Sebab kenapa Hamidah tidak layak jadi Yang Berhormat....

Hamidah Osman jelas terbukti tidak layak untuk menjadi seorang wakil rakyat. Jauh sekali diberikan penghormatan bergelar sebagai 'Yang Berhormat'.
Gelagat gerombolan samseng yang didalangi Hamidah
Hamidah adalah dalang sebenar di sebalik kekacauan malam tadi di Sungai Rokam. 
Lebih kurang 300 lebih gerombolan samseng yang diupah Hamidah mendesak supaya banner yang dipasang di halaman rumah persendirian berhadapan dewan orang ramai kampung Sungai Rokam itu diturunkan.
Hamidah tidak sanggup berhadapan dengan realiti kenyataan Bekas Naib 
Ketua Wanita Umn Malaysia, Kamilia Ibrahim.
Gerombolan samseng tersebut diapi-apikan oleh adik Hamidah sendiri yang bernama Hamizura Osman yang cuba mengarahkan pasukan polis yang bertugas di situ supaya menurunkan banner tersebut.

Perbincangan dengan pasukan pemantau SPR
Mereka ingat kerja polis menurunkan banner? Polis enggan menurut kemahuan Hamizura yang bongkak lagi sombong itu dan menyuruhnya bersabar menunggu kehadiran wakil pemantau SPR datang ke situ. Namun Hamizura macam dirasuk jembalang taik babi! Tidak tentu arah menjerit-jerit!
Gerombolan samseng yang tidak bertamadun ini langsung tidak tahu menghormati sistem demokrasi yang diamalkan oleh negara yang sudah merdeka lebih 56 tahun. Mereka menjerit-jerit 'Turun!' 'Turun!' di tengah-tengah malam buta dan amat menganggu ketenteraman awam di kampung ini.

Kami membenarkan SPR membuka banner Kamilia

Setelah wakil pemantau SPR hadir dan berbincang dengan saya selaku Ketua PAS cawangan Sungai Rokam, kami akur dengan kehendak SPR dan polis yang menasihatkan kami supaya menurunkan banner yang dipasang dalam kawasan tanah rumah seorang sahabat bagi mengelakan kekacauan.

Tidak lama kemudian gerombolan samseng tersebut menuntut supaya billbord yang dipasang berhampiran pintu masuk dewan itu pula diturunkan dari situ.
Apasal yang Hamidah marah sangat dengan bilbod sebegini?
Sedang saya berbincang dengan pasukan pemantau SPR, ramai gerombolan samseng Hamidah berkerumun di sekitar bilbod tersebut. Tanpa kita sedari, mereka telah merosakan bilbod tersebut. Lihatlah apa yang mereka lakukan itu.

Umno/BN naik hangin bila ditanya "Anda bila lagi"

Nak tanya Hamidah, beginikah cara kau nak jadi pemimpin yang baik? Menjana keganasan dan kekacauan yang melampau walaupun terhadap bangsa dan sesama Islam. Malulah dengan bangsa lain yang lebih pandai menjaga maruah bangsa dan harga diri. Apa nak buat, ko tu memang betina tengin. Kami simpati dengan kamu....
Di sebalik gangguan sedemikian, kami tetap menjalankan kegiatan kami. Kami tidak hiraukan gelagat brutal yang mereka lakukan. Saya nasihatkan sahabat-sahabat supaya jangan melayan kerenah dan kelaku samseng mereka dan elakan pergaduhan dengan mereka. Saya nasihatkan mereka supaya terus menjaga akhlak yang baik kerana kita bakal menjadi pemerintah negara ini selepas 5 Mei nanti, dengan izin Allah S.W.T! Lihatlah kerja kami seterusnya malam tadi ~
Kami perbetulkan pintu gerbang kami petang tadi....

Kalau kita layan kerenah dan patah semangat perjuangan, tentu kita tidak mampu menaikkan pintu gerbang seperti di atas ini. Beginilah cara kami berkempen mengikut lunas-lunas demokrasi. Saya akan menulis lagi mendedahkan keganasan Hamidah seterusnya nanti. Ada tugas yang perlu saya lakukan lagi malam ini.... Doakanlah kemenagan untuk Islam!

No comments:

Post a Comment