Ketua Pengarah Imigresen Tak Bermoral

KUALA LUMPUR, 31 MEI: Kenyataan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad mahu melarang rakyat Malaysia di luar negara pulang ke tanahair tidak mempunyai asas moral, undang-undang dan pentadbiran.

“KEADILAN mengutuk kenyataan Alias yang melanggar salah satu hak paling asas sebagai seorang warganegara,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan.

Tegasnya, Jabatan Imigresen tidak mempunyai hak untuk mengulas apa yang rakyat Malaysia lakukan di luar negara dengan menggunakan kuasa pentadbiran. “Kritikan terhadap kerajaan tidak sama dengan kritikan terhadap negara."

Di seluruh pelusuk dunia, rakyat Malaysia mahu perubahan terhadap sistem demokrasi dan pilihan raya yang bersih. “Suara mereka perlu dirai, bukan dijauhi,” tegas Adun Seri Setia itu lagi.

Pada 27 Mei lalu, Alias berkata pihaknya tidak teragak-agak melarang mereka memasuki negara bagi tempoh tiga hingga lima tahun mengikut Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/1963 dengan menyenaraihitam dan membatalkan pasport mereka.

Kenyataannya sebagai ketua jabatan di bawah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi bercanggah dengan konsep perdamaian (reconciliation) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sudah tibanya Najib dan Zahid berhenti mendera dan menyalahguna institusi kerajaan untuk kepentingan politik sempit mereka,” bidas Nik Nazmi. ~keadilandaily
 
Sumber Berita Dari Blog Addin

No comments:

Post a Comment