Gempar: Kuliah Ustaz Azhar Idrus Dibatalkan, Kerana Tak ada Tauliah. Kih....! Kih....! Kih....!

Atas sebab-sebab tertentu. Program yang pada asalnya telah dipersetujui akan berlangsung pada 22 hb June tiba-tiba dibatalkan dengan alasan seperti berikut: ;
 

Menurut maklumat yang aku terima;

1. Program ceramah tersebut telah diwar-warkan secara meluas dengan kain rentang dan banner yang terpampang di merata-rata tempat.


2. Program ceramah yang bakal dilangsungkan itu sebenarnya bukanlah ceramah berbaur politik. Tetapi ceramah berbentuk keagamaan dan kerohanian.


3. Namun 2 hari sebelum program berlangsung, pihak penganjur terpaksa membatalkan program tersebut selepas menerima arahan daripada pejabat kadi daerah dengan mengariskan sebab-sebab program tersebut harus dibatalkan ataupun jika tidak, bersedia menerima hukuman tegas akibat kedegilan pihak penganjur.


Aku pun tak berapa faham kenapa mereka bertegas mahu membatalkan program tersebut. Kalau kebenaran la jadi punca utama, aku percaya pejabat agama dan negeri boleh diajak berbincang apatah lagi masih ada masa untuk kita bawa-bawa berbincang kan.

Sekarang kita tunggu la penjelasan dari mereka-mereka yang berkenaan. Seperti biasa aku menyokong pendapat bahawa keadilan terpakai untuk semua pihak. Jadi aku berikan ruang kepada kedua-dua pihak untuk mengeluarkan hujah masing-masing. Kepada pihak yang mengarahkan agar program Ustaz Azhar Idrus dibatalkan tue, mungkin boleh beri penjelasan serba sedikit bagi menerangkan keadaan kenapa agaknya korang beria-ia mahu program tersebut di batalkan.

Ada apa-apa ke?

He....! He....! He....!

Oke baik.... kredit Amenoworld


Sumber Berita Dari Blog Media Orang Kampung

No comments:

Post a Comment