UMNO Bhg Tg. Malim Bergolak, BN bakal kecundang

Dato' Mohd. Khusairi Mohd Talib 

UMNO Bhg Tg. Malim Bergolak.
Ini bukan khabar angin, atau khabar pokok yang digoyangkan. Tapi ianyanya memang benar, benar dan benar belaka. 
Siapa yang tidak kenal dengan Dato Mohd Khusairi Talib. Beliau pernah menjadi pendokong kuat parti PBS pimpinan Datuk Pairin Kitingan sewaktu bertugas di Sabah. Dato Khusairi juga merupakan penulis buku " PBS Keluar (BN) Membela Maruah".
Kini Datuk Khusairi menjadi calun DUN N58 Slim untuk penggal ke tiga. Biasanya, ia merupakan penggal yang terakhir menjadi wakil rakyat. Dan ini merupakan penggal untuk mengumpul apa yang patut untuk diri sendiri. Sedangkan sebelum ini pun Dato' Khusairi tidak begitu memperdulikan kawasasannya kerana menyangka beliau tidak akan terpilih untuk kali ketiga.
 
Ditambah lagi dengan juak-juak di keliling yang merosakkan reputasi Dato Khusairi.... Menggunakan nama beliau untuk mengugut sesiapa sahaja yang mempunyai masaalah peribadi dengan orang di keliling mereka.
Terdapat terlalu banyak kem UMNO dalam DUN Slim River ini. Yang besarnya ialah Kem Tuan Syed Damiri dan Kem Cikgu Mahadee.
Apa dah jadi ni? 
Tn. Hj. Syed Mohd Damiri 
Kem Tuan Syed Damiri kecewa kerana beliau digugurkan saat-saat akhir untuk menjadi calun DUN Slim. Syed Damiri ini memang calun yang boleh menang kalau bertanding. Beliau seorang yang berhati baik, manis wajah dan juga manis mulut. Kalau beliau bertanding, gang Pakatan Rakyat tiada isu untuk menyerang beliau. Tuan Syed Damiri diakui memang seorang yang bersih.
Gang Pakatan Rakyat pernah berkata bahawa mereka memang putus angin kalau Tuan Syed Damiri yang menjadi calun untuk N58. Beliau tidak memilih warna politik dalam berhubungan dengan masyarakat.
Satu lagi kem yang agak kuat ialah kem Cikgu Mahhadee. Beliau merupakan Ketua Penerangan Perkasa Batang Padang. Asalnya merupakan sekutu rapat Dato' Khusairi namun kecil hati apabila beliau bukan calun sokongan Dato' Khusairi sebagai Ketua UMNO Bahagian Tg. Malim.
Sejak itu Cikgu Mahhadee menjadikan Dato' Khusairi musuh ketat. Menikam Dato' Khusairi secara senyap dari belakang demi kepentingan diri. 
Cikgu Mahhadee memenangi Ketua UMNO Cawangan Felda Besout 4 dengan cara yang kurang bersih. Apabila pemilihan cawangan beliau dipertikaikan, beliau menggunakan beberapa cawangan UMNO dalam Parliment Tg. Malim untuk membuat usul tidak percaya kepada Dato' Khusairi. Namun perbuatan beliau dapat dihidu awal oleh kem Dato' Khusairi.
Sebagai Ketua UMNO Bhg. Tg. Malim, akhirnya Dato' Khusairi cuba berbaik dengan Cikgu Mahhadee. Kesempatan ini telah diambil oleh Cikgu Mahhadee untuk menambahkan kebencian orang ramai, terutamanya ahli UMNO terhadap Dato Khusairi, calon N58 Dun Slim River. Cikgu Mahhadee bersikap telunjuk lurus, kelingkit berkait' , pepat di luar, rencung di dalam'. Apatah lagi apabila nama Cikgu Mahhadee digugurkan dari menjadi calun N58 Dun Slim River.
Maklumat selanjutnya akan menyusul.

No comments:

Post a Comment