Asas ketakutan Isa Samad kepada bekas Pengurus Felda

Jadinya memang patut sangat pun kalau Isa Samad susah hati. Tambah-tambah pulak bila bekas Pengurus Felda yang cukup dekat dan faham jiwa peneroka berkempen untuk calon Pakatan Rakyat. Takkan kut takdak peneroka Felda yang tersentuh akal depa untuk mula berfikir.
isa samad felda
 
mStar semalam melaporkan:
SEGAMAT: Peneroka Felda dinasihatkan tidak terpengaruh dengan taktik pembangkang yang menggunakan bekas pengurus Felda bagi memburuk-burukan organisasi itu dan membenci kerajaan.

Pengerusi Felda, Tan Sri Isa berkata, pembangkang sedang giat mempengaruhi keyakinan orang ramai terhadap Felda secara tidak langsung mengelirukan peneroka terutama isu-isu yang berkaitan tanah rancangan. - mStar.    
Nampak gayanya Isa Samad, calon BN untuk kerusi Jempol yang akan ditentang oleh Aishah, cukup gusar dengan pengundi dikalangan peneroka Felda.

Ketakutan dia tu sangat ketara bila ramai bekas Pengurus Felda menyertai kempen Pakatan Rakyat 'serang' peneroka Felda.

Dia cukup sedar kalau peneroka Felda ramai yang 'berpaling tadah' menyokong calon Pakatan Rakyat bukan saja dia mungkin akan kalah di Jempol yang kawasan peneroka Felda cukup besar tapi kemungkinan cukup ramai calon Umno akan turut tewas.

Kalau tak silap aku PAS mensasarkan untuk dapat 45% undi dari kalangan keluarga peneroka Felda. Kalau PAS berupaya dapat angka tu bersama 45% undi tentera dan bekas tentera sasaran PAS untuk menang 60 kerusi pasti jadi kenyataan.

Untuk negeri Johor pulak, PAS dan Pakatan Rakyat cuma perlu 35% undi melayu untuk tumbangkan Umno/BN dan mengambil alih pertadbiran di Nusajaya yang tentunya termasuk undi dari melayu di kawasan Felda yang tak kurang banyaknya di Johor.

Jadinya memang patut sangat pun kalau Isa Samad susah hati. Tambah-tambah pulak bila bekas Pengurus Felda yang cukup dekat dan faham jiwa peneroka berkempen untuk calon Pakatan Rakyat.

Takkan kut takdak peneroka Felda tersentuh akal depa untuk mula berfikir kalau bekas Pengurus Felda sendiri yang cerita hal ehwal terkini Felda kat depa. Kalaupun mungkin tak semua akan percaya tapi paling kurang pun akan ada yang tersentuh dan mula mencari maklumat dari sumber alternatif.

Kalau peneroka Felda cari maklumat dari sumber alternatif aku yakin depa memang boleh 'berpaling tadah' dan kalau yang macam tu cukup ramai memang tak mustahil Isa Samad dan ramai lagi calon Umno BN akan gigit jari, kalau dalam PRU13 nanti.

No comments:

Post a Comment