mencari rumah baharu di dalam kawasan sekitar.

Ilmam berpandangan mahasiswa tidak boleh diarahkan keluar sehingga pertelingkahan politik Mesir ini berakhir.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Menteri Bangang ini salahkan rakyat lagi bila hutang meningkat....!!!

 
baguih la jadi menteri lagu nie.... rakyat banyak berhutang sekarang ini ialah untuk loan rumah dan loan kereta.... rumah yang harga tinggi dan kereta yang harga separuh darinya untuk cukai kerajaan....  
 
Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

Lim Guan Eng Bergambar dengan Siapa Pulak Ni.... Saksikanlah....!!!

Lim Guan Eng bersama Imam Hoslan ketika majlis berbuka puasa di Pulau Pinang. Manakala gambar di bawah Lim Guan Eng dan Anwar menyempurnakan sumbangan ramadhan Al-Mubarak....
 

34 Didakwa Kerana Anjur Blackout 505

.33 aktivis anak muda yang membuat perhimpunan di perkarangan Parlimen akan didakwa di mahkamah Jalan Duta hari ini.

Mereka didakwa selepas berdemontsrasi termasuk aksi tidur di jalan raya pada 24 Jun 2013 bagi menyatakan protes terhadap penipuan pilihanraya di hari pertama Parlimen bersidang untuk penggal ke-13.

Seorang lagi rakan mereka, Azhar Achil, akan didakwa di mahkamah Klang ekoran perhimpunan di Sabak Bernam dalam salah satu aksi #Blackout #SuaraRakyat505.

Azhar adalah Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor.

Beliau didakwa menganjurkan sebuah perhimpunan rakyat di Sabak Bernam dalam salah satu aksi Jelajah SAMM #Blackout #SuaraRakyat505. -HD
 
 Sumber Berita Dari Blog Kelab Greenboc

Kehabisan diesel berlaku di mana-mana

(Diesel habis di stesen minyak di lebuhraya Kesas - gambar  Syamsuddin Ghazali)

KUALA LUMPUR: Fenomena kehabisan bekalan diesel di stesen-stesen minyak rupanya berlaku di merata tempat di seluruh negara.

Ia berlaku sejak Sabtu lepas lagi apabila ia dikesan oleh pembaca Harakahdaily.

Malam tadi, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard menggesa pihak bertanggungjawab agar segera tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, serta menyediakan pelan terbaik untuk selesaikan krisis ini.

Seorang pembaca Harakahdaily, Syamsuddin Ghazali pula melaporkan, pada Sabtu 27 Julai, beliau telah  melalui lebuhraya Kesas pada sebelah malam dari Subang ke Klang.

Sepanjang laluan ada 4 atau 5 stesyen minyak yang beliau singgah semuanya kehabisan diesel.

"Keesokan pagi masalah yang sama masih berlaku dan saya terpaksa melalui laluan biasa untuk mendapatkan bekalan diesel," tulis pembaca berkenaan kepada Harakahdaily.

Di petrol stesen sekitar Jalan Pahang Barat juga menaikkan tanda 'Harap maaf, diesel habis'.

Mereka mendakwa, bekalan diesel telah dihabis di pam mereka sejak Jumaat 26 Julai lagi.

Sehubungan itu, semua pihak meminta pihak kerajaan memberikan penjelasan segera mengenai masalah ini.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Sungai zaman Nabi Daud

Ada kisah menarik di masa Nabi Daud 'alaihissalam. Bani Israil ingin berjuang melawan kezaliman raja Jalut. Segala persiapan telah dilakukan termasuk ujian pada hati dan jiwa. Sebelum pergi berperang, ketua mereka yang bernama Thalut menunjuk sesuatu sebagai ujian utama. Sesuatu itu bernama sungai.

"Sesungguhnya Allah akan mengujimu dengan sungai. Siapa yang meminum airnya, dia bukan pengikutku. Siapa yang tidak meminumnya kecuali menceduk seceduk tangan, maka dia pengikutku, "ucap Thalut ke seluruh pasukan. Selepas itu, pasukan itu pun bergerak.

Lama mereka berjalan. Panas terik keadaan padang pasir Palestin melemahkan tenaga mereka. Haus tidak lagi tertahan. Tiba-tiba, sungai yang begitu jernih terbentang di hadapan mereka. Seolah memberikan sokongan atas perjuangan yang begitu memenatkan.

Ternyata tentera-tenteranya teruji dengan kesabaran, kepatuhan kepada ketua dan kesanggupan menghadapi kesusahan dalam memikul tugas. Ujian demi ujian mereka tempuhi, akhirnya hanya sedikit dari kalangan mereka yang berjaya. Kebanyakan daripada mereka telah meminum air sungai dengan sepuas-puasnya dan menyerah kalah untuk tidak terus berjuang.

Ujian-ujian ini telah dapat menapis keimanan angkatan tentera Thalut;

“Dan apabila Thalut dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya menyeberangi sungai itu, mereka pun berkata: Kami tidak mempunyai tenaga kekuatan lagi pada hari ini untuk melawan Jalut dan tentera-tenteranya.” QS al-Baqarah:249

Kini Thalut bersama dengan tenteranya yang beriman, namun sebahagian daripada mereka mula berasa gentar apabila melihat tentera Jalut yang ramai bilangannya. Keimanan mereka masih belum sempurna kerana mereka lupa dengan kekuasaan Allah swt yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

Manakala kumpulan kecil Mukmin yang sejati berkata;

“Lalu berkatalah orang-orang yang yakin bahawa mereka akan tetap menemui Allah: Berapa banyak peristiwa kumpulan yang sedikit telah mengalahkan kumpulan yang banyak dengan keizinan Allah, dan Allah itu bersama-sama orang-orang yang sabar.” QS al-Baqarah:249

Kemenangan pasti akan dicapai oleh mereka yang berhubung rapat dengan sumber kekuatan yang tiada tolok bandingnya lagi iaitu kekuatan dari Allah swt yang menguasai segala urusan. Kemenangan diserahkan kepada Allah swt; “Dengan keizinan Allah, dan Allah itu bersama-sama orang-orang yang sabar.”

Mereka juga memperbaharui janji mereka dengan Allah swt dan bertawajjuh kepada-Nya dengan hati mereka. Mereka juga memohon pertolongan dan kemenangan dalam menghadapi peperangan ini.

“Dan apabila (mereka yang beriman) keluar menentang Jalut dan tenteranya mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Curahkanlah kesabaran ke atas kami dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami mengalahkan kaum yang kafir.” QS al-Baqarah:250

Kemenangan adalah milik Allah swt. Anugerah ini adalah untuk Mukmin kesayangan-Nya yang melaksanakan kehendak-Nya dengan tiada kepentingan diri sendiri. Niat yang baik dan keazaman yang kukuh untuk terus taat dan bertawajjuh kepada Yang Esa dengan penuh keikhlasan.

Nabi Daud a.s ketika itu adalah seorang anak muda Bani Israil yang masih belia, sedangkan Jalut adalah seorang raja yang gagah perkasa dan seorang panglima perang yang sangat ditakuti. Namun urusan hidup tidak berlangsung mengikut keadaan-keadaannya yang lahiriyah tetapi ia berlangsung mengikut hakikat-hakikatnya yang berada di tangan Allah swt.

Kematian Jalut kelihatan sangat mudah ditangan Nabi Daud a.s. Malah baginda telah menerima teraju pemerintahan daripada Thalut. Kemudian mewariskannya kepada putera beliau iaitu Nabi Sulaiman a.s. Zaman Nabi Daud a.s adalah zaman keemasan bagi Bani Israil.

Di dalam masa yang sama, Nabi Daud a.s diangkat sebagai seorang nabi. Allah swt telah mengajarkan beliau ilmu pertukangan membuat baju besi dan alat-alat perang.

Tujuan sebenar pertarungan ini ialah untuk mewujudkan kebaikan di bumi dan menguatkannya melawan kejahatan dan pencerobohan.

“Dan andainya Allah tidak menolak pencerobohan setengah yang lain tentulah bumi menjadi rosak, tetapi Allah mempunyai limpah kurnia ke atas semesta alam.” QS al-Baqarah:251

Allah swt mengakhiri kisah ini dengan firman-Nya;

“Itulah ayat-ayat Allah yang Kami bacakannya kepadamu dengan membawa kebenaran dan sesungguhnya engkau adalah dari nabi-nabi yang diutuskan(Allah).” QS al-Baqarah:252

***
Pengajaran yang boleh diambil:

1.    Bani Israil biasanya mempunyai sifat yang suka memungkiri janji, mengelak dari ketaatan, enggan melaksanakan tugas, berpecah-belah dan berpaling dari kebenaran yang jelas. Sifat-sifat ini hendaklah dijauhi oleh orang-orang Islam. Untuk mengubahnya memerlukan tarbiyah yang berkesan dan memakan masa yang agak lama.

2.    Orang yang berpaling dari perjuangan dan enggan memikul tugas kebenaran untuk menentang kebathilan adalah termasuk di dalam golongan yang zalim.

3.    Di dalam ketenteraan, orang yang tidak tahan diuji dan cepat mengalah dengan kesusahan adalah orang-orang yang patut dikeluarkan dari barisan perjuangan kerana mereka merupakan benih-benih kelemahan dan kekalahan.

4.    Berniat berjuang Fi Sabilillah sahaja tidak mencukupi. Ia akan teruji secara amali/praktikal.

5.    Kemenangan yang hakiki adalah melalui kekuatan aqidah dan iradat Ilahi. Bukannya tertakluk kepada kekuatan kebendaan dan majoriti.

6.    Hubungan jiwa dengan Allah swt perlulah tinggi dan ikhlas. Ini dapat direalisasikan melalui doa-doa yang mathur.

7.    Kepimpinan hanya akan diberi kepada seorang Mukmin yang sejati, taat dan patuh terhadap kehendak Sang Pencipta yang memiliki segala urusan di langit dan di bumi.

Diterjemahkan dan disusun dari sumber bersamaummualiya.blogspot.com,  islampos.com. Wallahu'alam bissawab 

Sumber Berita Dari Blog Detik Islam