Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang sukar dicari ganti

oleh Zulkifli Yahaya
Hari ini pemikiran Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor diseminarkan. Memang tepat segala ilmu dan idea yang lahir dari tokoh besar itu dibincangkan. Membiarkan pemikiran yang telah menghasilkan sejarah perjuangan Islam di tanahair itu berlalu begitu sahaja tanpa dirujuk kembali adalah mensia-siakan yang sangat merugikan. Sejarah perjuangan Islam yang dibawa PAS masih belum panjang jarak masanya, belum menempuh pun satu abad. Tokoh-tokoh yang hebat dalam jamaah mungkin tidak seramai Ikhwanul Muslimin di Mesir, namun kehebatan tokoh yang sedikit ini mestilah dimanfaatkan ilmu dan pemikirannya sepenuhnya.
Terlalu banyak aspek menarik dan bermanfaat untuk dikaji dari sirnaan pemikiran Ustaz Fadzil, biarlah kita mengutip sisi-sisi yang tersurat sahaja, itu pun cuma selembar dari ribuan manfaat yang boleh digali.

Pencapaian terbaik
Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor pergi meninggalkan kita pada 23 Jun 2002. Sepanjang sejarah PAS meniti perjuangan, Ustaz Fadzil adalah tokoh paling hebat kerana memimpin parti di saat gemilangnya. PAS memimpin permuafakatan parti pembangkang apabila memenangi 27 kerusi Parlimen pada PRU 1999. Beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Sehingga kini PAS belum mampu memecahkan rekod pencapaian kerusi terbanyak itu.
PRU 1999 adalah merupakan detik paling perit bagi Umno kerana majoriti Melayu berpihak kepada pembangkang. Tidak dapat dinafikan bahawa penolakan Melayu terhadap BN pada masa itu ada kena mengena dengan Anwar dianiayai, dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, dibelasah dalam lokap serta dipenjarakan.

Ustaz Fadzil hadir dalam sidang media pertama selepas Anwar dipecat. Ia kelihatan sangat janggal ketika itu kerana persepsi umum adalah, pemecatan Anwar adalah persoalan rumahtangga Umno. Terdapat anggota PAS yang tidak menyetujui kehadiran Ustaz Fadzil bersama Anwar. Biarlah Umno bergasak sesama mereka, mengapa PAS nak campuri urusan dalaman mereka? Ustaz Fadzil ditempelak kerana kononnya membuat perhitungan yang salah.
Ustaz Fadzil menubuh, memimpin dan menggerakkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) untuk mengembeling tenaga parti-parti politik dan NGO menjadi suatu kekuatan berkesan untuk menentang ketidakadilan parti yang sedang memerintah. Selepas ledakan kebangkitan rakyat yang luarbiasa berhubung isu Anwar, barulah tindakan Ustaz Fadzil dianggap betul. Ia menjadi lebih tepat apabila PAS menjadi dominan dalam barisan pembangkang dengan memperoleh kerusi terbanyak, mampu mempertahankan Kelantan di samping menawan Terengganu.
Jika hari ini perpaduan parti-parti pembangkang adalah mantap, sehingga menang di lima negeri pada PRU12 dan hampir-hampir menumbangkan BN di Pusat dalam PRU13 lalu tetapi hakikatnya permuafakatan pembangkang itu digagaskan di masa Ustaz Fadzil memimpin PAS lebih sepuluh tahun lalu. PAS mengadakan permuafakatan dengan parti KeADILan dan DAP yang dianggap parti Cina rasis. Ustaz Fadzil, Datuk Dr. Wan Azizah dan Lim Kit Siang beberapa kali menganjurkan ceramah umum bersama menjelang PRU 1999. Ustaz Fadzil berjaya meyakinkan ahli PAS dan orang Melayu perihal pentingnya sokongan masyarakat Cina jika mahu memerintah negara. Cuma orang bukan Melayu pada masa itu belum berjaya diyakinkan oleh DAP untuk menyokong PAS.
Dominasi Melayu/Islam
Permuafakatan antara parti-parti Melayu/Islam digembelingkan lebih awal oleh Ustaz Fadzil Noor iaitu menjelang PRU 1990. Beliau berjaya 'mengeluarkan' Berjasa dan Hamim dari BN untuk bersama dengan PAS, Semangat 46 dan KIMMA dalam Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan). Angkatan berjaya membentuk kerajaan di Kelantan pada PRU 1990 dengan kemenangan bersih 39-0.
"Kita telah membina persefahaman dan kerjasama dengan parti Semangat 46, Berjasa dan Hamim dalam Angkatan Perpaduan Ummah. satu usaha yang kita lakukan bersama untuk meletakkan parti Islam dan parti-parti yang didokong oleh orang Islam dalam satu saf bagi menghadapi BN dan memberikan alternatif kepada umat Islam dan rakyat seluruhnya," jelas Ustaz Fadzil. (Ucapan dasar Muktamar Tahunan ke 36, 25 Mei 1990).
Terlalu banyak aspek menarik untuk diulas perihal kepimpinan Ustaz Fadzil selama 13 tahun selaku Presiden. Kejayaan paling manis ialah memposisikan PAS sebagai pendokong ketuanan Islam pada persepsi dan realiti. Dalam Muktamar PAS ke 42, tema yang dipilih ialah Tegakkan Ketuanan Islam.
Dalam ucapan dasarnya, Ustaz Fadzil menegaskan hanya dengan ketuanan Islam dapat menjamin kemuliaan bangsa dan kemuliaan umat Islam itu sendiri. Meskipun Umno sejak dulu dan kini tidak pernah berputus asa berusaha mencemarkan imej PAS dengan tuduhan tradisi bahawa PAS telah meninggalkan asas perjuangan, namun umumnya ketika itu umat Islam tidak percaya. PAS dominan di kawasan majoriti pengundi Melayu. Di Kedah, PAS menang PRU 1999 sebanyak 12 kerusi langsung tanpa bantuan undi bukan Melayu yang ketika itu memihak kepada BN.
"Senario selepas PRU telah menampakkan Umno/BN gusar dan tertekan dengan hakikat kemerosotan sokongan orang Melayu. taktik paling kotor mereka memanipulasi psikologi orang Melayu iaitu menggembar-gemburkan isu perpecahan orang Melayu yang kononnya agenda perjuangan mereka mengembalikan perpaduan orang Melayu," ujar Ustaz Fadzil. Mengapa situasi PAS dominan di kawasan Melayu itu menjadi songsang kini? Ia perlukan satu kajian khusus.
Ulamak memimpin dan tarbiyah
Sepanjang 13 tahun Ustaz Fadzil memimpin PAS, beliau hanya bergandingan dengan timbalan presiden yang sama, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Apabila kini Ustaz Fadzil sudah tiada, Ustaz Hadi memimpin PAS, timbalan presiden silih berganti. Ini menunjukkan kepimpinan PAS di zaman Ustaz Fadzil adalah mantap dan jelas siapa penggantinya. Pertama kali gandingan kepimpinan Fadzil- Hadi, Naib Presiden PAS ialah Dr. Daing Sanusi Daing Mariok dan Ustaz Hasan Shukri. Kepimpinan ulamak pada hairaki tertinggi parti tampak jelas ketika itu.
Kepimpinan ulamak dan persoalan tarbiyah adalah dua perkara yang jarang tidak disentuh setiap kali muktamar oleh Ustaz Fadzil, sama ada dalam ucapan dasar atau ucapan penggulungan.
Penegasan Ustaz Fadzil: "Dasar kepimpinan ulamak yang diamalkan selama ini akan terus diperkasa dan dimantapkan. Biar apa sekalipun suasana dan perkembangan politik yang kita hadapi, kepimpinan ulamak akan terus menjadi tonggak dan payung kepada gerakan ini. Ulamak di dalam PAS adalah ulamak yang memimpin dan mengatur manakala ulama di dalam UMNO adalah ulama yang dipimpin dan diatur." (Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Ke 47, 1 Jun 2001)
Harapan yang dipertaruhkan oleh beliau terhadap para ulama dalam PAS sangatlah tinggi. Baginya kepimpinan ulamak bukan setakat pada simbol ketinggian dan kemuliaan, bersesuaian dengan fungsi 'ulama adalah pewaris Nabi' tetapi ulama itu sendiri mesti membina keunggulan sesuai dengan amanah besar tersebut. Ulama juga mesti terus belajar dan mengkaji.
"Demi menjaga imej ulama, maka saya mengulangi seruan supaya ulama tampil dengan kehebatan menggali khazanah ilmu, menekuni dan menyelidiki perkara yang melibatkan keseluruhan masalah masyarakat dan membuat ijtihad atas perkar-perkara yang perlukan pandangan terkini termasuk dalam aspek politik, sosial, ekonomi dan muamalat. Ulama mesti memimpin masyarakat agar dapat keluar dari kemelut kehidupan ini dengan keyakinan bahawa setiap apa yang kita lakukan itu adalah benar dan mendapat keredhaan Allah SWT," ujarnya. (Ucapan Dasar Muktamar Tahunan Ke 48, 31 Mei 2002)
Beliau memberi makna yang luas mengenai tarbiyah. Tarbiyah bukan sekadar duduk bersila mentelaah teks usrah untuk menjadi 'orang yang baik' dalam jamaah tetapi implikasi tarbiyah mesti terpancar ke dalam masyarakat.
"Tarbiyah adalah nadi kepada PAS sebagai jamaah Islam. Tarbiyah dimaksudkan di sini bukan sekadar usrah dan tamrin serta pengisian ilmu tetapi juga bersedia membentuk diri sebagai petugas Muslim yang mampu memperlihatkan wataknya sebagai role model yang ceria kepada masyarakat, bukan sahaja dari segi syaksiyyah, ilmu, disiplin, malah keterampilannya sebagai mujahid," ujar Ustaz Fadzil. (Ucapan Dasar Muktamar Tahunan Ke 41, 25 Ogos 1995)
Baginya tarbiyah mestilah dapat melahirkan para petugas yang berkualiti serta mampu berhujah berlandaskan ilmu Islam. "Program tarbiyah dan majlis ilmu yang menjadi kegiatan penting dalam parti hendaklah menjurus ke arah melahirkan kader-kader parti yang berkemampuan untuk menyatakan Islam dan menterjemah pelaksanaannya ke dalam masyarakat dengan kemampuan hujah menegakkan Islam dan membatalkan segala ideologi yang menjadi cabaran kini," terang Ustaz Fadzil. (Ucapan dasar Muktamar Tahunan Kali Ke 44, 15 Mei 1998)
Memasyarakatkan PAS
Konsep memasyarakatkan PAS yang ditekankan oleh Ustaz Fadzil hakikatnya telah berjaya merapatkan jurang antara PAS dengan rakyat, khususnya orang Melayu yang terbina sekian lama akibat diskriminasi Umno. PAS muncul bersama masyarakat, menyelami denyut nadi rakyat serta menyelesaikannya sekadar kemampuan. Penekanan ini dimulakan oleh beliau melalui penegasannya, "Telah tiba masanya ahli-ahli parti mesti mampu mengenalpasti masalah yang wujud dalam masyarakat setempat dan mesti juga dapat menanganinya dengan baik. Bantuan tenaga-tenaga mahir dan berpengalaman dalam pelbagai lapangan adalah penting, ia mesti diusahakan."
Di era beliau momokan cerita terpencil kisah pulau memulau, solat dua iman, tidak makan sembelihan dan sebagainya terpadam satu persatu. Penyertaan tenaga professional dalam PAS berlaku dengan pesat. Ustaz Fadzil berkali-kali menegaskan supaya PAS dilebarkan sehingga setiap kampung, taman atau jalan seboleh-bolehnya ada cawangan PAS.
Penegasan Ustaz Fadzil adalah: "Gerakan Islam seperti PAS tidak boleh memisahkan diri dari persoalan-persoalan yang dihadapi oleh masyarakat, peka dengan permasalahan masyarakat dan bergerak di tengah-tengah masyarakat. Kerana itu sebagaimana kita tidak pernah lekang dengan program tarbiyah yang sangat penting memberikan penekanan dalam aspek aqidah dan ibadah, kita juga memberi penekanan dalam aspek sosial dan permasalahan masyarakat yang merangkumi politik dan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya." (Ucapan Dasar Muktamar Tahunan ke 36, 25 Mei 1990)
Mendalami isu semasa
Sisi paling menarik bagi Ustaz Fadzil ialah beliau sangat menghayati isu semasa. Ceramahnya penuh dengan kupasan isu semasa. Ramai yang tertarik untuk mengikuti ceramah Ustaz Fadzil hanya kerana ulasan isu semasanya. Pernah beliau bertembung program ceramah dengan Tun Ghafar Baba dalam pilihanraya kecil Pantai Merdeka. Oleh kerana ceramah terlalu hampir masing-masing dapat mendengar hujah pihak lawan. Ustaz Fadzil menangkis hujah Tun Ghafar secara spontan dengan bidasan-bidasan sinis sehingga orang ramai tak kering gusi mendengarnya. Beliau menang 'debat' yang tidak dirancang itu.
Di Dewan Rakyat Ustaz Fadzil sangat cekap berhujah, beliau meningkah ucapan lawan hanya secara spontan. Beliau melahirkan kekesalan kerana permintaan rasmi untuk berjumpa Ketua Polis Negara (KPN) tidak dilayan. MP kerajaan membidas kerana dalam majlis perasmian sidang parlimen KPN hadir, mengapa Ustaz Fadzil tak jumpa? "Saya nak jumpa KPN bukan nak jumpa mamak pasembor tepi jalan!" menjadi ayat bidasan beliau yang sangat masyhur hingga ke hari ini. Iyalah, masing-masing ada pejabat, ada kerani. Kedua-duanya adalah VIP, mestilah melalui prosedur dan protokol untuk berjumpa secara rasmi.
Jika kita meneliti ucapan dasarnya di muktamar tahunan sepanjang 13 tahun memimpin PAS, maka beliau menggarap isu semasa secara menyeluruh sepanjang tempoh setahun, di dalam dan luar negara.
Bukan sahaja isu luaran yang bergerak di tengah masyarakat tetapi persoalan dalaman parti tiada satu pun yang dipinggirkannya. Sebab itu penggulungan ucapan dasar beliau sewaktu muktamar tahunan adalah masa yang dinanti-nanti oleh seluruh perwakilan dan pemerhati. Ucapannya menjawab setiap persoalan, penuh muhasabah, bidasan dan tidak ketinggalan.. kelakar. Ramai yang masih merindui ucapan penggulungannya di muktamar.
Kepincangan demokrasi dan penipuan pilihanraya
Almarhum Ustaz Fadzil sudah tiada ketika PAS bersama puluhan ribu rakyat Malaysia berhimpun di ibu kota dalam himpunan Bersih 1, 2, 3 dan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka. Tiada juga bersama dalam himpunan bersiri Blackout selepas PRU13. Namun suara beliau dalam merperjuangkan kemurnian demokrasi telah mendahului zaman kerana kepincangan demokrasi bukan perkara baru di Malaysia.
Seawal kepimpinannya dalam PAS, Ustaz Fadzil sudah menghidu kepincangan kerajaan mengurus demokrasi. "Apa yang kita harapkan, pilihanraya kali ini (1990) dapat berjalan dengan baik dan bersih dari penipuan. SPR hendaklah benar-benar mencerminkan sebuah suruhanjaya yang bebas dalam amalannya bukan dalam ucapan atau kenyataannya sahaja. Gejala-gejala untuk memesongkan SPR sebagai sebuah badan bebas telah mulai dilihat di mana pemerintah dan partinya memperlihatkan tanda-tanda mereka ingin mengongkong SPR dari kedudukannya sebagai suruhanjaya yang bebas," ujar Ustaz Fadzil 17 tahun sebelum himpunan Bersih kali pertama diadakan.
Beliau melahirkan kebimbangan sikap rakus parti pemerintah yang ingin menghakis kedudukan SPR sebagai suruhanjaya yang bebas sebagai mana mereka menghakis kebebasan sistem kehakiman sebelum ini. Ustaz Fadzil mendesak supaya peraturan dibuat untuk menghalang parti pemerintah menggunakan alat-alat dan jentera kerajaan serta pegawainya untuk diguna bagi kepentingan BN.
Dekatnya dengan akar umbi
Mencari aspek kehebatan manusia bernama Ustaz Fadzil Mohd Noor tidaklah terlalu sukar kerana catatan susur galur kehidupannya, beliau memang seorang yang hebat tetapi sangat dekat dengan akar umbi. Tanpa alasan yang syarie untuk menolak, beliau tetap akan hadir ke mana-mana program yang dijemput hatta anjuran cawangan sekalipun, sedangkan ketika itu beliau adalah pemimpin nombor satu parti.
Beliau hadir sekalipun hanya untuk program jamuan durian, sekalipun kadang-kadang tidak dapat menjamahnya kerana masalah kesihatan. Semuanya lantaran sikap berbesar hati untuk meraikan ahli-ahli di akar umbi. Jika aktiviti di akar umbi pun diraikan beliau, maka tidak sukar baginya meraikan pandangan ahli-ahli di semua peringkat. Ustaz Fadzil adalah seorang pendengar yang sangat baik. Perkara ini tampak kecil namun ia tidak mampu dilakukan oleh semua pemimpin besar. 
 
Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

Maahad tahfiz terbesar di Sabak Bernam - Sallehen


KUALA LUMPUR: Maahad Tahfiz Sains yang terbesar di Selangor di Bagan Terap, Sabak Bernam dijangka akan siap suku tahun hadapan, kata Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi.

Menurutnya, kerajaan negeri bercadang untuk membina dua lagi maahad tahfiz yang baru di kawasan Sepang dan Selayang.

Beliau yang juga Adun Sabak berkata, bagi maahad tahfiz di Bagan Terap itu, kerajaan negeri dalam proses membaikpulih bangunan Institusi Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) yang lama supaya ia boleh digunakan untuk maahad tersebut.

“Kita merangka untuk lima tahun ini, kita mahu tubuhkan tiga maahad tahfiz,” ujarnya dipetik Selangorku.

Katanya, tujuan utama perancangan menubuhkan Maahad Tahfiz Sains adalah untuk melahirkan ramai pelajar penghafaz Al-Quran.

“Di samping itu pelajar juga tidak ketinggalan meningkatkan prestasi akademik mereka,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan di Masjid Negeri Shah Alam, kelmarin. (Gambar atas)

Untuk permulaan, katanya Maahad Tahfiz Sains Bagan Terap akan menampung seramai 500 pelajar.

“Saya amat berharap bilangan pelajar akan meningkat kepada 1,000 sehingga 2,000 pelajar. Mungkin mengambil masa selama tiga sehingga empat tahun lagi,” katanya.

Pada majlis sumbangan itu, sebanyak RM2.7 juta diperuntukkan kepada masjid dan surau seluruh negeri bagi sumbangan program moreh Ramadhan.

Sebanyak 394 masjid menerima RM1,650 manakala 196 surau solat Jumaat menerima RM1,250 dan 1,883 surau lain menerima RM1,000.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Ini Sebab Kes Bekas Pegawai Khas MB Selangor Berlanjutan

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai khas Menteri Besar (MB) Selangor Mohd Yahya Mat Sahri berkata, kes terhadapnya bermotif politik dan bertujuan memburukkan imej KEADILAN.
“Kes ini sengaja dipanjangkan bukan kerana saya, tetapi bermotifkan politik untuk memburukan imej KEADILAN. Saya juga mendapat maklumat kes ini dipantau rapi dari pejabat Peguam Negara,” katanya kepada Keadilandaily.
Katanya, kes itu sepatutnya sudah selesai kerana Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh pada 2 Disember 2010 membebas dan melepaskan beliau selepas mendengar keterangan 28 saksi pendakwaan, termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Malah Datuk Karim yang merupakan saksi pertama pernah menafikan dirinya ditipu sebagaimana perbicaraan kes sebelum ini,” katanya.

Pada Jun 2010, Karim dalam keterangannya di mahkamah memberitahu beliau sama sekali tidak berasa tertipu dan terpedaya mengenai pemberian RM50,000 itu kepada Yahya.
“Datuk Karim turut menekankan mengenai prinsip beliau yang sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan. Apatah lagi perkara membabitkan kewangan dan urus tadbir syarikat kerana sumbangan ikhlas yang diberikan itu merupakan 100 peratus tanggungjawab sosial syarikat dan bukan kerana terpedaya ataupun tertipu,” tegas Yahya. ~keadilandaily
 
Sumber Berita Dari Blog Addin

Keluarga tahanan ISA rayu bantuan bina penghidupan

Pada hujung minggu, anak-anak Jamal Azahari dibimbing di rumah; mereka tidak pernah mendapat pendidikan formal sejak kecil.

Reaksi pembaca Harakah begitu membanggakan sekali. Alhamdulillah. Setiap kali rayuan disiarkan, kami tidak pernah kecewa. Ya, sejak tabung keluarga tahanan ISA dilancarkan lebih enam tahun lalu, ia banyak membantu dan sokongan orang ramai jarang terputus.

Secara peribadi, saya berasa lega dan lapang. Misi ke Sandakan, 19 Mei lalu, hampir tercapai. Saya yakin, Jamal Azahari yang kini terkurung di penjara Manila, selepas dibebaskan lima tahun lalu dari Kamunting, tentu dapat menarik nafas panjang.

Empat dari tujuh anak-anaknya, yang menetap bersama ibu mereka, Norhatta Paraji, di Batu 18, Sandakan, sudah mula bersekolah. Ramai terusik dengan kisah anak-anak malang yang tidak pernah mendapat pendidikan formal itu. Mereka menyalurkan sumbangan untuk memastikan anak-anak Norhatta tidak terus ketinggalan dan terpinggir.

Saya merakamkan penghargaan setingginya terutama buat seorang dermawan budiman dari Jabi, Besut dan puluhan lagi penyumbang, termasuk seorang wanita dari Klang. Mereka tidak pernah mengenali Jamal Azahari dan Norhatta, tetapi dana yang disalurkan begitu melegakan kami. Moga ia dinilai sebagai amal soleh di sisi Allah dan mendapat ganjaran sebaiknya di akhirat.

Ada pengetua sekolah agama dan tahfiz menawarkan tempat secara percuma. Cuma, bebanan sebagai warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri membataskan mereka untuk ke Semenanjung. Dan anak-anak ini perlu dibimbing secara khusus dan personal, terutama di peringkat awal.

Tidak mudah buat anak-anak tercicir ini untuk menyesuaikan diri dengan alam persekolahan. Justeru, hari-hari pertama di Sekolah Agama Rakyat Nurul Ihsan, Kg Tinusa 1, Sandakan pasti mencabar, malah hanya anak perempuan, 11 tahun, dapat bertahan di asrama, sementara dua abang kembar, 14, dan adik lelakinya, 10, memerlukan lebih banyak masa; mereka mahu berulang-alik ke sekolah, jaraknya 20km dari rumah!

Sejak awal saya jangkakan mereka akan diasak kejutan budaya dengan dunia baru. Selama ini, di kediaman usang yang cukup daif, mereka terpisah daripada lingkungan. Mereka hidup dalam persekitaran sendiri yang terasing.

Oleh itu, bagi saya, anak-anak ini wajar dijinakkan terlebih dahulu dengan suasana persekolahan yang dinikmati rakan sebaya. Mereka perlu diberi tuisyen pemulihan khas yang lebih santai supaya dapat ditingkatkan keupayaan belajar dalam kadar segera.

Dalam masa sama, rumah berteduh harus dipulihkan agar menjadi kediaman yang dapat membantu kecerdasan anak-anak ini. Rakan saya di Sandakan, Suaidah, sentiasa memaklumkan perkembangan ubahsuai rumah itu. Harapnya, menjelang Ramadan ini, ia dapat disiapkan.

Sumbangan anda masih diperlukan, bukan saja untuk keluarga Norhatta, malah buat mangsa yang terus teraniaya di Tawau, yang mengunjungi pejabat Harakah  baru-baru ini, selain keluarga bekas tahanan yang wajar terus dibantu. Salurkan  terus akaun Maybank HARAKAHDAILY DOT COM, no 5640 7000 0336.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Warga Pendidik Di Ugut Lagi.... Ini Buktinya


Jabatan Pelajaran Negeri Johor membentuk pasukan khas untuk memantau aktiviti guru dan guru besar di media sosial. Pasukan itu akan memantau kandungan yang dimuat naik di laman Facebook atau sosial mereka, lapor Sin Chew Daily hari ini.
Harian berbahasa Cina itu memetik Pengarah Pelajaran Johor Mohd NorGhani sebagai mengingatkan guru besar dan guru supaya tidak mengeluarkan kenyataan antikerajaan di Facebook bagi mengelakkan ia mempengaruhi pelajar.
"Saya tidak mahu sebarang elemen politik atau perkauman dalam pendidikan, ini akan menjejaskan pelajar," beliau dipetik sebagai berkata.
Bercakap dalam sebuah forum pendidikan semalam, Mohd Nor juga berkata, golongan pendidik sebagai penjawat awam tidak patut melakukan kesalahan dan mencipta masalah untuk diri sendiri. ~malaysiakini
 
Sumber Berita Dari Blog Addin

Tan Sri Awang Had Salleh meninggal dunia


Tokoh akademik Profesor Emeritus Tan Sri Awang Had Salleh, 79, disahkan meninggal dunia pada pukul 3.03 pagi ini.

Menurut laporan Berita Harian yang memetik kata-kata anaknya, Datin Norazlina Awang Had, jenazah beliau akan dikebumi di Putrajaya.

Awang Had merupakan tokoh akademik yang terkenal di negara ini.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah pada tahun 1950-an, dan kemudian sebagai tenaga pengajar pensyarah di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai sebelum menjadi pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dan kemudian sebagai Dekan fakulti tersebut pada 1974.

Pada 1975, beliau dilantik sebagai Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM selama tiga tahun dan kemudian sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1980 dan pada 1984 menjadi Naib Canselor pertama Universiti Utara Malaysia.

Pada Julai 2000, Awang Had dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Selain terkenal dan aktif dalam bidang akademik, Awang Had juga banyak menghasilkan karya kreatif, termasuk buku, risalah dan kertas kerja mengenai bidang pendidikan, bahasa, dan budaya.

Antara karyanya ialah kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna serta skrip drama, Buat Menyapu Si Air Mata ~ Astroawani

Takziah buat keluarganya dan Al-Fatihah buat Allahyarham....

Sumber Berita Dari Blog Anak Sungai Derhaka

UNTUNG jadi rakyat NEGARA AFRIKA bila MALAYSIA tawar BIASISWA penuh tak macam PTPTN yang kena BAYAQ....!!!

Universiti swasta Malaysia tawar biasiswa kepada Afrika
Dalam usaha terbaharu Malaysia membantu Afrika membina keupayaan teknologi melalui pembangunan modal insan, sebuah universiti swasta menawarkan 10 biasiswa penuh kepada setiap negara Afrika yang menyertai Dialog Perkongsian Bestari Global yang sedang berlangsung sekarang di Dar Es Salaam, Tanzania.
Inisiatif itu adalah sebagai tambahan kepada bantuan kerajaan Malaysia dalam bidang pendidikan di rantau ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara ini semasa majlis malam malam Rakan Bestari Global di sini malam tadi bahawa Limkokwing University of Creative Technology menawarkan biasiswa itu.

Tujuh belas negara Afrika menyertai dialog itu, satu platform bagi ketua kerajaan, ketua perniagaan, ahli sains dan ahli akademik untuk berjumpa dan bertukar idea serta pengalaman berhubung kait dengan Sains, Teknologi dan Innovasi (STI) dan bagaimana ia boleh digunakan untuk membawa transformasi sosioekonomi kepada benua Afrika.
Najib berkata universiti itu mempunyai tiga kampus di Lesotho, Botswana dan Swaziland dan merancang untuk membuka satu lagi kampus baharu di Tanzania. - Bernama, 30 Jun, 3013.
 
Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

GST: Kerajaan BN hanya tangguh saja

KUALA LUMPUR: Keikhlasan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah dalam memberi jawapan di Parlimen pada 27hb Jun 2013 berkenaan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST amat dicurigai.

Majoriti rakyat tidak mahu GST dilaksanakan tetapi Husni disyaki bersikap tidak jujur dalam jawapan Parlimen beliau, kata Liew Chin Tong (gambar), ahli Parlimen DAP kawasan Kluang.

Husni memaklumkan Dewan Rakyat bahawa “Kerajaan sekarang sedang melaksanakan kajian mengenai GST yang mana ianya berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga semasa. Kajian sebelum ini yang telah dibuat pada tahun 2009, adalah berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga pada masa tersebut.

"Oleh kerana terdapatnya perubahan kepada keadaan ekonomi dan perubahan harga, maka kajian semula perlu dijalankan. Sehubung dengan itu, Kerajaan belum menetapkan lagi bila GST akan dilaksanakan.”

Bagi Liew, dua masalah besar timbul dari jawapan beliau tersebut.

Pertama, jawapan Husni ini boleh dibaca sebagai tanda Kerajaan hanya menangguhkan sementara pelaksanaan GST. Ini bererti GST boleh dilaksanakan pada bila-bila masa difikirkan perlu oleh Kerajaan BN.

"Kerajaan perlu ingat bahawa ia akan membangkitkan kemarahan rakyat jika GST dilaksanakan. Kita semua tahu bahawa melalui bayaran BR1M sebelum ini, Kerajaan telah memaklumkan bahawa 60 peratus rakyat Malaysia mempunyai pendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan," katanya dalam satu kenyataan.

Ini bermakna 60 peratus rakyat Malaysia berpendapatan rendah. Hujah kononnya barangan rakyat berpendapatan rendah dikenakan kadar sifar GST adalah tidak realistik, katanya.

Walaupun barangan kadar sifar GST, golongan berpendapatan rendah - golongan 60 peratus penerima BR1M – akan dikenakan GST untuk barangan dan perkhidmatan lain.

Bagi beliau, pelaksanaan GST tentu akan menyebabkan taraf kehidupan golongan 60 peratus ini terjejas kerana mereka yang selama ini tidak dikenakan cukai pendapatan akan terpaksa membayar cukai melalui GST.

Justeru, pendapatan boleh guna (disposable income) golongan ini akan berkurangan akibat kutipan GST. Apabila pendapatan boleh guna golongan 60 peratus ini terancam ia bermakna pertumbuhan ekonomi kita akan terjejas.

"Ini adalah kerana dalam keadaan eksport kita yang menurun, perbelanjaan dan penggunaan tempatan amat penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi."

"Jadi jika Kerajaan tetap mahu melaksanakan GST, ia bererti bukan sahaja Kerajaan akan menambah derita golongan berpendapatan rendah, ia juga akan membebankan Kerajaan sendiri kerana ia memberi kesan buruk kepada ekonomi negara," katanya.

Kedua, jawapan Parlimen dari Husni yang mengatakan bahawa kajian GST hanya dilakukan pada tahun 2009 juga tidak benar.

Menurutnya, di atas nama “Panel Kajian Semula Cukai (GST)”, sejumlah RM22 juta diperuntukkan pada tahun 2010, RM13 juta pada tahun 2011, RM11 juta pada tahun 2012 dan RM5 juta pada tahun 2013, iaitu jumlahnya RM51 juta dalam empat tahun,  telah digunakan dalam Belanjawan-Belanjawan sejak 2010 untuk kajian perlaksanaan GST.

Pada tahun 2013, satu perkara perbelanjaan bertajuk “Perluasan Dasar Cukai” (Kod 100600) yang bernilai RM50 juta juga disyaki ada kena-mengena dengan  pelaksanaan GST.

Sehubungan itu, beliau menggesa Menteri Kewangan supaya:

Mengumumkan hasil kajian panel tersebut sejak 2009; kerana kami Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia tidak mahu lagi Kerajaan merahsiakan kajian GST kerana ia melibatkan kesejahteraan rakyat terbanyak;

Mengumumkan pihak konsultan yang terpilih untuk menjalankan kajian tersebut kerana ini juga perlu diketahui oleh rakyat Malaysia;

Memberi penjelasan lanjut samada jawapan Parlimen dari Husni hanya bertujuan menyembunyikan hasrat Kerajaan untuk melaksanakan GST atau tidak;

"Dan kalau jika Kerajaan BN benar-benar mahu melaksanakan GST, satu jawatankuasa pilihan Parlimen yang merangkumi Ahli-ahli parlimen dari kedua-dua pihak – BN dan Pakatan Rakyat – perlu ditubuhkan untuk mengkaji dan meneliti pandangan rakyat Malaysia," katanya.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Baca boleh.... PERCAYA jangan [Saksikan KENAPA....]

SPRM akan siasat SPR berhubung kemelut dakwat kekal....???
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, untuk melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan tentang siastan ini akan tetapi enggan untuk memberi huraian lanjut.

Akan tetapi The Malaysian Insider difahamkan pasukan itu telah ditubuhkan minggu lepas. Terdapat rungutan umum berkenaan dengan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum 5 Mei.

Dakwat kekal yang bertujuan untuk menghalang penggundian berulang itu gagal berfungsi apabila ramai rakyat Malaysia mendapati ianya mudah untuk ditanggalkan.

SPR berdepan tekanan selepas pendedahan di Parlimen baru-baru ini dimana bahan kimia dalam dakwat tersebut telah diganti dengan pewarna makanan yang menyebabkan ia mudah ditanggal.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim mengakui di Dewan Rakyat pada Rabu lalu pewarna makanan, bukannya nitrat perak yang digunakan dalam dakwat kekal.

Beliau berkata dakwat tertanggal kerana bahan kimia yang sepatutnya adalah punca dakwat tersebut mudah dibersihkan tetapi juga menyalahkan pengundi yang cuba membasuhnya sebagai punca ia tidak kekal.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga berhadapan tekanan daripada umum selepas dilaporkan beliau menerima surat daripada Kementerian Kesihatan mengatakan kerosakan buah pinggang dan risiko barah berkemungkinan dihadapi oleh pengundi sekiranya dakwat kekal mengandungi nitrat perak melebihi daripada satu peratus.

Dakwaan Aziz kemudiaan ditolak oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Subramaniam yang berkata laporan sedemikian tidak pernah dikeluarkannya serta mendakwa mereka tidak menerima permintaan untuk membuat analisis.
 
Sumber Berita Dari Blog Shalehudin

Gambar Terbaik Yang Tak Di Siarkan Media Pencacai Umno


Alhamdulillah.. hasil tarbiah berterusan dari Tok Guru. Sejuk hati Tok Guru tengok anok-anok Kelate gini....
Kemenangan Pasukan Bolasepak Negeri KELANTAN Menjuarai Piala FA Adalah Hadiah Buat;
1. Sultan Muhammad Ke-V
2, Perkahwinan Tengku Amalin
3. Menteri Besar Baru Kelantan, Ustaz Ahmad Yaakob
4. Persaraan TG Nik Aziz Nik Mat
5. Pengerusi KAFA, Tan Sri Annuar Musa
6. Penyokong Bolasepak Kelantan/Terengganu & Pahang
 
Sumber Berita Dari Blog Addin

Rupanya Ini Tujuan Tersirat Idris Haron Mahu Tutup Jonker Walk?

DAP mempersoalkan sama ada Ketua Menteri Melaka Idris Haron cuba mendapatkan kemenangan dalam pemilihan Umno akan datang dengan penutupan pasar malam popular Jonker Walk di negeri itu.
"(Penutupan itu) boleh mencapai tiga objektif. (Antaranya) menjadikan Idris Haron wira segera dan mendapat undian terbanyak dalam pemilihan Umno pada hujung tahun ini.
"Idris barangkali cuba mengikut jejak (bekas pendahulunya) Abdul Rahim Thamby Chik, yang lebih kurang 30 tahun lalu menjadi wira segera dengan mendapat undi tertinggi dalam pemilihan majlis tertinggi Umno, ekoran cadangannya untuk merobohkan perkuburan lama Bukit Cina," kata pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.
Objektif lain, kata Lim, untuk menghukum pengundi Melaka yang tidak memilih BN dalam pilihan raya umum lalu dan meneruskan retorik menghentam Cina selari dengan laporan "Apa Lagi Cina Mahu?" di Utusan Malaysia.
Sementara itu, Lim juga berkata, kenyataan Menteri Pelancongan Nazri Abdul Aziz bahawa Jonker Walk antara penyebab kesesakan lalu lintas sehingga ke plaza tol Ayer Keroh juga tidak berasas sama sekali. ~malaysiakini
Addin:

Idris Haron mahu jadi wira ultras Melayu ke?

Sumber Berita Dari Blog Addin

MIC Mengesyaki Persaraan Singham Ada Kaitan Dengan Kes Kugan

Pemimpin MIC Senator Datuk Jaspal Singh hari ini meragui persaraan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham pagi ini mungkin disebabkan oleh keputusannya melibatkan kematian dalam tahanan A. Kugan dua hari lalu.

Bendahari Agung tersebut berkata meskipun benar persaraan Singham itu adalah mengikut proses yang sewajarnya, kerajaan perlu menolak dan mengekalkan hakim tersebut kerana cara pengendaliannya yang tegas dan rakyat Malaysia memerlukan individu yang berprinsip seperti beliau.

"Saya secara jujur berharap beliau tidak dipaksa untuk bersara."

"Jika itu adalah keputusannya sendiri untuk berhenti, saya menggesa kerajaan untuk menolak perletakan jawatannya. Malaysia sangat perlukan hakim berprinsip seperti beliau," kata Jaspal.

Jaspal juga menggesa supaya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunaikan janjinya di dalam Parlimen yang mengatakan tidak akan melindungi pesalah dengan membuka semula kes Kugan dan pembunuhnya mesti didakwa dan dihukum dengan segera.

"Beliau (Ahmad Zahid) perlu tunaikan janjinya," kata Jaspal lagi.

Di samping itu, Jaspal juga menegaskan supaya kerajaan supaya menimbangkan cadangan oleh Singham supaya ditubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sebagaimana dicadangkan Suruhanjaya Diraja yang diketuai Tun Dzaiddin Abdullah, malah mempercepatkan penubuhan institusi tersebut.

"Kabinet mesti menyemak semula keputusan tersebut, terutamanya selepas penghakiman oleh beliau."

"Sama ada ia IPCMC atau lain-lain, secara jelasnya polis tidak boleh menyiasat diri mereka sendiri," tambah beliau.

Dua hari lalu, beliau membuat penghakiman mengatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanggungjawab terhadap kematian A.

Kugan tiga tahun lalu semasa berada dalam tahanan polis.

Singham yang masih bujang merupakan hakim paling kanan di Mahkamah Tinggi pada ketika ini.

Keluarga Kugan telah memfailkan tuntutan RM100 juta terhadap polis dan kerajaan, secara spesifiknya menamakan Khalid, mendakwa beliau cuba menyembunyikan punca kematian Kugan.

Ibu Kugan, N. Indra menamakan salah seorang pegawai penyiasat mangsa, bekas anggota polis V. Navindran sebagai salah satu lagi defendan.

Ibunya mendakwa defendan-defendan gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan Kugan semasa berada dalam tahanan polis. Kugan yang pada ketika itu berumur 22 tahun, ditahan di Puchong pada 14 Januari 2009, satu malam di lokap balai polis Puchong Jaya sebelum polis mendapatkan perintah reman.

Beliau kemudiannya dibawa ke balai polis Taipan USJ, Subang Jaya dua hari kemudian untuk disoal siasat. Akan tetapi, empat hari kemudian, beliau ditemui mati. Navindran merupakan satu-satunya orang yang dipertanggungjawabkan untuk kematian Kugan.

Beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun.

Beliau kini merayu di mahkamah berhubung hukuman itu. -TMI


Sumber Berita Dari Blog Greenboc


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan mempersoal konsep 1Malaysia yang didakwa berbeza pendekatan kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Merujuk kepada Kelantan, Takiyuddin berkata pemberian wang ihsan daripada royalti petroleum disalurkan kepada rakyat negeri itu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Sebaliknya kata beliau, wang ihsan kepada rakyat Negeri Terengganu disalurkan terus kepada kerajaan negeri yang diperintah Kerajaan BN.

"Kita tahu bahawa Gagasan 1Malaysia ini namanya cantik. Mungkin matlamatnya juga baik. Akan tetapi dari segi aplikasinya atau penggunaannya, saya ingin bertanya adakah menjadi satu tata amalan dalam melaksanakan konsep 1Malaysia ini, apabila ia digunakan, penggunaannya dari segi pendekatannya berbeza antara negeri-negeri?"

"Wang ihsan kepada Kelantan tidak diberi kepada kerajaan negeri. Diberi kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan yang mana JPP Kelantan ini yang membuat keputusannya dari segi penggunaan wang ihsan, bukan kerajaan negeri."

"Jadi saya hendak mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri, adakah ini pendekatan 1Malaysia antara negeri?" soal beliau kepada Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rayat kelmarin.

Shabery dalam jawapannya bagaimanapun tidak memberikan jawapan yang tepat kepada soalan tersebut sebaliknya berkata perbezaan pendekatan itu boleh diuruskan.

Beliau menegaskan, rakyat Kelantan tetap mendapat bantuan walaupun bukan secara terus kepada kerajaan negeri.

Shabery juga cuba mengalih tajuk dengan mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang besar kepada Kelantan.

"Rakyatnya dapat (wang ihsan) cuma tidak setuju kalau tidak melalui kerajaan negeri. Itu boleh diuruskan dalam soal ini. Akan tetapi perlu dilihat banyak lagi perkara lain yang dibuat oleh Kerajaan Pusat (seperti) menyalurkan pelbagai lagi peruntukan dan sebagainya kepada kerajaan negeri."

"Soal air misalnya, soal membayar gaji imam, gaji guru-guru KAFA. Sepatutnya itu adalah urusan agama, urusan negeri tetapi peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri begitu besar sekali dan yang terbesarnya ialah di negeri Kelantan. Kalau dibandingkan negeri-negeri lain, Kelantan mendapat peruntukan yang besar," katanya.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Rupanya Dakwat Kekal Beperisa Itu Ada Kelasnya Tersendiri.... Ini Buktinya


Aku mahu mengulas sikit apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini semalam, khususnya berkaitan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang memberi jaminan bahawa 'dakwat kekal yang lebih baik" akan digunakan di dalam PRK Dun Kuala Besut, Terengganu tidak beberapa lama lagi.

Ertinya, dakwat kekal yang 'berperisa makanan' yang berharga lebih kurang RM7 Juta itu rupa-rupanya ada kelas tersendiri iaitu "Lebih baik, baik dan tidak baik". 

Itulah yang boleh kita faham dari apa yang diperkatakan oleh orang Nombor Dua di dalam SPR yang mana orang ini adalah salah seorang yang menjadi mangsa maki hamun, sumpah seranah dari rakyat yang terasa mereka tertipu dengan dua ekor makhluk dari SPR ini.

Semakin banyak kenyataan yang cuba menangkis dakwaan penipuan SPR, semakin teserlah penipuan SPR. Mengapa di dalam PRU 13 SPR tidak gunakan 'dakwat yang terbaik' itu jika benar dakwat kekal tersebut ada yang terbaik dan tidak berapa baik?

Apakah berbaloi wang rakyat RM7 Juta digunakan hanya untuk dakwat berperisa makanan tetapi tidak semuanya 'yang terbaik'?

Tolonglah SPR. Hentikan terus buat kenyataan yang akan menjadi bahan ketawa orang ramai, walaupun di dalam ketawa rakyat memendam rasa kebencian kepada kamu. 

Jika benar kamu seorang manusia yang mempunyai maruah dan ada sifat malu, lepaskanlah jawatan kamu. Sampai bila kamu mahu memakan wang gaji yang dibayar oleh rakyat di dalam masa yang sama kamu 'kencing' rakyat?

Apabila didesak oleh Pembangkang di dalam Parlimen, syarikat manakah yang membekalkan dakwat berperisa makanan itu, Menteri pula menjawab bahawa nama syarikat pembekal tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan. 

Wey.... beli senjata pun orang sebut nama pembekal atau syarikat, ini beli dakwat perisa makanan pun boleh rahsia? Apa kena mengena dengan isu keselamatan? Keselamatan siapa mahu kamu jaga? Mengapa takut mahu dedahkan? 

Seorang lagi Menteri berkata, dakwat itu tiada bahan kimia seperti di India kerana Malaysia mahu menjaga keselamatan rakyat. 

Aku mahu tahu, semenjak India menggunakan dakwat kekal di dalam Pilihanraya negara mereka, berapa juta rakyat India yang sakit atau mati akibat dakwat kekal? Lagi banyak bercakap semakin jelas kebodohan pak-pak Menteri ini.

Nampaknya tembelang SPR semakin lama semakin jelas. Pengerusi SPR dan Timbalannya sewajibnya meletakkan jawatan di samping dikenakan tindakan di atas kebodohannya di dalam membuat keputusan penting. 

Sebab itulah aku kata, betapa pentingnya MP-MP dari PR mengangkat Sumpah di Parlimen kerana jika mereka tidak berada di Parlimen sekarang, sampai sekarang kita tidak tahu tembelang SPR. ~wfauzdin
 
Sumber Berita Dari Blog Addin

HANGAT: Blogger Milo Suam di TINDAS....? Saksikan....

LFL: Dakwaan ke atas blogger Milo Suam adalah penindasan

KUALA LUMPUR, 28 JUN : Dakwaan terhadap blogger Milo Suam yang berasal dari semenanjung di Kota Kinabalu menunjukkan penindasan terhadap seorang warganegara, kata penasihat Lawyers for Liberty (LFL) Eric Paulsen.

“Mengikut Seksyen 121, Kod Prosedur Jenayah, individu perlu didakwa di lokasi kesalahan dilakukan."
“Milosuam seorang blogger yang berpangkalan di Kuala Lumpur sedangkan pendakwaan dilakukan di Kota Kinabalu. Beliau tidak menjejakkan kakinya di Sabah ketika kenyataan itu dibuat."

“Pendakwaan ini bukan hanya membebankan, malah menafikan haknya mendapat perwakilan secara undang-undang,” kata Eric dalam kenyataan.

Menurut Eric, LFL telah mewakili Milo Suam sejak penahanannya awal Mei lalu.

Namun, pendakwaan yang dibuat di Kota Kinabalu menyebabkan wakil LFL tidak dapat berbuat demikian.

“Peguam dari semenanjung tidak dibenarkan muncul di mahkamah di Sabah. Keadaan ini memaksa anak guam kami mencari peguam baru di Sabah,” kata Eric.

Tambahnya, lebih merumitkan apabila hakim Edward Paul meletak ikat jamin RM15,000, jumlah yang tidak munasabah, malah melebihi denda yang perlu dibayar jika didapati bersalah.

Justeru, beliau menggesa Ketua Hakim membetulkan tindakan pendakwaaan yang menyalahi undang-undang dan sewenang-wenangnya selain menggesa pendakwaan dibawa ke Kuala Lumpur atau Selangor.

Milo Suam dituduh atas dakwaaan ‘menyebabkan rasa takut’ kerana menyiar pada blognya kiriman bertajuk ‘Maklumat Sulit: Pendatang Asing Bakal Cetus Huru-Hara di Sabah’

Milo Suam atau nama sebenarnya, Yusuf Al Siddique Suratman,ditahan di lokap IPD Kota Kinabalu sejak 25 Jun dan dibebaskan Rabu lalu. ~ KD

Sumber Berita Dari Blog Shalehudin

[EDISI KANTOI] Pencacai UMNO, Mana Cincin Nazri?


Di dalam laporan sebelum ini Menteri Pelancongan & Kebudayaan Mohd Nazri Abdul Aziz telah dilaporkan menunjukkan isyarat lucah kepada jurugambar yang merakamkan gambarnya di parlimen sempena persidangan angkat sumpah ahli-ahli parlimen dan melantik Speaker Dewan Rakyat yang baru.

Gambar tersebut telah tersebar luas di media sosial.

Tiba-tiba macai UMNO telah mengeluarkan satu versi baru menyatakan kononnya gambar itu ialah gambar diedit dan kemudian beliau mempaparkan "versi asal" gambar berkenaan.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah beliau mengedit gambar isyarat lucah itu dan mendakwa itulah gambar yang asal.

Begitu malang nasib pencacai UMNO di mana di dalam versi yang dikatakan asal itu terdapat banyak kecacatan diantaranya:

1) Ada cahaya putih di sekeliling tangan Nazri
2) Cahaya itu pula seperti datang dari bawah
3) Ibu jari yang ditunjukkan lebih kecil dari jari-jari yang lain
4) dan yang paling nyata, cincin yang selalu dipakai di jari manis Nazri sudah tiada.

Mungkin pencacai berkenaan beranggapan manusia lain bodoh sepertinya dan berharap dengan melakukan edit tersebut dapat nanti membuat tuntutan untuk memperolehi sedikit habuan daripada Nazri.

Memang tahap pencacai suungguh!
 
Sumber Berita Dari Blog Greenboc

Dalam 48 jam kredibiliti Khalid, Zahid hancur lebur

Apakah Najib akan mengambil tindakan ke atas Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara? Tahap kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu KPN dan Menteri Dalam Negeri, sedang berjerebu

Belum pun reda betul jerebu yang diakibatkan oleh kebakaran gambut di Riau dan Sumatera dan telah menyebabkan darurat diisytiharkan di beberapa kawasan dan ribuan sekolah ditutup di beberapa buah negeri, Malaysia kini dilanda pula oleh jerebu baru – jerebu kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir-urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri.

Siapa sangka dalam masa hanya 48 jam kredibiliti dan kewibawaan dua pegawai tertinggi keselamatan negara – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – boleh hancur lebur.

Pada hari Rabu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V.T. Singham (mencapai usia 65 tahun hari ini dan telah mengambil keputusan untuk bersara setahun lebih awal daripada sepatutnya), mendapati Khalid ketika menjadi ketua polis Selangor bertanggungjawab atas kematian A Kugan. Kugan yang disyaki terlibat dalam kes curi kereta telah mati akibat kecederaan teruk dalam tahanan polis di Balai Polis Taipan pada 20 Januari 2009.

Sejarah dalam bidang kehakiman tercipta apabila hakim memutuskan keluarga Kugan berhak menerima pampasan sebanyak RM801,700 kerana polis dan kerajaan boleh dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan, manakala Khalid pula boleh dipertanggungjawabkan kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam.

Kelmarin, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman terhadapnya yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah berikutan serangan yang berlaku pada tahun 2006.

Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Md Raus Sharif yang mengetuai panel lima orang hakim menyebut bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh peguam Zahid, Shamsul Bahrain Ibrahim, adalah berfakta dan perlu didengar dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Dengan keputusan mahkamah tertinggi dalam negara ini, saman sivil oleh Amir Bazli Abdullah terhadap menteri dalam negeri akan mula didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos nanti.

Baru dua minggu lalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut bahawa pengundi Malaysia telah menyampaikan mesej yang jelas dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, iaitu bahawa mereka mahu kerajaan bersikap tegas mempertahankan institusi-institusi penting dalam negara, “menguatkuasakan undang-undang, menegakkan Perlembagaan”. Malangnya dua insiden melibatkan Menteri Dalam Negeri dan KPN ini menyampaikan mesej yang berlawanan, iaitu betapa kredibiliti, integriti, dan kewibawaan institusi-institusi negara sedang diancam hebat selepas PRU13.

Sukar untuk Menteri Dalam Negeri meminta KPN memikul tanggungjawab penuh atas kematian Kugan sedangkan pada masa yang sama persoalan timbul mengapa polis tidak membuat penyiasatan dan mendakwa Zahid atas serangan terhadap Amir Bazli pada tahun 2006.

Pada masa yang sama juga, KPN tidak boleh menggesa Menteri Dalam Negeri untuk memikul tanggungjawab penuh atas kes serangan pada tahun 2006 itu kerana Khalid sendiri sedang dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan dalam tahanan polis pada tahun 2009.

Langkah Menteri Dalam Negeri dan KPN nampaknya sedang terkunci kerana kedua-duanya tidak dapat menggunakan kuasa masing-masing ke atas satu sama lain kerana kedua-dua mereka mempunyai pekung tersendiri.

Apakah ini caranya kerajaan Barisan Nasional memulihkan kepercayaan rakyat dalam negara dan warga dunia terhadap institusi-institusi utama dalam negara selepas PRU13?

Belum pun dua bulan selepas PRU13, kerajaan Barisan Nasional telah mula berdepan dengan krisis tadbir-urus yang parah.

Rakyat Malaysia berhak tahu bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hendak menyelesaikan jerebu terbaru ini yang menjejaskan tahap kebertanggungjawaban, integriti, dan tadbir-urus yang baik oleh dua pegawai keselamatan tertinggi negara. Rakyat mahu tahu sama ada beliau akan menamatkan perkhidmatan mereka, menggantung, atau mengarahkan kedua-dua mereka mengambil cuti sehinggalah mereka berjaya membersihkan diri daripada tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap mereka.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Pekung Najib Terbongkar Lagi....

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyifatkan hujah Timbalan Peguam Cara Negara III, Tun Abdul Majid Tun Hamzah bahawa tiada apa-apa yang boleh mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia dangkal dan tidak masuk akal.
“Ada cukup bukti bahawa pada malam berkenaan, Razak Raginda yang kita ketahui sangat rapat dengan Najib Razak membuat panggilan dan menghantar SMS kepada pembantu peribadi Najib iaitu Musa Safri.
“Apakah sesuatu mahu disembunyikan bila saksi penting seperti Musa Safri tidak dipanggil ke mahkamah? Apa yang disembunyikan” kata Sivarasa kepada Keadilandaily.
Menurutnya terdapat bukti jelas para pegawai khas Najib terutamanya DSP Musa Safri tidak pernah dipanggil sebagai saksi kes pembunuhan Altantuya, namun terlibat secara langsung dalam kes berkenaan.
Turut terlibat katanya, seorang lagi pembantu Najib, Nasir Safar sebagai orang yang memandu kereta secara perlahan-lahan di depan rumah Razak Baginda pada malam kejadian Altantuya diculik.
Beliau merujuk kepada Perkara 30 dari teks Akuan Bersumpah penyiasat persendirian Balasubramaniam. “Ada sesuatu yang mahu dilindungkan apabila dua saksi penting ini tidak dipanggil."
Bukti jelas keterlibatan pegawai-pegawai Najib. “Apakah kita boleh terima bahawa Najib sama sekali tidak terlibat dalam kes ini?," soalnya.
Sirul Azhar sebelum ini membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar ‘kambing hitam yang harus dikorbankan’ untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan. ~keadilandaily
 
Sumber Berita Dari Blog Addin

TPPA: Jangan sembunyi apa-apa dari rakyat

(Penal dalam forum Trans Pacific Partnership Agreement - TPPA)

KUALA LUMPUR: Meskipun perincian berkaitan Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) masih belum diperhalusi dari sudut kebaikan dan kesan akan datang kepada negara, kebimbangan rakyat Malaysia terhadap perjanjian itu wajar diredakan dengan maklumat secukupnya.

Lebih-lebih lagi, apabila terdapat dakwaan yang mengatakan ada beberapa terma di dalam TPPA itu diambil dari North American Free Trade Agreement (NAFTA) yang telah ditandatangani sebelum ini.

Pakar Ekonomi PAS, Dr. Rosli Yaakob (gambar) berkata NAFTA yang telah dimeterai perjanjiannya pada 1994 sebelum ini, sudahpun memberikan kesan yang dibimbangi akan berulang apabila termeterai TPPA yang dijangka dilakukan pada Oktober 2013, di Kota Kinabalu, Sabah.

"Kita tidak tahu apa yang ada dalam TPPA ini dan kesannya, tetapi TPPA ini asasnya dari NAFTA. Kita tidak boleh kata ini kesan TPPA, sebab tak tahu tapi kita boleh anggap sebagai 'kesan bayangan' apabila melihat kesan dari NAFTA itu sendiri," kata beliau pada satu forum berkaitan TPPA, di Dewan Perhimpunan Cina, malam tadi.

Menurut bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia itu, jika melihat Perkara 11 dalam NAFTA iaitu 'investor-state dispute settlement' (ISDS), ia memperlihatkan satu peruntukan yang menyebelahi pelabur semata-mata.

Peruntukan itu, jelas Dr. Rosli banyak memberi kelebihan kepada pelabur apabila berlaku sebarang pertikaian antara syarikat pelabur dengan negara yang memeterai NAFTA.

Sebagai contoh, katanya pernah berlaku pertikaian antara Kanada dengan sebuah syarikat dari Amerika Syarikat (AS) yang mengimport air dari sebuah tasik di Kanada, dan menyebabkan kerosakan eko sistem tasik tersebut.

Kes tersebut, katanya dibawa ke mahkamah di peringkat antarabangsa apabila Kanada bertindak melarang syarikat dari AS itu meneruskan import air tersebut dan kemudiannya Kanada disaman sebanyak RM105 juta.

"Ini yang berlaku, negara yang rosak eko sistemnya kerana perbuatan syarikat pelabur disaman. Yang merosakkan terlepas.  Begitu juga dengan beberapa kes antara Kanada dan syarikat dari AS juga yang mengimport gas gasolin, yang mana Kanada disaman RM201 bilion.  Jadi, kita bimbang perkara sebegini akan berulang apabila TPPA dipersetujui kelak," tegas beliau.

Isu berkaitan TPPA ini timbul apabila sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tahu-menahu berhubung TPPA ini, sebelum lima perkara antara 29 perkara dalam TPPA itu dibocorkan baru-baru ini.

Beberapa NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM) membantah rundingan yang dilakukan secara rahsia antara wakil Malaysia melalui MITI dengan AS kerana beranggapan rakyat Malaysia perlu dimaklumkan berkenaan kebaikan dan kesan dari TPPA itu.

Difahamkan, antara lima perkara dalam TPPA yang terbocor itu, salah satunya berkaitan dengan ubat-ubatan generik yang akan dipatenkan yang menyebabkan kelewatan kemasukan ubat-ubatan generik dengan harga berpatutan dalam pasaran Malaysia.

Jika peruntukan ini dipersetujui, rakyat Malaysia dikatakan akan terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk ubat-ubatan untuk jangka masa yang lebih lama.

Sementara itu, moderator forum tersebut, Anas Alam Faizli, berkata forum bertajuk 'Adakah TPPA Bentuk Penjajahan Moden Amerika?' itu diadakan bagi memupuk kesedaran awam mengenai isu TPPA yang bakal memberi kesan besar kepada negara, selain mendesak kerajaan untuk memberikan lebih 'disclosure' mengenai isu kandungan perjanjian TPPA.

Beliau turut mencadangkan penubuhkan gabungan bertindak terdiri daripada NGO-NGO untuk membawa isu-isu TPPA, di samping mendesak kelulusan perjanjian TPPA dibuat bukan di kabinet tetapi melalui penelitian Parlimen atau Jawatankuasa Khas Parlimen.

Forum anjuran Blindspot bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Ikram dan beberapa NGO lain turut membariskan Pakar Perdagangan, Universiti Malaya, Prof Dr. Nazari Ismail; dan Pakar Undang-undang Kesihatan, Fifa Rahman.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Sultan boleh bubar DUN Terengganu, kata pakar perlembagaan

 


 
Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat, Sultan Terengganu boleh membubarkan DUN sekiranya baginda tidak boleh memutuskan menteri besar yang sesuai - jika BN dan Pakatan masing-masing menguasai jumlah kerusi yang sama banyak.

Tambahnya, dalam keadaan seperti itu, pelantikan menteri besar boleh diputuskan oleh Sultan, yang boleh menggunakan pertimbangannya sendiri.

Abdul Aziz berkata, mengikut pertuntukan perlembagaan negeri, yang serupa dengan peruntukan  dalam perlembagaan persekutuan, perkara itu tertakluk bawah budi bicara Sultan.

Katanya di Terengganu, seperti juga negeri lain di Malaysia dan negara-negara Komanwel, Sultan boleh melantik seseorang yang dirasakan mendapat sokongan paling banyak dalam Dewan.

"Sekiranya Sultan tidak pasti, maka saya fikir baginda boleh membubarkan Dewan agar satu pilihan raya baru boleh diadakan."

“Ini untuk membolehkan rakyat membuat keputusan dan bukannya baginda. Dari sudut monarki sebagai simbol perpaduan yang perlu berada lebih tinggi dari parti politik, mungkin ia pilihan yang lebih baik,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan DUN Terengganu tergantung sekiranya PAS memenangi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN memenangi 17 daripada 32 DUN, dan selebihnya 15 kerusi dimenangi PAS.

Pilihan raya kecil itu bakal dijalankan berikutan kematian penyandang kerusi tersebut Dr A Rahman Mokhtar dari BN.

Pilihan raya kecil itu perlu diadakan sebelum 27 Ogos.

Sumber Berita Dari Blog Dailog Rakyat

Kuala Nerang - Rakyat dok merungut bab sampah tak angkut la pulak....!!!

Ingat Umno, jangan jadikan Kedah Darul Sampah....

(Lokasi: Berhampiran pekan Kola Nerang.... Hmmm.... timbalan menteri dan Exco ada kat situ tapi masalah sampah tak boleh selesai)

Hangpa ingat dakgi masa BN perintah Kedah zaman Mahzir Khalid dulu. YB Mahfuz angkat bungkuih sampah pi letak atas meja Datuk Bandar Alor Setar sebabnya MBAS masa tu tak angkut sampah sampai berminggu-minggu sampai seluruh rakyat Kedah merungut.

Alhamdulillah PAS perintah.... semua masalah sampah selesai dengan mudah. Rakyat Kedah gembira kerana sampah-sampah diangkut tak tunggu lama.
 
Kini bila BN perintah, rakyat kembali merungut sebab penyakit tak kutip sampah berminggu-minggu kembali berulang. Lepas ini jadilah negeri Kedah Darul Sampah. Takpalah nak buat camana itu pilihan rakyat Kedah, depa suka kerajaan sampah hanya dengan terima rasuah dari BN sorang RM50 malam nak mengundi.
 
Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

DAP gesa KPN letak jawatan untuk kembalikan keyakinan umum

Oleh Mohd Farhan Darwis

Tan Sri Khalid Abu Bakar hanya boleh mengembalikan kepercayaan rakyat dengan meletak jawatan sebagai Ketua Polis Negara (KPN), atau menjalankan siasatan terhadap 230 kes kematian dalam tahanan termasuk kes A. Kugan, kata Lim Guan Eng(gambar).

Mahkamah sebelum ini memutuskan Khalid bertanggungjawab atas kematian Kugan yang didera secara fizikal ketika soal siasat oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) empat tahun lalu.

"Beliau hanya boleh mengembalikan keyakinan orang awam dengan mengatakan beliau tidak terlibat atau menjalankan siasatan terhadap kes kematian sejak 2000 hingga Mei 2013, ataupun meletak jawatan sebagai ketua polis," kata Setiausaha Agung DAP itu dalam kenyataan hari ini.

Lim turut menegaskan, berbanding Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang hanya boleh melakukan cadangan dan saranan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu melaksanakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) seperti disarankan mahkmah.

"IPCMC boleh menjatuhkan hukuman kepada anggota polis yang menyalahguna kuasa mereka.... Atau berapa ramai lagi yang perlu mati sebelum IPCMC ditubuhkan," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi.

A. Kugan telah ditahan di balai polis Taipan, Subang dan kemudiannya telah dipukul oleh polis serta mengalami 45 kecederaan luaran dan di bahagian dalam badan. Mangsa mati selepas buah pinggangnya tidak berfungsi akibat pukulan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga berhadapan tekanan apabila Mahkamah Tinggi memutuskan beliau berhadapan kes untuk dibicarakan akibat tuduhan menyerang seorang lelaki yang cuba memikat anak perempuannya.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V. T. Singham berkata, Khalid yang pada ketika itu merupakan Ketua Polis Selangor, cuai untuk memastikan keselamatan tahanan dalam kes ini.

Keputusan hakim ini dijangkakan akan membuka ruang kepada lebih banyak saman kepada pihak polis.

Singham, dalam membenarkan saman kecuaian itu berkata, beliau juga percaya kecederaan yang berlaku ke atas Kugan tidak mungkin dilakukan oleh seorang pegawai.

"Mahkamah juga mendapati beberapa percanggahan ketara antara Khalid dan lain-lain saksi berkenaan dengan penyiasatan ke kematian si mati," katanya.

"Tiada seorang pun dalam mana-mana kedudukan atau pangkat apabila memberi keterangan di mahkamah mengambil mudah mahkamah ini dan cuba menutup kebenaran untuk melarikan diri."

Singham juga memuji peguam hak asasi manusia, N. Surendran yang membawa kes ini dan membantu untuk bedah siasat kedua dilakukan.

"Jika tidak kerana dia, perkara itu telah disembunyikan."

Beliau juga berkata terdapat keperluan segera untuk mempertimbangkan cadangan suruhanjaya diraja itu dalam menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kerana peningkatan kematian dalam tahanan.

Singham juga memberikan pampasan sebanyak RM851,700 kepada N. Indra di atas serangan terhadap Kugan, penahanan salah, kecuaian dan pampasan kecederaan dan penderitaan.

Keluarga Kugan telah memfailkan tuntutan RM100 juta terhadap polis dan kerajaan, secara spesifiknya menamakan Khalid, mendakwa beliau cuba menyembunyikan punca kematian Kugan.

Sumber Berita Dari Blog Dailog Rakyat

Speaker baru hanya gembira 1 minit sahaja

GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tambun, Law Chow Kiang (gambar) dan Adun Sungai Bakap, Maktar Shafee dilantik sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dun Pulau Pinang pagi tadi.

Majlis angkat sumpah berlangsung di Dun bermula pukul 9.30 pagi disaksikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Manakala Adun Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Abdul Hamid buat pertama kalinya dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dun yang akan bersidang pada 2 Julai akan datang.

Ketika mengulas perlantikan ini, Law berkata, memang hatinya melonjak kegembiraan namun hanya satu minit kerana yang paling utama ialah tugasan yang ditanggungnya.

"Mustahil saya tidak gembira. Saya cukup gembira tetapi hanya untuk satu minit tidak lebih daripada itu kerana yang penting ialah tugasan yang sedang menunggu," terangnya.

Mesyuarat Pertama  Dun Ke 13 akan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Utama Dr Abdul Rahman Haji Abbas pada 1 Julai iaitu sehari sebelum berlangsungnya sidang Dun.

Law yang juga mantan Exco Pertanian Negeri Pulau Pinang sessi lalu memberitahu media bahawa beliau akan memberi penuh usaha untuk memperbaiki dan memperhebatkan Dun agar lebih ke hadapan.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Hakim Mahkamah Rayuan Sound Zahid Hamidi?

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu menjawab satu saman sivil yang dikemukakan seorang ahli perniagaan terhadapnya berhubung tuduhan melakukan serangan. Beliau perlu berbuat demikian kerana gagal mengetepikan saman berkenaan.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff, yang mempengerusikan panel lima anggota, tidak membenarkan Ahmad Zahid merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya (Ahmad Zahid) untuk mengetepikan saman itu.
   
"Perkara ini belum dibicarakan di Mahkamah Tinggi di Shah Alam dan kamu juga tidak dinafikan proses membuat rayuan. Selepas perbicaraan nanti, kamu boleh merayu. Biarlah perbicaraan diadakan dulu Mahkamah Tinggi," katanya.

Beliau berkata sekiranya mahkamah melayan setiap rayuan interlokutori, kes lain akan tertangguh.

Hakim Md Raus, yang bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Zainun Ali, memerintahkan Ahmad Zahid membayar kos guaman RM5,000 kepada Amir Bazli Abdullah.

Terdahulu, peguam Datuk Shamsul Bahrain Ibrahim yang mewakili Ahmad Zahid memohon kepada mahkamah supaya memberi kebenaran kepada anak guamnya untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dengan berkata lima persoalan undang-undang telah dikemukakan untuk dipertimbangkan mahkamah itu.

Raus berkata oleh kerana isu yang ditimbulkan Shamsul Bahrain berbentuk fakta, maka ia perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Tarikh bagi perbicaraan di Mahkamah Tinggi ditetapkan pada 26 dan 27 Ogos.

Dalam saman yang difailkannya pada 4 Julai 2007 untuk menuntut ganti rugi, Amir Bazli, 42, mendakwa pada 16 Jan 2006, Ahmad Zahid menumbuk mukanya di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang hingga menyebabkan tulang hidungnya patah dan matanya bengkak.

Pada 29 Ogos 2006, Ahmad Zahid memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya mengetepikan saman itu atas alasan ia adalah perkara remeh.

Permohonan beliau ditolak Mahkamah Tinggi pada 21 April 2010. Pada 15 Mac tahun lepas, Mahkamah Rayuan juga menolak permohonan beliau itu.

Ahmad Zahid memfailkan tuntutan balas terhadap Amir Bazli untuk menuntut ganti rugi bagi distres teruk, malu dan keresahan yang dialaminya, di samping ganti rugi fitnah berhubung penyiaran kejadian yang didakwa berlaku itu selepas Amir Bazli menemui media.

Dalam penyata bela dirinya, Ahmad Zahid, yang ketika itu adalah timbalan menteri penerangan, menafikan beliau pernah menumbuk Amir Bazli hingga mencederakan mukanya dan mendakwa perkara itu sengaja direka Amir Bazli. ~bernama
 
Sumber Berita Dari Blog Addin

Kerajaan BN Terengganu Amalkan Semula Pinjaman 'Riba'?

Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Satiful%20Angkat%20Sumpah.jpgKUALA TERENGGANU - PAS menuntut penjelasan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu, apakah benar caj ‘perkhidmatan’ sebanyak empat peratus dikenakan semula kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri yang membuat pinjaman kenderaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, Ustaz Satiful Bahrin Mamat berkata ketika kerajaan PAS memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004, pinjaman berunsur riba dihapuskan kepada pegawai kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan PAS Terengganu pernah menghapuskan riba yang dikenakan melibatkan pinjaman kenderaan sebanyak empat peratus.

“Saya juga ingin mendapatkan penjelasan dari kerajaan. Seingat saya, semasa pemerintahan kerajaan PAS Terengganu yang dipimpin oleh Menteri Besar waktu itu Adun Rhu Rendang (Dato’ Seri Abdul Hadi Awang) yang memerintah."

“Kita (PAS) pernah menghapuskan riba yang dikenakan melibatkan pinjaman kenderaan sebanyak empat peratus. Tetapi, ingin mendapatkan penjelasan adakah ianya (riba) kembali dikenakan semula kepada kakitangan kerajaan negeri,” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada 19 Jun lalu.

Ini kerana, katanya berdasarkan edaran pekeliling yang diterima oleh semua Adun dengan jelas menyatakan bayaran perkhidmatan empat peratus dikenakan kepada pemohon pinjaman kenderaan.

Menurutnya, tindakan dikenakan semula caj perkhidmatan empat peratus itu tidak wajar kerana pegawai tersebut berkhidmat kepada kerajaan negeri.

“Ini berdasarkan edaran (pekeliling) yang diberikan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri layak memohon pinjaman kereta sehingga maksima RM41,000 untuk sekali dalam tempoh empat tahun dengan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak empat peratus."

“Setahu saya, empat peratus ini telah dihapuskan semasa kerajaan PAS Terengganu tetapi adakah dikenakan semula caj tersebut. Jika dikenakan kembali, saya rasa ianya sangat malang walaupun perkara ini kecil tetapi Allah Ta’ala telah jelaskan dalam al-Quran iaitu “Allah Ta’ala halalkan jualbeli dan haramkan riba”.

“Ini kerana, pegawai dan kakitangan kerajaan kita tidak ada sumber lain dan mereka berkhidmat dengan kerajaan negeri dan dikenakan caj atas nama ‘perkhidmatan’ yang sepatutnya tidak dikenakan dan dielakkan dari riba kerana itu perbuatan keji di sisi Allah SWT,” tegasnya.

Beliau turut menyindir kerajaan negeri yang berpendapatan RM2 bilion setahun masih mengambil caj perkhidmatan tersebut.

Sumber Berita Dari Blog Dailog Rakyat

Mana perginya YB lompat parti?

Syed Abdullah Syed Osman
Mana perginya wakil rakyat yang isytiharkan diri keluar daripada Pakatan Rakyat semasa PRU12 dahulu. Mengapa senyap sunyi sahaja apabila nama mereka tidak lagi tersenarai lagi dan tidak dipilih untuk PRU-13 - walaupun mereka ini bersuara lantang menghentam kiri dan kanan parti yang mereka wakili dahulu. Begitu juga mereka yang 'dikutip' balik untuk dijadikan calon tetapi malangnya mereka ini juga kalah dengan 'bergaya', kerana rakyat dapat menilai siapa wajah-wajah mereka ini yang sebenarnya.
Perkara ini sepatutnya menjadi ikhtibar kepada mana-mana wakil rakyat agar tidak menipu atau mengkhianati pengundi anda yang memberikan mandat. Justeru, jangan mudah terpedaya dengan janji manis lawan kerana anda hanya akan dijadikan alat untuk beberapa ketika sahaja. Selepas berakhirnya pilihan raya tiada siapa yang akan melayan atau sudi mengambil orang seperti ini kerana sikap tidak setia dan tiada pendirian serta tidak mempunyai prinsip ini sukar dipercayai oleh sesiapapun.

Sayang seribu kali sayang apabila seseorang tokoh politik yang disifatkan berwibawa, bijak, berpengaruh, mendapat kedudukan yang baik dalam parti dan mempunyai harapan cerah pada masa hadapan tiba-tiba bertukar haluan berpusing 360 darjah cuba mengkhianati partinya sendiri yang mana seolah-olah seperti juga mengkhianati dirinya sendiri.
Inilah yang berlaku dalam beberapa PRU terdahulu dan masih tetap berlaku jika orang seperti ini yang tiada jati diri sanggup mengadaikan maruahnya sendiri kerana hanya kepentingan peribadi dan tidak memperdulikan apa-apa yang akan mereka hadapi selepas itu walaupun mereka tahu segala risiko yang menanti.
 
Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie