Ingat....!!! Bukan STAFF INSANIAH yang tak terima gaji tapi geng STAF INSANIAH HOLDING

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 26 Jun 2013, Bertajuk ’Staf INSANIAH tuntut gaji’ adalah di sanggah sama sekali. Berikut disertakan kenyataan yang sebenar bagi menjernihkan keadaan dan nama baik INSANIAH di mata masyarakat.

Wartawan Sinar Harian (SH) perlu menggunakan tajuk seperti ”Staf INSANIAH Holdings tuntut gaji”. Ini kerana kakitangan di bawah Kolej Universiti INSANIAH telah mendapat gaji bagi bulan Jun 2013 pada semalam (25 Jun 2013). Untuk pengetahuan semua pihak, pembayaran gaji kepada kakitangan di bawah INSANIAH tidak menghadapi apa-apa masalah malah lebih baik dari sebelum ini. Kami kakitangan KUIN menyanggah sama sekali kenyataan yang dibuat oleh akhbar ini.

Sila gunakan tajuk yang lebih tepat agar tidak menimbulkan kekeliruan pembaca. Akhbar Sinar Harian juga telah menimbulkan persepsi yang negatif apabila pada 7 Jun 2013 telah menyiarkan ”INSANIAH bakal diswastakan” dan bakal dijual kepada pihak luar. Kami kakitangan INSANIAH tidak tahu menahu langsung berkenaan perkara ini.

Bagaimana pula anda yang berada dipihak luar terlebih tahu berkenaan INSANIAH? Jangan menyiarkan berita sampah seperti ini semata-mata untuk melariskan jualan akhbar anda. Jangan pula anda sebagai wartawan menyerlah kedunguan anda terhadap isi-isu terutama sekali berkenaan INSANIAH.

Tulislah berita yang betul dan sebenar dari sumber yang sahih dan tepat.

Untuk perhatian semua pembaca, semua kakitangan yang dinyatakan dalam akhbar SH adalah kakitangan INSANIAH Holding Sdn. Bhd. (IHSB) dimana pembayaran gaji dibayar oleh IHSB. Justeru itu, mereka perlu menuntut gaji kepada CEO mahupun COO IHSB. Tidak pun mereka perlu menuntut pembayaran gaji daripada mantan Menteri Besar iaitu Azizan kerana beliau sehingga kini masih menjadi pengerusi IHSB. Mintalah penjelasan daripada mereka ini kerana segala bentuk pembayaran gaji, elaun dan sebagainya dibawah bidang kuasa IHSB. Selain dari itu, mereka boleh berhubung dengan Jamil kerana mangkuk ayun inilah yang banyak menjahanamkan KUIN dan lari lintang pukang setelah segala masalah tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh beliau.

Untuk pengetahuan semua, IHSB ditubuhkan semasa mangkuk ini manjadi Rektor KUIN.

Kami kakitangan Kolej Universiti INSANIAH amatlah bersimpati kepada kakitangan IHSB. Ini kerana ada dikalangan mereka ini (staf dan pegawai bawahan) telah melakukan kerja-kerja dengan ikhlas dan baik. Mereka juga merupakan kawan-kawan kami. Mereka juga seperti kami yang hanya mencari sesuap nasi dengan ikhlas demi untuk menyara keluarga di rumah.

Namun mereka telah ditipu oleh Jamil dan mangkuk-mangkuknya (JMM) yang menjanjikan bulan dan bintang semasa ditemuduga dan ditawarkan jawatan. Ada dikalangan mereka yang meninggalkan pekerjaan lama (yang lebih baik) semata-mata termakan janji yang telah dibuat oleh JMM. Diharap mereka bersabar dalam menghadapi dugaan ini. Semoga Allah S.W.T. membalas segala perbuatan yang telah dibuat oleh JMM. Kepada rakan-rakan di IHSB, kami turut bersedih dengan apa yang telah berlaku. Terima kasih.

-INSAN TULIS-

Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

No comments:

Post a Comment