Senarai Taktik-Taktik Kotor Biasa Di Saat-Saat Akhir

Ada beberapa taktik kotor yang biasa dibuat di saat-saat akhir mengikut pengalaman-pengalaman yang lepas:
1.0 Membeli Polling Agent dan Counting Agent PAkatan Rakyat: Biasanya senarai PACA akan diserah pada SPR. Oleh kerana SPR adalah agen UMNO, senarai PACA PR ini akan sampai ke tangan BN. Seterusnya, BN akan cuba membeli PACA. Kesannya nanti adalah samada PACA itu tidak hadir untuk bertugas ataupun mereka sama-sama membantu menipu.

Bayangkan, pegawai-pegawai SPR cuma harus menukar maklumat di atas Borang 14 dan BN menang. Tak menjadi isu berapa jumlah undi yang telah dibuang sebenarnya. Hanya data di atas Borang 14 sahaja yang akan menentukan siapa menang dan kalah.

2.0 Tukar Beg Undi POS : Biasalah ni. Atas sebab inilah SPR tidak mahu terus mengira undi pos pada hari pengundian awal. Patutnya, selepas mengundi dan undi di masuk dalam beg, undi tersebut harus terus dikira bagi menyenangkan proses. Tapi, SPR mahu ditunggu sehingga lima hari baru hendak dikira undinya.

Tulang Besi tidak tahu berapa banyak kawasan yang mempunyai tenaga yang cukup untuk memerhati beg-beg undi pos ini selama 5 hari berturut-turut.

3.0 Penggunaan pengundi-pengundi hantu secara berleluasa : Benda ni kita hanya boleh menghalang mereka dari mengundi sahaja. Ini juga terpulang kepada kekuatan jentera-jentera pilihanraya yang ada.

4.0 Penyebaran bahan-bahan fitnah secara berleluasa : VCD, risalah dan sebagainya harus dikutip dan ditangkap penyebarnya oleh jentera tempatan. Perkara ni Tulang Besi ada pengalaman sendiri sewaktu berkempen untuk Dato Zainal Abidin Zain di Bagan Serai sewaktu PRU 1990 di mana risalah Tengku Razaleigh dituduh masuk Kristian dan khianat pada agama Islam tersebar.

5.0 Membeli pengundi-pengundi : Jentera kena tangkap orang-orang yang membawa duit ini. Biasanya duit akan di bawa berbeg-beg. Untunglah siapa yang boleh tangkap orang-orang ni sebab dapat makan besar. 
6.0 Mengugut Pengundi: Digunakan gangster dan pihak berkuasa untuk mengugut pengundi-pengundi yang lemah di kampung-kampung dan pinggir-pinggir bandar supaya tidak keluar mengundi terutamanya pengundi India dan Cina. Dari boleh menang jadi kalah....
Banyak lagi tapi 6 ni yang biasa berlaku di saat-saat akhir....

No comments:

Post a Comment