TERHOT! SAH BEKAS MENTERI AMAH INI GILA....?!

Niat pembangkang ambil alih pentadbiran negara tidak munasabah

Datuk Seri Dr Rais Yatim

Semenjak digugurkan dari menjadi calon, bekas Menteri Umno makin sasau.... cakap pun semakin merapu, hanya BN yang layak memerintah katanya....

JELEBU - Niat pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran negara ialah sesuatu yang tidak munasabah atau masuk akal, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya ini kerana pembangkang menghadapi beberapa masalah dalaman yang dilihat boleh menggagalkan mereka untuk mencapai apa yang diharapkan selepas pilihan raya umum 5 Mei ini.

"Pertama, mereka berbalah antara satu dengan lain, kedua mereka tidak mengetahui atau menyebut lagi apa yang mereka manifestokan dan ketiga mereka masing-masing cuba menunjukkan sifat 'hero' atau kegagahan dan tidak menonjolkan kesepakatan."

"Jadi, berasas kepada permerhatian ini, saya tidak yakin langsung bahawa sama ada PKR atau Pas mahu pun DAP akan dapat memerintah Negeri Sembilan atau kerajaan persekutuan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rais yang diiringi isterinya Datin Seri Masnah Rais ditemui dalam siri kempen calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali di Bilik Gerakan Dun Sungai Lui, Air Hitam, dekat sini.

Katanya justeru rakyat diingatkan untuk tidak menggadai masa depan dengan membuat perhitungan mengikut nafsu politik semata-mata dan memilih pembangkang pada PRU13 ini.

Rais yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Jelebu dan tidak bertanding pada PRU13 ini berkata kemampuan pembangkang yang kabur selain perancangan mereka yang 'kusut' tidak mampu menandingi apa yang dilaksanakan kerajaan.

"Dalam keadaan sedemikian apa yang telah kita peroleh dalam BN, dirasai oleh rakyat dan kita akan tunjukkan bahawa bukti janji ditepati ini akan menjadi realiti terus menerus," katanya.

Mengulas dakwaan bahawa pembangkang mendapat sokongan dari pihak luar bagi menghadapi PRU ini, Rais berkata jika dakwaan itu benar, ia menunjukkan pembangkang di negara ini amat lemah dan tidak mampu 'berdiri di atas kaki sendiri'.

Dalam hal ini Rais menuntut rakyat agar berfikir secara rasional tentang kesan dan akibat terhadap negara ini jika pembangkang yang disokong pihak luar mengambil alih pentadbiran negara. - Bernama

No comments:

Post a Comment