Keajaiban haiwan dan batu dalam sejarah Islam

1. Haiwan Berbicara di Akhir Zaman

Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul haiwan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang tercatit dalam Al-Qur'an, surah An-Naml ayat 82,

"Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami."

Mufassir Negeri Syam, Abul Fida 'Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy mengulas tentang ayat di atas, "Haiwan ini akan keluar di akhir zaman ketika rosaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah menukar agama Allah. Maka Allah mengeluarkan di hadapan mereka haiwan bumi. Konon khabarnya, dari Mekah, atau yang lainnya sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu ". [Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/498)]

Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang terdekat. Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda,

"Sesungguhnya tidak akan tegak hari kiamat, sehingga kalian akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, haiwan bumi, Ya'juj & Ma'juj, terbitnya matahari dari arah barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia ". [HR. Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Dawud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (4041)]

2. Pohon Kurma yang Menangis

Adanya pohon kurma yang menangis ini berlaku di zaman Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wasallam-, mengapa sampai pohon ini menangis?

Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu 'anhu-bertutur,

"Jabir bin Abdillah-radhiyallahu 'anhu-berkata:" Adalah dahulu Rasulullah-Shollallahu' alaihi wasallam-berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut ". [HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]

Ibnu Umar-radhiyallahu 'anhu-berkata,

"Dulu Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam-mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya) ". [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]

3. Batu mengucapkan salam

Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam. Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahawa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya,

Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam-bersabda, "Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang". [HR.Muslim dalam Shohih-nya (1782)] 

4. Pengaduan Seekor unta

Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia sahaja yang mempunyai perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya. Oleh kerana itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak mempunyai perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam-mengungkapkan perasaannya.

Abdullah bin Ja'far-radhiyallahu 'anhu-berkata, "Pada suatu hari Rasulullah-Shallallahu' alaihi wasallam pernah memboncengku dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan ku ceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. lalu beliau masuk kedalam kebun lseorang lelaki Anshar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam mendatanginya dan mengusap dari perutnya sampai ke bonggolnya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau bersabda, "Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?" Lalu datanglah seorang pemuda Anshar berkata, "Unta itu milikku, wahai Rasulullah".

Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-bersabda,

"Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar". [HR. Abu Dawud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya'la dalam Al-Musnad (3 / 8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala'il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]

5. Kesaksian Kambing Panggang

Kalau binatang yang masih hidup boleh berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadis berikut:

Abu Hurairah-radhiyallahu 'anhu-berkata,

"Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam menerima hadiah, dan tidak mahu makan shodaqoh. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan. Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda, "Angkatlah tangan kalian, kerana kambing panggang ini mengkhabarkan kepadaku bahawa dia beracun". 

Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro 'bin MA'rur Al-Anshoriy. Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-menghantar (utusan membawa surat), "Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?" Wanita itu menjawab, "Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tidak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu ". Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam-memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka dia pun dibunuh. Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda ketika beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau, "Sentiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khoibar. Inilah saatnya urat nadi leherku terputus ". [HR. Abu Dawud dalam Sunan-nya (4512). Disahihkan Al-Albaniy dalam Shohih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]

6. Batu yang Berbicara

Setelah kita mengetahui adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang bercakap di akhir zaman. Jika kita fikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wasallam baik yang masuk akal atau tidak. Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-tidak pernah berbicara mengikut hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib.
Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda,

"Kalian akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang diantara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, "Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia". [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]

Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah-berkata, "Dalam hadis ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadis ini (menunjukkan) bahawa benda-benda itu berbicara secara hakikat ". [Lihat Fathul Bari (6/610)]

7. Semut Memberi arahan

Mungkin kita pernah mendengar cerita tentang haiwan-haiwan yang berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita rekaan belaka. Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan seperti seorang komandan pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi arahan tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur'an,

"Dan Sulaiman Telah mewarisi Daud, dan dia berkata:" Hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata ". Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa Kerana (mendengar) perkataan semut itu. dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang Telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh ". (QS.An-Naml: 16-19).

Inilah beberapa perkara yang lebih layak untuk dijadikan "Tujuh Keajaiban Dunia". Orang-orang yang beriman telah lama meyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam sehingga sekarang. Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh kerana itu, kami mengangkat hal itu untuk mengingatkan kembali, dan menanamkan aqidah yang kukuh di hati kaum muslimin.

Sumber Berita Dari Blog Detik Islam

Persempadanan: Wan Ahmad disuruh cermin diri dahulu

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar disuruh cermin diri terlebih dahulu sebelum bercerita mengenai ketelusan SPR dalam persempadanan semula kawasan pilihanraya yang bakal diadakan hujung tahun ini.
Menurut Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming, Wan Ahmad adalah salah seorang pegawai SPR yang terlibat dalam persempadanan semula kawasan pilihanraya di 2003.

Menggunakan Kedah sebagai contoh, Ong berkata SPR tidak melakukan amanah tersebut berdasarkan undang-undang, malah sangat memihak kepada BN pada 2003 ketika Wan Ahmad menjadi Timbalan Pengerusi SPR.

“Perkara itu paling jelas di Kedah di mana tiada kerusi Parlimen mahupun Dun ditambah selepas BN hilang 2/3 majoriti Dewan Rakyat setelah tewas di pilihanraya kecil Lunas pada tahun 2000, tapi sempadan dilakar semula dengan niat membantu Umno untuk menang kembali beberapa kawasan Parlimen yang ia tewas pada pilihanraya umum 1999,” kata Ong dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, SPR telah cuba mempertahankan perbezaan dalam jumlah undi setiap kawasan dengan merujuk kepada prinsip pemberat kawasan pedalaman (rural weightage) di mana kawasan pedalaman, dengan jaringan pengangkutan yang lemah dan luas kawasannya, perlu mempunyai jumlah pengundi yang lebih kecil daripada kawasan bandar yang lebih tepu dan lebih mudah dihubungi.

“Tapi di Kedah, ketika persempadanan semula 2003, prinsip ini dilanggar dengan jelas. Undi bukan Melayu telah dikeluarkan daripada kawasan selamat Alor Setar dan dimasukkan ke kawasan PAS iaitu Kuala Kedah dan Pokok Sena."

"Pengundi bukan Melayu juga dikeluarkan dari kawasan kerusi selamat Merbok ke kerusi PAS di Jerai. Kawasan majoriti Umno BN di Padang Serai telah dipindahkan ke kerusi PAS di Baling,” hujah Ong.

Jadual 1: Perbezaan di kawasan dan jumlah pengundi antara kawasan bandar dan pedalaman di Kedah selepas persempadanan semula Kedah pada 2003.
Kerusi Parlimen
Keluasan (km2)
Jumlah Pengundi pada 2003
Jumlah Pengundi pada 2013
P8 Pokok Sena
320
64192
80916
P9 Alor Setar
109
56007
69189
P10 Kuala Kedah
232
73942
95534




P16 Baling
1544
73942
93376
P17 Padang Serai
352
51778
74245




Ong berkata persempadanan melampau SPR boleh dilihat apabila perbandingan antara jumlah pengundi dengan keluasan kawasan dibuat seperti di Jadual 1.

“Sebagai contoh, P9 Alor Setar, walaupun ialah kawasan bandar yang maju dengan keluasan kawasan terkecil di antara semua parlimen di Kedah, sebenarnya mempunyai jumlah pengundi (56,007) yang lebih kecil berbanding dengan kawasan jiran yang lebih besar seperti P8 Pokok Sena (64,912) and P10 Kuala Kedah (73,942). Perbezaan ini masih kelihatan di pilihanraya 2013, Alor Setar mempunyai 69,189 pengundi berbanding 80,916 di Pokok Senan dan 95,534 di Kuala Kedah,” kata Ong.

Kes paling melampau kata Ong ialah P16 Baling, kawasan pedalaman di Kedah. Persempadanan semula di 2003 telah meningkatkan jumlah keluasan Baling dari 1,107km2 ke 1,544km2, sedikit kecil daripada keseluruhan Melaka.

Ini, katanya kerana salah satu daripada kawasan kuat Umno di kawasan jiran Padang Serai – Kuala Ketil – telah dipindahkan di kawasan Baling. Akibatnya, Padang Serai, yang lebih bersifat bandar mempunyai jumlah pengundi yang lebih kecil (51,778) dibandingkan dengan Baling (73,942).

"Perkara ini masih jelas kelihatan di pilihanraya 2013. Baling sekarang mempunyai 93,386 pengundi (kedua terbesar di Kedah) dibandingkan dengan 74,425 pengundi di kawasan bandar Padang Serai,” jelas Ong.

Ini semua membuktikan bahawa prinsip ‘rural weightage’ langsung tidak diikuti oleh SPR ketika persempadanan semula di Kedah.

Persempadanan melampau ini, kata Ong, akhirnya makan tuan pada pilihanraya di 2008 apabila pengundi bukan Melayu yang setia pada BN, yang tidak akan mengundi PAS, telah memberikan undi mereka kepada pembangkang.

“Antara pegawai SPR yang ada, Wan Ahmad adalah antara yang bersama SPR ketika persempadanan melampau di 2003. Oleh itu, beliau pegawai SPR yang paling kurang layak untuk mempertahankan rekod SPR untuk memastikan persempadanan semula yang adil bermula hujung tahun ini,” kata Ong.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Kerajaan UMNO Kedah haramkan kuliah agama di Seri Mentaloon

Amat malang bagi umat Islam di negeri ini, khususnya kakitangan awam yang selama ini menghadiri kuliah mingguan setiap hari Sabtu di Seri Mentaloon kerana kerajaan UMNO Kedah telah mengharamkannya! 

Kuliah mingguan tersebut diperkenalkan sejak Pakatan Rakyat mentadbir Kedah pada 2008, menampilkan para penceramah agama yang menyampaikan pelbagai ilmu Islam. Ia mendapat sambutan hangat khususnya dari kakitangan kerajaan dan swasta, memandangkan tempat tersebut lebih selesa dan mempunyai kemudahan parkir yang luas.

Bagaimanapun sejak Kedah diambilalih oleh UMNO 5 Mei lalu, yang dilaporkan memenangi PRU dengan cara 'menipu dan membeli undi' maka kuliah agama tersebut tidak dibenarkan sama sekali.

Untuk maklumat, sewaktu negeri-negeri Islam seperti Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan berada di bawah naungan Komunis Soviet suatu masa dahulu kuliah-kuliah agama seperti itu memang diharamkan sama sekali. Kerajaan komunis khuatir kesedaran umat Islam terhadap agamanya menyebabkan dasar-dasar yang sekular dan anti Islam akan ditolak.

Sumber Berita Dari Blog Kedah La
CCTV: DAP buat laporan polis terhadap Musa, Zahid

Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa membuat kenyataan bercanggah mengenai kamera TV litar tertutup (CCTV) di lokap polis.

Pada 28 Mei, Ahmad Zahid dilaporkan berkata kementeriannya mencadangkan kamera dipasang di lokap polis supaya rakamannya boleh dijadikan bukti jika berlaku sesuatu.

Bagaimanapun, semalam akhbar The Sun melaporkan Musa sebagai berkata kamera telah dipasang di kebanyakan lokap polis tetapi kekurangan bajet penyelenggaraan menyebabkan banyak yang rosak.

NONEOleh itu, Lim (kiri) membuat laporan polis di balai polis Utara Jinjiang pagi ini berhubung dengan dua kenyataan tersebut.

Dalam laporannya, Lim meminta pihak polis menyiasat siapa yang sengaja berbohong untuk mengelirukan orang awam dan membahayakan keselamatan tahanan dalam lokap polis.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas itu, Lim menunjukkan jawapan bertulis di Parlimen yang disediakan oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada bekas MP PKR Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh, bertarikh 22 Mac 2011.

Dalam jawapan itu, Hishammuddin berkata, kerajaan sedang dalam proses memasang kamera CCTV di lokap polis dan bilik soal siasat.

Terdapat 827 balai polis di seluruh negara, dengan kamera CCTV dipasang di 227 lokap dan 36 bilik soal siasat, kata Hishammuddin.

Dalam lain perkataan, tegas Lim, terdapat tiga jawapan yang berbeza yang disediakan oleh kerajaan dan pihak polis mengenai isu tersebut.

Bagaimanapun, Lim tidak menyerahkan salinan jawapan bertulis parlimen itu kepada pihak polis.

Lim berkata, beliau sengaja tidak menyerahkan jawapan bertulis Parlimen itu "kerana saya mahu polis melakukan tugas mereka, untuk menyiasat.... Saya mendapatnya dari carian Google".

Katanya, Parlimen akan kembali bersidang pada akhir bulan Jun dan oleh itu, pihak polis mempunyai masa hampir satu bulan untuk menyiasat dan memaklumkan hasil siasatan itu kepadanya.

Sekiranya pihak polis gagal memberi sebarang maklum balas kepadanya sebelum sidang Parlimen, Lim berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu di sana.

NONESementara itu, dalam laporannya, Lim juga meminta pihak polis memberikan satu salinan rakaman CCTV mendiang N Dharmendran di lokap ibupejabat polis Kuala Lumpur, kepada keluarga si mati.

Beliau berkata pihak berkuasa perlu berterus-terang dengan keluarga si mati jika mereka tidak mempunyai rakaman tersebut.

"Jika ibupejabat polis Kuala Lumpur tidak mempunyai CCTV, maka tidak perlulah bercakap mengenai balai polis di kawasan luar bandar," katanya.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini

Siapa lagi MP dilarang masuk Sabah - Guan Eng

KUALA LUMPUR: DAP mengutuk tindakan menghalang dan menghantar balik Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dari Sabah semalam.
Menurut Nurul, terdapat satu senarai yang mengandungi nama ahli-ahli Parlimen (MP) lain yang juga akan dinafikan hak memasuki Sabah.

“Memandangkan senarai tersebut adalah hak prerogatif Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, kami ingin tahu siapa lagi yang dinamakan dalam senarai larangan terbabit,” ujar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Katanya, Musa mesti menerangkan sebab kenapa Nurul Izzah dihalang masuk ke Sabah dan terus dihantar pulang, dan berapa ramai lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang akan dihalang memasuki negeri itu.

Tambahnya, tindakan sedemikian bukan sahaja tidak menghormati hak asasi manusia malah menentang prinsip-prinsip asas demokrasi.

Lebih teruk lagi, katanya ia menimbulkan persoalan bagaimana seorang warganegara Malaysia boleh dilayan lebih teruk daripada warga asing di dalam negara sendiri.

“Jangan kita lupa, dalam Februari tahun ini, lebih 200 militan bersenjata daripada Filipina telah mendarat di perairan Sabah."

“Selepas menduduki kawasan tersebut lebih dua minggu tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa Malaysia, mereka telah melancarkan perang terhadap pasukan keselamatan dalam usaha untuk menuntut hak ke atas tanah Malaysia yang berdaulat,” ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Baginya, amat menyedihkan apabila seorang Ahli Parlimen Malaysia daripada pembangkang, yang dipilih oleh rakyat, yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dihalang daripada masuk ke negara sendiri dan dilayani dengan lebih buruk daripada penjenayah yang pernah disabitkan kesalahan dan pernah dipenjarakan.

“Apalah yang ditakutkan sangat oleh Musa Aman dan BN sehingga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak dibenarkan masuk ke negeri itu,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan itu menambah, Musa dan BN adalah salah jika mereka berfikir bahawa tindakan sedemikian akan menyebabkan rakyat takut kepada BN, melenyapkan semangat Pakatan Rakyat dan menyelamatkan BN.

Sebaliknya, tegas beliau rakyat Sabah akan lebih yakin bahawa sekaranglah masa untuk berubah demi menyelamatkan Malaysia dan Sabah memandangkan BN tidak ada visi lain selain menghalang, menindas, menekan dan mengekang hak-hak asasi rakyat.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Ketua Pengarah Imigresen Tak Bermoral

KUALA LUMPUR, 31 MEI: Kenyataan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad mahu melarang rakyat Malaysia di luar negara pulang ke tanahair tidak mempunyai asas moral, undang-undang dan pentadbiran.

“KEADILAN mengutuk kenyataan Alias yang melanggar salah satu hak paling asas sebagai seorang warganegara,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan.

Tegasnya, Jabatan Imigresen tidak mempunyai hak untuk mengulas apa yang rakyat Malaysia lakukan di luar negara dengan menggunakan kuasa pentadbiran. “Kritikan terhadap kerajaan tidak sama dengan kritikan terhadap negara."

Di seluruh pelusuk dunia, rakyat Malaysia mahu perubahan terhadap sistem demokrasi dan pilihan raya yang bersih. “Suara mereka perlu dirai, bukan dijauhi,” tegas Adun Seri Setia itu lagi.

Pada 27 Mei lalu, Alias berkata pihaknya tidak teragak-agak melarang mereka memasuki negara bagi tempoh tiga hingga lima tahun mengikut Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/1963 dengan menyenaraihitam dan membatalkan pasport mereka.

Kenyataannya sebagai ketua jabatan di bawah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi bercanggah dengan konsep perdamaian (reconciliation) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sudah tibanya Najib dan Zahid berhenti mendera dan menyalahguna institusi kerajaan untuk kepentingan politik sempit mereka,” bidas Nik Nazmi. ~keadilandaily
 
Sumber Berita Dari Blog Addin

DAP kesal kenyataan pengarah ROS

KUALA LUMPUR: DAP Malaysia mengecam tindakan Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman yang mengeluarkan kenyataannya kepada media, sedangkan siasatan masih belum selesai.

Ini kerana, DAP baru sahaja menerima surat daripada ROS yang meminta agar parti itu membekalkan beberapa dokumen untuk siasatan lanjut, semalam.

"Namun, dalam masa sama, hari ini di Utusan Malaysia, beliau telah bertindak mengeluarkan kenyataan biarpun kami baru terima surat semalam," tegas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada sidang media, di ibu pejabat parti itu, hari ini.

Menurut Anthony,  tindakan Abdul Rahman itu jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab, tidak profesional, serta seperti menjadi agen politik bagi pihak tertentu.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Seremban itu berkata kenyataan Abdul Rahman itu yang mengatakan terdapat ahli parti itu dinafikan hak mengundi pada kongres parti itu, Disember lalu, merupakan satu tuduhan.

Tegas Anthony, pada kongres parti itu, sebanyak 1843 perwakilan hadir dan mengundi bagi pemilihan parti (CEC), di samping peratus kehadiran ahli parti sebanyak 71.5 peratus.

"Peratusan itu menunjukkan satu angka yang tinggi, yang mana tidak ada mana-mana parti yang akan mendapat peratus kehadiran 100 peratus. Jika peratusan itu boleh dianggap sehingga pemilihan itu tidak sah, adakah boleh jika kita katakan pilihan raya umum yang lalu juga tidak sah kerana peratusan keluar mengundi tidak 100 peratus?" soal Anthony.

Dalam pada itu, ROS juga mendakwa terdapat ahli parti DAP yang tidak menerima notis untuk kongres tersebut.

Kata Anthony, pihaknya telah menghantar notis kepada semua ahli mereka di seluruh negara, namun tidak dapat memberikan jaminan sama ada notis itu diterima atau tidak.

"Notis sudah dihantar. Terima atau tidak, ia di luar kemampuan kami. Bolehkah Pos Malaysia juga beri jaminan setiap surat yang dihantar pengirim akan sampai kepada penerima?" soal Anthony.

Sementara itu, surat yang dihantar ROS semalam meminta tiga bukti penghantaran notis bagi beberapa cawangan di Negeri Sembilan, iaitu Taman Sri Sungai Pelek, Desa Dahlia dan Ladang Paroi, selain satu di Taman Desa Skudai, Johor yang mendakwa tidak menerima notis.

Tegas Anthony, tiga daripada empat cawangan itu telah hadir ke kongres tersebut, malah turut mengundi pada pemilihan CEC parti itu.

"Bagi cawangan Ladang Paroi, dua wakil hadir iaitu David Dass dan Mahendran a/l Krishnan. Manakala, Kogilawani a/p Supermanian (Desa Skudai) dan Richard Francis (Desa Dahlia) juga hadir kongres tersebut," jelas Anthony, sekaligus menafikan dakwaan mereka tidak menerima notis kongres tersebut.

Selain kesal dengan tindakan David yang membuat aduan kepada ROS, sedangkan beliau hadir ke kongres tersebut malah mengundi, Anthony berkata parti akan merujuk  David ke Lembaga Disiplin parti.

"David ini saya kenal. Masa kongres buat kecoh ketika pendaftaran, check-in hotel sebelum masanya, sampai sekarang tidak bayar. Kemudian, tiba-tiba buat aduan pada ROS. Tidak apalah yang itu, isunya dia hadir dan turut mengundi pada hari tersebut," tegas beliau.

Justeru, Anthony berkata pihaknya mengesyaki ROS mempunyai agenda politik untuk menggagalkan kesahihan pemilihan CEC sebelum ini.

Bagaimanapun, Anthony berkata pihaknya tetap menjawab surat yang diberikan semalam, berserta dokumen dan bukti yang diminta ROS sebelum tempoh yang ditetapkan.

Dalam surat tersebut, pihak ROS memohon DAP untuk membekalkan dokumen yang diminta sebelum 4 Jun 2013 akan datang.

Sumber Berita Dari Harakahdaily
Mahasiswa Desak Zahid Letak Jawatan

Sekumpulan mahasiswa hari ini berhimpun di Kementerian Dalam Negeri mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi meletakkan jawatan, ekoran penahanan pemimpin politik dan aktivis yang didakwa mereka bermotifkan politik.

NONEBerkumpul bawah terik matahari di pintu pagar utama di Putrajaya, kira-kira 30 mahasiswa hadir menyatakan bantahan mereka terhadap Menteri yang baru dilantik itu.

Mereka menyatakan pendirian berhubung penahanan itu bermula terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan mendakwa walaupun Menteri bertukar tangan, kementerian itu didakwa terus bersikap berat sebelah.

Selagi ini berterusan, wakil pro-Mahasiswa Abdul Muqit Muhammad berkata, pasukan polis tidak akan bebas.
NONETarikan di protes tersebut ialah kehadiran ketua Solidariti Mahasiswa Malaysia, Mohammad Safwan Anang yang baru dibebaskan dengan ikat jamin hari ini selepas didakwa bawah Akta Hasutan 1948 pada hari Rabu.

Katanya, tangkapan tersebut bermotifkan politik kerana orang tertentu yang didakwa dan ia mencemarkan profesionalisme Kementerian Dalam Negeri dan polis.

"Zahid mesti meletakkan jawatan jika dia tidak dapat menyelesaikan masalah ini," katanya sambil mendakwa Zahid telah menyalahgunakan kuasanya dengan melibatkan polis dalam pendakwaan terpilih itu.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini

Hayat Kabinet Najib tak lama?

RAYUSA
DALAM PRU13, 5 Mei lalu, BN mendapat 48 peratus undi popular, manakala Pakatan Rakyat memperoleh 51 peratus. Justeru, Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri sebuah kerajaan minoriti pertama dalam sejarah politik negara.
 
Pada 15 Mei lalu, Najib mengumumkan senarai jemaah Menteri yang dianggapnya sebagai “Kabinet berimbang”. Kabinet tersebut didominasi Umno dengan 20 Menteri, manakala PBB (Sarawak) empat, MIC (dua), PRS (Sarawak), PBRS, PBS dan UPKO (Sabah), masing-masing satu. Tiga Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah senator.

Enam belas jawatan Timbalan Menteri diisi Umno, MIC (dua), PBB (tiga), PRS (satu) dan PBS (satu). Tiga lagi Timbalan Menteri adalah melalui lantikan sebagai senator, termasuk seorang daripada Umno (Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah), dan seorang daripada PPP (Dato’ Dr Loga Bala Mohan).

Namun, Kabinet Najib dijangka akan menambah masalah kerana ia sendiri bermasalah. Contohnya, pelantikan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Senator Dato’ Paul Low Seng Kuan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sia-sia sahaja kerana anggota Kabinet yang lain bermasalah. Paul tidak boleh berbuat apa-apa jika beliau dikelilingi orang bermasalah, malah dirinya sendiri akan turut “tenggelam”.

Selain itu, pelantikan Dato’ Tajuddin Abdul Rahman sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani antara yang paling dipandang sinis banyak pihak serta banyak mengundang kritikan.

Datin Paduka Marina Mahathir dalam laman twitternya menulis, “Six million dollar man Umno mendapat jawatan Timbalan Menteri”. Tajuddin digelar sedemikian selepas beliau dipecat daripada Umno pada 1995 atas tuduhan membayar RM6 juta untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Bahagian.

Tajuddin juga baru-baru ini mendapat konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, Perak walaupun Detik Utuh Sdn Bhd, syarikat pembinaan miliknya tidak aktif dan tiada track record baik dalam bidang pembinaan.

Turut terbabit dalam amalan politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno ialah Khairy Jamaluddin yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Masih ingat insiden penolakan perwakilan Pemuda Umno di PWTC semasa Khairy memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno beberapa tahun lalu? Khairy diejek menang kerana rasuah!

Dalam artikelnya, Kenapa saya masuk balik Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menulis, “Saya percaya dia (Najib) tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai Menteri atau anggota kerajaan."

Tindakan Najib itu seolah-olah mencabar Dr Mahathir, mengekalkan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri juga membuktikan Najib enggan berubah ke arah lebih baik kerana Kementerian Dalam Negeri di mana Hishamuddin bekas Menterinya dahulu adalah antara yang paling banyak dilaporkan mengalami ketirisan dalam laporan Ketua Audit Negara.

Tambah menghodohkan “Kabinet berimbang” Najib ialah tiga pemimpin Umno yang terpalit dengan dakwaan rasuah masih dikekalkan.

Dato' Seri Jamil Khir (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) menggunakan wang zakat MAIWP sebanyak RM63,650 untuk khidmat peguam sebagai Menteri Agama; Dato’ Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) memberi RM1.5 juta tunai, banglo RM2.9 juta, dan kereta Porsche kepada artis, Zahida Rafik; dan Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan) menerima kereta Hummer bernilai RM500,000 dan RM3 juta daripada tauke balak, Michael Chia.

Melantik Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor sebagai Menteri Wilayah Persekutuan; Dato’ Seri Idris Jusoh (Menteri II Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi), Dato’ Seri Shahidan Kassim (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) juga menimbulkan persoalan mengenai transformasi yang dibawa Najib.

Shahidan pernah ditolak istana Perlis selepas PRU12 agar dilantik sebagai Menteri Besar negeri itu.

Pelantikan Hishammuddin sebagai Menteri Pertahanan, dan pemangku Menteri Pengangkutan; Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Pengerusi Persatuan Sekolah Mubaligh Kristian, Dato’ Mary Yap Kai Ching (Timbalan I Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi) turut menjengkelkan.

Dengan usaha Pakatan sedang menyiasat 27 kerusi Parlimen yang dimenangi BN dalam PRU13 yang diragui serta kebangkitan rakyat, terutama pengundi muda dan pengundi bandar, mungkinkah hayat kabinet Najib itu akan pendek umur?

Kerusi-kerusi itu ialah Bentong, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Sungai Besar, Sabak Bernam, Pasir Gudang, Labis, Tebrau, Pulai, Muar, Segamat, Ledang, Machang, Ketereh, Titiwangsa, Setiawangsa, Balik Pulau, Kulim Bandar Baharu, Kuala Kangsar, Bagan Serai, Pendang, Merbok, Kota Marudu, Beaufort, Pensiangan, Saratok, dan Baram.

Menurut Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli yang mengetuai jawatan kuasa penyiasat itu, pihaknya telah menerima 237 aduan mengenai pelbagai “kekotoran” dalam PRU13 daripada pelbagai pihak.

Tindakan Umno menggunakan perkauman amat tidak wajar dan perlu dicela. Sepatutnya setelah menang, Najib sebagai Presiden Umno tersenyum lebar, tetapi kelihatan makin terseksa. Paling ketara, beliau gagal markah lulus “mengembalikan dua pertiga” majoriti BN, malah merosot dari 140 kerusi Parlimen kepada 133. Itu pun dengan bantuan Sabah dan Sarawak yang belum terkena tsunami Semenanjung. Najib juga malu besar apabila gagal “menawan Selangor”.

Sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan menyerang Pakatan habis-habisan, Najib tetap kecundang. Sebaliknya, Pakatan semakin kuat dan menguasai dua pertiga majoriti Dun Selangor.

BN menang kerana sistem British yang berasaskan “pertama melepasi tiang” (first pass the post). Jika dengan sistem “perwakilan berkadar” (proportional representation), BN pasti tersungkur! Yang paling malang bagi Najib sekarang ialah rakyat tahu “BN menang dengan pelbagai penipuan”.

Aduan mengenai perbuatan merasuah pengundi dengan bayaran RM300 ke RM1,000 satu undi sedang dikumpulkan. Petisyen akan dikemukakan sebaik sahaja pewartaan keputusan PRU13 dibuat. Jika mahkamah masih berwibawa, kerajaan minoriti BN diramalkan akan tumbang dalam masa enam bulan pertama! WARTAUTARA.COM
 
Sumber Berita Dari Blog Kerengga

Khir Toya perli Najib kata dia dijadikan 'kambing hitam'

Khir Toyo dakwa dirinya 'dikambinghitam'

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Mohd Toyo berkata beliau dijadikan contoh untuk membuktikan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat bersih.

Dalam tulisan di blognya hari ini, Khir - yang dikekalkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Rayuan semalam - berkata beliau sudah "putus harapan" dan pesimis sekalipun merancang untuk merayu kesnya di Mahkamah Persekutuan.

"Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya," tulis Khir dalam blognya.

Semalam Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan bersalah terhadap Dr Mohd Khir bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam.

"Semalam, peguam saya, Datuk Seri Shafee Abdullah bangun mengemukakan pertanyaan kepada tiga orang panel hakim hari ini, 'Apakah benchmark atau tanda aras untuk menyatakan pembelian ini merupakan satu pembalasan yang tidak mencukupi.'

"Pertanyaaan ini bukan sahaja tidak dijawab oleh Hakim Mahkamah Tinggi tetapi juga oleh tiga panel hakim Mahkamah Rayuan. Ini bermakna saya tidak mungkin mendapat sebarang perbicaraan yang munasabah pada akal logik," katanya.

Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

Media baru gugat negara atau gugat BN?

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan mahu mengkaji undang-undang terhadap 'penyalahgunaan' media sosial yang boleh menggugat keharmonian negara menimbulkan persoalan.

Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berpendapat, kerajaan sememangnya boleh sahaja bertindak menggunakan undang-undang yang sedia ada seperti beberapa pendakwaan yang telah dibuat terhadap beberapa individu sebelum ini.

"Benarkah keharmonian negara tergugat? Atau kedudukan BN yang tidak selamat."

"Apakah salah media baru yang menjadi kuasa pengimbang kepada media perdana yang sarat dengan fitnah dan penipuan," soal Idris.

Menurutnya, laporan kajian oleh beberapa pihak mendapati bahawa BN tewas dalam kempennya di media sosial dan internet biarpun menguasai media arus perdana secara total.

Faktor ini juga telah menyebabkan berlaku perubahan politik yang sangat ketara di bandar dan pinggir bandar khususnya melibatkan pengundi muda.

Ianya turut diakui sendiri oleh Ahli Parlimen Umno dari Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed di satu forum pasca-PRU anjuran Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di ibu negara.

"BN hanya boleh dapat sokongan dengan generasi yang tinggal gusi, manakala Generasi 3G, telah menolak BN. Generasi 3G  inilah yang paling ditakuti oleh BN."

"Persolannya sampai bila BN hanya boleh bersandar dengan golongan yang fakir maklumat. Maklumat bergerak dengan pantas, BN masih mengguna tektik zaman batu, politik ugut, politik samseng, fitnah, tipu, putar belit masih dijadikan menu utama BN untuk mempengaruhi pengundi," soal Idris lagi.

Katanya, janganlah apabila tidak bermaya untuk melawan hujah, maka ada cadangan pula untuk menyekat maklumat kepada rakyat.

Hakikat yang berlaku ujarnya, undang-undang ini jika digubal hanya dikuatkuasa kepada pembangkang.

"Perkara ini sudah terbukti bloger pro BN dan media BN yang menyimbah petrol permusuhan tidak diapa-apakan walaupun menpunyai unsur hasutan.

"Mereka hanya menerkam seperti singa lapar jika yang diungkap itu daripada pemimpin Pakatan Rakyat," katanya.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Hartawan di sebalik tabir membantu Barisan Nasional semasa kempen PRU telah melarikan diri selepas BN Pulau Pinang tewas.

Kongsi gelap tidak dapat baki ganjaran berikrar akan mencungkil hartawan berkenaan..
.. 

Pulau Pinang - Seorang hartawan di sebalik tabir yang membantu Barisan Nasional semasa kempen PRU telah melarikan diri selepas BN Pulau Pinang tewas, Menyebabkan kumpulan sindiket perjudian dan kumpulan kungsi gelap yang menjalankan kegiatan menerima wang pertaruhan dan mengikat bendera tidak dapat baki ganjaran yang sepatut mereka terima, ini menyebabkan kumpulan berkenaan mula melaksanakan pencarian dan berikrar akan mencungkil hartawan berkenaan. 

Selepas Najib mengistiharkan pembubaran Parlimen bulan Mac yang lalu, Pulau Pinang telah muncul satu kumpulan kewangan yang “membantu secara rahsia” untuk merampas kuasa pemerintahan Pulau Pinang, Menurut pemberi maklumat,... hartawan berkenaan telah menghubungkan kumpulan kewangan berkenaan dengan kumpulan-kumpulan sindiket perjudian dan ketua-ketua kongsi gelap.

Menurut pemberi maklumat,... hartawan berkenaan pada masa itu meminta kumpulan sindiket perjudian meningkatkan kadar kemenangan pertaruhan sebanyak 18 hingga 20 kali ganda, Ini membolehkan mereka menggunakan taktik “kalah duit pertaruhan” untuk meningkatkan perluang kemenangan BN di Pulau Pinang, Pada masa yang sama kumpulan berkenaan “membiayai” ahli kongsi gelap untuk mengikat bendera 1 Malaysia di setiap jalan.

Menurut maklumat yang diberikan..., hartawan berkenaan menyatakan bahawa kumpulan kewangan tersebut bersetuju membayar separuh ganjaran terlebih dahulu dan baki akan dibayar selepas PRU kepada kumpulan-kumpulan sindiket perjudian dan geng-geng kongsi gelap, Memandangkan ganjaran yang ditawarkan agak menarik..., apatah lagi separuh ganjaran akan dibayar terlebih dahulu, Maka ketua kumpulan dan geng-geng berkenaan menerima syarat-syarat yang dikemukakan oleh hartawan berkenaan .

Namun pada hari mengundi..., kemenangan memihak kepada calon Pakatan Rakyat, Kumpulan kewangan berkenaan telah memungkiri janji..., tidak mahu memberi baki ganjaran kepada hartawan tersebut untuk diagihkan kepada kumpulan-kumpulan sindiket perjudian dan kongsi gelap, Hartawan berkenaan khuatir akan tindakan yang akan diambil oleh kumpulan sindiket perjudian dan kongsi gelap terhadap dia sendiri, Maka hartawan berkenaan telah melarikan diri keluar dari Pulau Pinang sebelum keputusan diumumkan.

Menurut maklumat..., kini kumpulan sindiket perjudian dan kongsi gelap tengah mengesan hartawan berkenaan, tetapi sehingga kini mereka masih tidak dapat mengesan hartawan berkenaan.


Sumber Berita Dari Blog Kerengga

Mohamad Sabu beri 8 punca kekalahan PAS

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.

Sebab-sebab itu adalah:

1. Media yang tidak adil.

2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.

3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.

4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.

5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.

6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.

7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).

8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

Dua MP Sabah Kecam Tindakan Halang Nurul Masuk Sabah?

Bung Mokhtar, Ahli Parlimen Kinabatangan dan Darell Leiking, Ahli Parlimen Penampang

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden menyifatkan tindakan menghalang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dari memasuki Sabah merupakan satu kesilapan dan malapetaka.
Menerusi akaun twitternya, Bung Mokhtar berkata beliau tidak faham kenapa Nurul Izzah tidak dibenarkan memasuki Sabah.


Bung Mokhtar juga menyifatkan tindakan menghalang Nurul Izah dari memasuki Sabah itu merupakan satu kesilapan besar yang perlu diperbetulkan.

Menjawab satu soalan apakah yang akan beliau lakukan jika menjawat jawatan Ketua Menteri dalam kes seperti yang dialami Nurul Izzah, Bung Mokhtar hanya menjawab, malangnya beliau tidak memegang jawatan tersebut.
Nurul Izzah ditahan oleh Jabatan Imigresen Sabah dan diarahkan pulang. Beliau dimaklumkan arahan tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ke Sabah untuk bersama rakyat Sabah menyambut Pesta Keamatan. -astrowani


Sumber Berita Dari Blog Zakri Ali

Belum sebulan perintah Kedah....

ZULKIFLI YAHAYA
Semua Adun Kedah menerima surat rasmi berhubung Majlis Angkat Sumpah Adun dan persidangan pertama Dun untuk penggal baru yang dijadualkan pada 3 Jun 2013. Sejurus selepas itu mereka menerima pula panggilan telefon dan SMS dari pihak sekretariat Dun Kedah berhubung pembatalan majlis angkat sumpah tersebut.

Maklumat terbaru, tarikh tersebut ditunda ke 23 Jun 2013. Setelah disiasat punca penundaan tarikh tersebut ialah kerana Menteri Besar, Dato' Mukhriz Mahathir pergi bercuti ke London. Aduh, ada juga kerajaan begini rupanya.

Beberapa hari selepas dilantik jadi Exco Pengangkutan, Dato' Tajul Urus Md Zain mengumumkan kesediaan untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri ini. Kononnya, supaya para pemandu mematuhi peraturan jalanraya. Berbulan-bulan sebelum PRU13 rakyat bangun menentang AES dengan segala fakta dan hujah. Alih-alih baru dua minggu jadi Exco, sudah menunjuk kuasa.

Mengulas kenyataan Exco berkenaan, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ziki Abdul Rahman berkata AES masih belum boleh dilaksanakan di negeri ini. Pihaknya tidak dapat membuat sebarang keputusan kerana belum mendapat arahan dari pihak kementerian. Ibarat 'lembu dogiang' baru dapat kuasa di negeri, sudah lebih laju dari Pusat.

Exco Kerajaan Tempatan, Badrul Hisham Hashim pula mengumumkan kesediaan mengkaji untuk mengembalikan kuota perumahan 30 peratus untuk Bumiputera bagi Tanah Simpanan Melayu yang ditukarganti (swapping).

Kenyataan yang dibuat selepas dilantik jadi Exco itu sangat mengejutkan oleh sebuah kerajaan Umno kononnya sangat kuat Melayunya. Di saat sekutu parti rasis itu berkempen memboikot perniagaan orang Cina, Umno Kedah korbankan hak Melayunya.

Di masa Pakatan Rakyat, Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak mengubah polisi asal pemilikan minimum Bumiputera 30 peratus kepada 50 peratus. Tujuannya untuk mempastikan pemilikan Bumiputera terhadap tanah yang asalnya milik Melayu khususnya di kawasan bandar tidak berpindah milik dengan mudah.

Polisi itu mendapat tentangan keras dari Gerakan dan MCA sepanjang penggal. Ia dijadikan isu utama oleh kedua-dua parti rasis itu untuk menghasut orang Cina menolak PAS.

Dalam meredakan kemarahan masyarakat Cina yang termakan hasutan rasis Gerakan dan MCA itu, Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi yang memegang potfolio kerajaan tempatan pada masa itu menjelaskan bahawa tanah Simpanan Melayu yang di"swapping" cuma sekitar 15 peratus dari tanah perumahan yang akan dimajukan.

Kira-kira 70 peratus lagi adalah berstatus milikan bebas (free hold) di mana kuota untuk Bumiputera hanya 30 peratus, bermakna bukan Bumiputera boleh membeli sehingga 70 peratus.

Memandangkan bukan Bumiputera hanya merupakan 22.6 peratus dari penduduk Kedah, dari jumlah itu Cina adalah 14 peratus; maka mereka tiada masalah langsung untuk membeli rumah di negeri ini, kerana peluang untuk mereka memiliki rumah sangatlah besar.

Timbul pula persoalan pada masa itu mengapa kuota Melayu untuk tanah Simpanan Melayu yang ditukarganti itu sehingga 50 peratus sedangkan di zaman BN dulu cuma 30 peratus?
 
Jawapan yang diberi kerajaan negeri ialah, kerana tanah yang ditukarganti itu dibuat berdasarkan keluasan semata-mata, bukannya berdasarkan nilai tanah.

Maksudnya begini: Apabila pemaju mahu menukar status tanah Simpanan Melayu di pinggir Bandaraya Alor Setar (contohnya) untuk dijadikan free hold, pemaju perlu mencari tanah ganti dengan keluasan yang sama. Pasti pemaju akan mencari tanah yang nilainya lebih murah untuk "swapping", asalkan keluasannya sama.

Maka berlaku susutan nilai terhadap tanah Simpanan Melayu. Jadi adillah, jika susutan nilai itu ditampung oleh kenaikan lagi 20 peratus dalam kuota pemilikan rumah bagi tanah Simpanan Melayu yang di"swapping".

Isu kuota perumahan 50-50 ini bukan isu besar bagi bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina. Orang Cina tiada masalah untuk beli rumah di Kedah. Belilah seberapa banyak pun asalkan ada duit.

Phahrolrazi adalah orang yang bertanggungjawab menggubal polisi kuota perumahan 50-50 tersebut. Beliau bertanding di Dun Pengkalan Kundor yang mengandungi 22.82 peratus pengundi Cina. Phahrolrazi menang dengan majoriti lebih besar daripada PRU12, membuktikan bahawa umumnya orang Cina langsung tidak termakan isu rasis yang dimainkan Gerakan dan MCA.
 
Tiba-tiba kerajaan Umno Kedah menjadi tikus kepada parti Gerakan dan MCA. Malang nasib Melayu Kedah. Baru mula pegang kerajaan tidak sampai sebulan, kerajaan Umno Kedah sudah tempang.

Sumber Berita Dari Blog Kerengga

Merajuk: Soi Lek dicadang niaga keranda

KUALA LUMPUR: MCA tidak lagi layak mewakili kaum Cina dan lebih baik tutup kedai sahaja apabila berkeras dengan sifat merajuknya setelah kalah di dalam pilihan raya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Tidak henti-henti kita terjumpa berita MCA merajuk kerana kalah pilihan raya," katanya.

Terbaru, katanya, ialah berita 17 anggota MCA Bahagian Gelang Patah meletakkan jawatan dalam agensi pentadbiran kerajaan, berkuatkuasa serta-merta kononnya kerana menghormati resolusi parti mereka yang menetapkan tiada wakil parti itu dalam kerajaan berikutan prestasi buruk pada pilihan raya umum baru-baru ini.

"Kalau begitu, Presiden MCA elok ajak anak buahnya terokai perniagaan jual keranda kalau tak mahu terlibat lagi dengan politik dan pentadbiran," kata Salahuddin Ayub.

Beliau juga menyifatkan parti itu berperangai seperti budak-budak yang merajuk dan mengugut apabila kalah bertanding.

"Kita faham tindakan MCA itu ialah untuk menempelak pengundi-pengundi Cina dan seperti mengherdik mereka bahawa mereka kini tidak ada lagi wakil dalam kerajaan minoriti Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini kerana keengganan mereka mengundi BN," katanya.

Meskipun demikian, beliau percaya masyarakat Cina tidak akan melayan ugutan sedemikian kerana mereka sudah terlalu jelik terhadap BN.

"BN sudah menjadi jenama yang ditolak hampir seluruh masyarakat Cina kecuali beberapa kerat yang ada kepentingan."

"Apabila jenama tersebut amat buruk di mata dan hati mereka, mereka tidak peduli lagi malah tidak akan melayan sama sekali apa jua taktik merajuk dan mengugut yang dicuba oleh MCA atau Gerakan," kata Salahuddin (gambar).

Beliau menyifatkan taktik merajuk yang dilakukan oleh MCA itu masih lagi dalam lingkungan permainan politik perkauman.

Ketika parti-parti di dalam BN terus bermain politik perkauman, Salahuddin yakin, majoriti masyarakat Cina dan semakin ramai rakyat yang lain sudah mula merasai bahawa Pakatan Rakyat kian menjadi wadah perpaduan yang ikhlas dan tulen.

"Pakatan sebagai wadah perpaduan rakyat bukan hanya cakap kosong tak berasas tetapi semakin dirasai sendiri oleh rakyat terutama mereka yang menghadiri perhimpunan-perhimpunan yang kita anjurkan.

"Bagi mereka yang menghadiri perhimpunan-perhimpunan itu, Pakatan kian terbukti dan benar-benar dirasai sebagai wadah perpaduan yang ikhlas dan tulen bagi semua rakyat negara ini," kata beliau.

Beliau juga yakin, hakikat bahawa Pakatan adalah wadah perpaduan mereka yang ikhlas dan tulen akan semakin sebati dalam pemikiran rakyat.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

ISU DAKWAT KEKAL YANG TIDAK KEKAL....!!! AHLI PARLIMEN KAPAR YB MANIVANAN GOWIN TAMPIL MEMBUAT LAPORAN POLIS DI BALAI POLIS KLANG UTARA....!!!


Lokasi: Balai Polis Daerah Klang Utara
Waktu:  2.20 petang

Ahli Parlimen Kapar YB G. Manivanam pun dah menjalankan tanggung jawab sebagai warga negara yang patuh dan hormat kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara. mengenai dakwat kekal yang tidak kekal dan mudah tertanggal.

Beliau merasakan rakyat di negara ini telah tertipu dengan janji Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)  Malaysia bahawasanya, dakwat kekal yang diguna pakai pada PRU 13 akan kekal paling kurang 1 minggu bersamaan 1 hari sedangkan hakikatnya boleh hilang pada hari yang sama.


Pihak Pakatan Rakyat akan membawa salinan-salinan ini untuk dibawa ke Mahkamah bagi mencabar SPR.

Ahli Parlimen Kapar sudah membuat laporan, anda bila lagi?? 

TIPU PILIHANRAYA RAKYAT TURUN KE JALAN RAYA!!!!!

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau 

CAP desak Malaysia tarik diri daripada TPPA

KUALA LUMPUR: Apabila teks Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPPA) dirahsiakan dan kita telah melihat kesan buruk FTA seperti di negara-negara lain, adakah kita harus berdiam diri dan percaya kerajaan?
Demikian pertanyaan yang dilontarkan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan.

“Jika FTA ini akan menjadi begitu bermanfaat untuk rakyat, mengapa kerajaan Malaysia tidak membentangkan teks perjanjian yang sedang dirundingkan untuk diteliti oleh masyarakat awam?"

“Mengapa bersembunyi di sebalik klausa kerahsiaan?” tanya beliau lagi.

Menrutnya, jaminan oleh Kerajaan atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri tidak mencukupi.

Berikut kenyataan penuh beliau:

“Percayalah kerajaan, kami tahu apa yang terbaik untuk anda.” Kenyataan ini adalah semata-mata kesombongan di pihak kerajaan dan kami bimbang bahawa kehidupan dan mata pencarian rakyat serta generasi masa depan akan terjejas jika rakyat tidak berhati-hati dalam apa yang Kerajaan menandatangani bagi pihak rakyat.

Apabila teks Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan begitu juga Perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPPA) adalah dirahsiakan dan kita telah melihat kesan buruk FTA seperti di negara-negara lain, adakah kita harus berdiam diri dan percaya kerajaan?

Jika FTA ini akan menjadi begitu bermanfaat untuk rakyat, mengapa kerajaan Malaysia tidak membentangkan teks perjanjian yang sedang dirundingkan untuk diteliti oleh masyarakat awam? Mengapa bersembunyi di sebalik klausa kerahsiaan?

Jaminan oleh Kerajaan atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri tidak mencukupi. Adakah Kerajaan takut perdebatan awam? Jika benar-benar ada pasaran bebas dan kerajaan telus, kita seharusnya dapat melihat draf perjanjian.

CAP telah menimbulkan kebimbangan kami dalam banyak isu yang berkaitan dengan bab-bab yang dirundingkan dalam TPPA. Sebagai contoh, kami bimbang bahawa negara TPPA seperti Malaysia didesak untuk bersetuju dengan peruntukan paten yang akan menyebabkan kelewatan kemasukan ubat-ubatan generik dengan harga berpatutan dalam pasaran Malaysia, di mana ubat generik disyorkan ahli farmasi membentuk 84.7% daripada preskripsi. Jika peruntukan ini dipersetujui, rakyat Malaysia akan terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk ubat-ubatan untuk jangka masa yang lebih lama.

Sesetengah pihak menegaskan bahawa rakyat Malaysia boleh menghadapi kenaikan harga sebanyak 60% -80% untuk ubat-ubatan tertentu, manakala pihak berkuasa yang lain menegaskan bahawa ubat-ubatan berpaten boleh menjadi 1,044% lebih mahal daripada ubat-ubat generik yang seiras. Versi ubat-ubatan berpaten untuk merawat HIV/Aids, sebagai contoh, kosnya USD15,000 bagi setiap pesakit setiap tahun, manakala versi generik kosnya hanya USD67 bagi setiap pesakit setahun.

Satu lagi isu yang menjadi kebimbangan adalah mekanisme penyelesaian pertikaian pelabur-negeri (investor-state dispute settlement - ISDS). ISDS menjadi sumber kontroversi yang semakin meningkat di seluruh dunia kerana ia membolehkan pelabur-pelabur asing untuk mencabar tindakan oleh kerajaan tuan rumah, walaupun tindakan itu dilakukan demi kepentingan awam, contohnya kerana kesan kepada kesihatan atau alam sekitar - di premis bahawa tindakan telah atau akan menjejaskan pelaburan atau keuntungan mereka.

Adakah ini akan membawa kepada eksploitasi tidak beretika sumber asli kita dan apakah kesan kepada kesihatan awam akibat pencemaran dan kemerosotan alam sekitar? Tetapi sehingga sekarang kerajaan Malaysia masih tidak memaklumkan bagaimana kebimbangan kami akan ditangani dalam rundingan atau melalui teks perjanjian. Kebimbangan dan persoalan kami masih kekal tidak terjawab.

Perjanjian Perdagangan Bebas adalah satu bentuk penjajahan-semula. "Globalisasi ekonomi adalah satu jenis penjajahan korporat yang baru ke atas negara-negara miskin dan golongan miskin di negara-negara yang kaya," kata Vandana Shiva, seorang aktivis alam sekitar dari India. "Kini kita sedang diminta untuk percaya bahawa proses pembangunan yang telah memiskinkan orang dan memusnahkan planet, akan membawa kepada hasil yang berbeza dan sangat bermanfaat, jika hanya ianya boleh dipercepatkan dan diterimapakai di mana-mana secara bebas, tanpa sekatan: iaitu, apabila ianya diglobalisasikan ".

Kami bimbang bahawa perubahan dan pembaharuan yang didorong oleh penyokong TPPA  akan mempunyai implikasi yang besar bagi rakyat Malaysia secara keseluruhan. Ia akan menjadi satu kesilapan untuk menandatangani suatu perjanjian terikat, yang hanya boleh dimungkiri pada kos yang tinggi dengan samanan di peringkat dan undang-undang antarabangsa, penyelesaian dan rundingan lanjut. Ia tidak terlalu lewat bagi Malaysia untuk menarik diri daripada TPPA.

Kami mendesak Kerajaan Malaysia untuk melakukan perkara yang betul – tarik diri daripada TPP.

Nota: Perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPPA) adalah suatu perjanjian multilateral yang sedang  dirundingkan olah 12 buah Negara iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunai, Chile, Japan, Kanada, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. Untuk maklumat lanjut mengenai impak TPPA dan FTA sila rujuk www.ftamalaysia.org

Sumber Berita Dari Harakahdaily

INILAH TWEET NURUL IZZAH DI HALANG MASUK KESABAH UNTUK HADIRI PESTA KEAMATAN....!!!


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar ditahan  dan dihalang dari memasuki Sabah oleh pihak Imigresen negeri tersebut.
Menerusi akaun twitternya, Nurul Izzah memaklumkan diarahkan pulang oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah.
Ketika dihubungi, Nurul Izzah memaklumkan beliau cuba mendapatkan penjelasan tetapi pihak Imigresen memaklumkan ia adalah rahsia.
"Saya cuba bertanya siapa lagi yang dihalang memasuki Sabah tetapi mereka (Imigresen) memaklumkan perkara tersebut adalah rahsia dan ini arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah."
"Kejadian ini merupakan pertama kali dalam sejarah hidup saya," katanya yang dijangka akan dihantar pulang dengan penerbangan malam ini."
Beliau memaklumkan ke Sabah untuk menghadiri Pesta Keamatan yang akan dirayakan tidak lama lagi.
Difahamkan ini merupakan lawatan pertama Ahli Parlimen Lembah Pantai itu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Pada PRU-13, Nurul Izzah berjaya mempertahankan kersui Parlimen Lembah Pantai setelah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Bila Muhyiddin kritikal, Zam dan Daim serang Najib

KUALA LUMPUR: Setelah terkena patukan kalajengking Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mendapat nafas baru apabila bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin melancarkan serangan pada bosnya Datuk Seri Najib Razak.

Sumber Umno memaklumkan kepada Harakahdaily bahawa Muhyiddin sememangnya sudah terasa diri tidak selamat sebagai Timbalan Presiden Umno ekoran tikaman Mahathir baru-baru ini yang menyatakan Najib bakal terselamat kerana tiada alternatif di dalam Umno yang boleh menggantikannya.

“Muhyiddin kini terasa Najib sudah mendapat Mahathir di tangannya selepas anaknya Mukhriz dilantik menjadi Menteri Besar Kedah. Dan beliau dibiarkan terkapai-kapai. Jika dibandingkan dengan waktu Tun Abdullah Badawi, apa yang Mahathir kata kat Najib umpama mencubit pipi sahaja,” kata sumber Umno itu.

Beliau berkata ada yang memujuk Muhyiddin untuk melupakan hasrat mencabar Najib dan menjadi pembantu yang setia.

“Tapi selepas melihat keputusan meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Muhyiddin, beliau terasa langkah membunuh kareer politiknya telah bermula,” terang sumber Umno lagi.

Harakahdaily bertanya mengapa, sedangkan mendapat amanah menjaga SPR itu dikira satu penghormatan.

“Sekarang rakyat paling marah kat SPR. SPR umpama batu mendidih tetiba dibuang ke tapak tangan Muhyiddin. Sudah tentu melecur tangan Muhyiddin nanti,” terang beliau.

Semalam, melalui blognya, Zainuddin menyerang Najib dan pakar strategisnya atas kempen ‘I love PM’. Beliau melabelkan Najib sebagai seorang imitator (peniru).

Daim pula menyalahkan Najib kerana terlalu mengharapkan populariti peribadinya bagi membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua per tiga kerusi Parlimen yang hilang pada tahun 2008.

"Ini adalah pilihanraya Parlimen, bukan pilihanraya Presiden. Penasihat PM harus dipecat. Jika anda kaitkan undi BN sebagai undi untuk Najib, maka keputusan BN yang lemah juga akan memberi kesan kepadanya."

"Memilih kerajaan adalah perkara yang serius, jadi tinggalkan penasihat badut ini dan jangan ikut permainannya," kata Daim.

Sumber Umno berkata serangan Zainuddin dan Daim adalah pelega buat Muhyiddin selepas racun Mahathir.

“Perkasa dah menyerang idea menukar BN kepada parti 1Malaysia sehingga melabelkan sesiapa yang membuang Umno sebagai pengkhianat."

"Jika BN berjaya ditukar ke parti 1Malaysia, iaitu slogan Najib, maksudnya hasrat Muhyiddin menjadi Perdana Menteri akan mati tidak berkubur."

"Muhyiddin akan melawan idea ini habis-habisan. Cadangan idea parti 1Malaysia hanya untuk mengukuhkan Najib seorang saja, Muhyiddin akan terkorban. Muhyiddin tak pernah tunjuk beliau pernah sokong 1Malaysia dengan ikhlas,” kata sumber Umno.

Tambahnya, perang dah mula.

"Pasukan Muhyiddin sedang mendesak supaya diawalkan pemilihan Umno ke Ogos supaya Najib tidak dapat menyediakan pertahanannya."

"Selepas ini, akan timbul serangan pada Rosmah yang dilihat seperti Ketua Umum Umno yang tidak berjawatan tapi berkuasa penuh."

"Jangan hairan jika Deepak muncul lagi sebelum Perhimpunan Agong Umno dengan senapang yang baru,” kata beliau sambil tergelak.

Sumber Berita Dari Harakahdaily

SPR Bukan Parti Politik, Wan Ahmad Pun Bukan YB

Bekas Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim membidas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Omar yang mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim memboikot Parlimen jika benar-benar yakin berlaku penipuan dalam pilihanraya umum 5 Mei lalu.

Beliau berkata, kenyataan itu adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya datang dari seorang Timbalan Pengerusi SPR.

“SPR bukan parti politik dan Wan Ahmad tidak sepatutnya bertindak seolah beliau seorang wakil rakyat."

“(Dan) SPR sepatutnya bertindak secara berkecuali dan profesional dengan menangani segala kritikan dan dakwaan dari mana-mana pihak sekalipun secara berhemah dan mengikut prosedur undang-undang."

“Mereka sepatutnya mampu mengawal diri dalam apa jua keadaan dan tidak melenting seperti cacing kepanasan apabila dikritik keras,” kata Mat Zain dalam suratnya kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.

Salinannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun.

Ahli SPR dilantik khas oleh Yang di-Pertuan Agong

Setiap ahli SPR dilantik khas oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 114 Perlembagaan untuk mengendalikan pilihanraya Persekutuan atau Negeri dengan bersih dan adil mengikut prosedur undang-undang.

Menurut Mat Zain, sekiranya benar pihak SPR sebuah badan berkecuali dan profesional, mereka sepatutnya boleh membuat siasatan sendiri bagi mengesahkan sama ada benar atau tidak, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Ke-6 pada 3.April 2009.

Katanya, ini kerana sumpah itu dengan tidak mengikut Jadual Keenam Perlembagaan seperti yang didakwa.

“SPR hanya perlu menonton semula rakaman upacara mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri oleh Najib di-hadapan Yang di-Pertuan Agong Ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 3 April 2009, serta membandingkan apa yang dilafazkannya dalam upacara tersebut, dengan perkataan sumpah yang wajib beliau angkat sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual Keenam Perlembagaan."

“Verifikasi ini boleh diselesaikan dalam tempoh tidak sampai 5 minit pun. Malahan orang ramai juga boleh membuat semakan sendiri dengan menggunakan kaedah yang sama,” kata Mat Zain lagi.

Beliau juga menyarankan SPR mendapatkan kerjasama Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru Datuk Seri Ahmad Shabbery Cheek untuk menyiarkan acara angkat sumpah Perdana Menteri pada 3.April 2009 itu.

`Filem Tanda Putera’

Ini supaya lebih ramai rakyat yang tidak mempunyai ekses kepada internet, peluang untuk membuat verifikasi yang sama serta sekaligus, dapat memahami isu yang dibangkitkan ini.

“Jika Menteri Penerangan telah menunjukkan keghairahannya untuk filem Tanda Putera ditayangkan kepada umum, maka saya yakin beliau tidak keberatan menayangkan rakaman majlis angkat sumpah yang ringkas itu,” katanya lagi.

Beliau menambah, rakyat boleh membuat penilaian samada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri-nya memang sentiasa menghormati dan mematuhi peraturan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti yang mereka sering laungkan, atau ianya sekadar retorik.

Katanya, beliau yakin rakyat akan lebih menyanjung Menteri Penerangan yang baru ini, jika beliau dapat menyiarkan proses perlantikan Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di kalangan Ahli Dewan Negara yang belum dilantik sebagai Senator seperti kekalutan yang berlaku baru-baru ini, sebagai penambahan ilmu kepada rakyat.

Menurutnya, penerangan seperti inilah yang akan dialu-alukan oleh segenap lapisan rakyat khasnya masyarakat luar Bandar dimana mereka boleh menilai sama ada Menteri dan Timbalan Menteri mereka itu jujur ataupun mereka sekadar kaki temberang sahaja.

Mat Zain berkata, persoalan undang-undang melibatkan Perlembagaan hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan sepertimana yang dinyatakan dalam Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, (Akta 91.

Harap SPR nyatakan pendirian

Untuk itu beliau berharap SPR dapat menyatakan pendirian mereka secara terbuka sama ada mereka bersedia merujukkan perkara dalam persoalan ini kepada badan tersebut atau sebaliknya.

Dalam isu berkaitan, bekas pegawai kanan polis itu mengulas mengenai dua menteri dan tiga timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong tetapi belum dilantik sebagai Senator.

Kata Mat Zain ia perbuatan yang sangat biadap terhadap Yang Di Pertuan Agong kerana telah meletakkan susunan keutamaan Baginda, di-belakang kedudukan Yang Di-Pertua Dewan Negara.

Sekiranya perbuatan ini bukan suatu pengkhianatan dan penghinaan serta mencemarkan kedaulatan Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja, Mat Zain berkata, Najib wajar menjelaskan kepada rakyat apakah maksud tindakan beliau.

Perdana Menteri, tambahnya juga wajar menjelaskan kepada rakyat sama ada dua orang Menteri dan tiga orang Timbalan Menteri tersebut layak melaksanakan fungsi jawatan masing-masing setelah peruntukan Perlembagaan Persekutuan ditunggang-langgangkan. Jika di kalangan sejumlah 61 orang Menteri dan Timbalan Menteri yang ada sekarang ini, terdapat lima orang atau lebih 8% daripada jumlah itu adalah “ahli haram”, maka keseluruhan Kabinet itu juga terpalit menjadi haram.

Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga, kata Mat Zain. -FMT
 
Sumber Berita Dari Blog Greenboc