Kalau Dapat Halang Penipuan, Kerajaan Akan Bertukar

Mengikut beberapa kajian yang baru sahaja dikeluarkan oleh berbagai pihak, Pakatan Rakyat sedang mendahului dari segi bilangan kerusi Parlimen dan bakal menang beberapa negeri termasuk negeri Johor.

Malahan, diberitakan kepada Tulang Besi, negeri Johor lebih besar kemungkinan untuk jatuh kepada Pakatan Rakyat berbanding negeri-negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Namun, Tulang Besi telah menempelak salah sebuah badan kajian dengan begitu kasar sekali. Tulang Besi kata pada badan itu:

"Kamu badan kajian bodoh. Keluarkan keputusan kajian kepada umum dalam keadaan kajian kamu separuh masak. Buat jentera-jentera Pakatan Rakyat lalai dan tidak kuat bekerja. Cuba kamu masukkan "faktor penipuan" dalam analisa matematik kamu itu dulu dan tengok berapa kerusi yang PR akan menang?"

Selepas dimasukkan faktor tersebut, secara amnya Pakatan Rakyat cuma mampu mendapat balik bilangan kerusi dan negeri yang dimenangi pada tahun 2008 yang lepas. Mungkin lebih sedikit bilangan kerusi Parlimennya (pertambahan 10-12 kerusi).

Dengan kata lain:
Samada dapat atau tidak menawan Putrajaya adalah bergantung kepada kebolehan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat menangkis penipuan Barisan Nasional serta SPR
Penipuan-penipuan itu akan berlaku dalam area-area ini, misalnya:
1.0 Sewaktu perjalanan pengundian serta pengiraan undi. Kalau jentera Parlimen/DUN tidak menyediakan PACA yang terlatih dan tahan diuji dari dibeli, maka keputusan akan memihak kepada BN. Ini kerana setiap pegawai SRP telah diarahkan untuk mencari jalan bagi memenangkan UMNO/BN termasuk dengan cara manipulasi Borang 14.

Ketiadaan Polling Agent dan Counting Agent akan dipergunakan sepenuhnya oleh SPR untuk memberi Borang 14 yang palsu yang sekaligus akan menjamin kemenangan UMNO....

2.0 Penggunaan pengundi-pengundi hantu. Jentera-jentera PR harus memastikan setiap pengundi hantu terhalang untuk mengundi. Sekiranya ini berjaya, maka UMNO akan kalah....

3.0 Pembelian dan ugutan pengundi....
Dan banyak lagi.

Pendek kata, jentera Pakatan Rakyat jangan lena. Khabar-khabar kononnya kita telah menang tidak mengambil kira penipuan secara besar-besaran yang dirancang UMNO/BN.

Masa sekarang adalah masa bekerja dengan lebih kuat bukan masa untuk rilek dan berehat kerana memikirkan kita telah menang.

TULANG BESI

No comments:

Post a Comment