Politik jahat BN sampai ke peti undi?

PENDANG: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengingatkan rakyat Malaysia khasnya agar berjaga-jaga dengan politik kotor yang diamalkan BN sejak berpuluh tahun lalu terutamanya semasa proses pengundian.
 
Ujar Mohamad Sabu, Umno-BN akan menggunakan apa sahaja taktik kotor bagi mengagalkan kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat termasuk dengan pengundi hantu serta manipulasi undi pos.
 
Beliau yang ditemui di Pusat Penamaan Calon, Parlimen P011 di Pendang pada 20 April lalu berkata, taktik kotor itu menjadi rutin kepada BN dalam mempertahankan kuasa sejak 55 tahun lalu.
 
Tambahnya, meskipun kerajaan membenarkan penggunaan dakwat kekal pada PRU13 ini, namun kaedah dan pelaksanaannya seolah-olah dirahsiakan kepada parti politik bertanding khasnya pembangkang.
 
Beliau melihat, tindakan itu menimbulkan persoalan kepada rakyat apakah akan adanya ketelusan kepada pelaksanaan dakwat kekal itu yang pada asasnya untuk menghalang sebarang pengundian berulang mahupun pengundi hantu.
 
"Kita kena beringat, mereka akan lakukan apa sahaja untuk membuat penipuan bagi mempertahankan kuasa."

Namun, saya juga yakin, rakyat mempunyai keazaman untuk menumbangkan kerajaan dalam PRU13 ini,"beliau berkata.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu juga melahirkan kebimbangan dengan penggunaan jentera kerajaan oleh BN dalam berkempen khasnya membabitkan jentera penerangan bagi mempropagandakan kempen mereka.

Namun, katanya, tsunami pada Pilihanraya Umum 2008 telah menyebabkan Umno-BN semakin sukar untuk membohongi rakyat walaupun melalui medan propaganda mereka khasnya RTM dan Jabatan Penerangan.

"Saya yakin, rakyat bijak menilai. Rakyat sedang membina momentum besar untuk menjatuhkan kerajaan secara demokratik," katanya.

No comments:

Post a Comment