SELAMATKAN MALAYSIA.... Dari UMNO....?!

RAKAMAN GAMBAR YANG TIDAK MUNGKIN DISIARKAN DIUTUSAN,BERITA HARIAN, KOSMO, HARIAN METRO, NSTP, THE STAR, RTM DAN TV3.... MAHASISWI BANGKIT DEMO DEPAN KEDIAMAN NAJIB RAZAK TOLAK UMNO PADA PRU 13....!!!


UMNO dan Najib bertambah pening kepala.... Hebohkan kepada dunia kononnya anak-anak muda bersama dan pilih UMNO/BN tetapi realitinya adalah sebaliknya.

Lihat rakaman gambar di atas.... Mahasiswi bangkit dan mau melakukan perubahan dengan berdemo depan kediaman rasmi Najib Razak di Sri Perdana Putrajaya semalam.

Dengan membawa sepanduk dan kain rentang tertera tulis ayat ' TOLAK UMNO/BN" sudah pasti UMNO kini berasa cuak gementar, panik dan gelabah untuk menghadapi PRU 13 yang sudah mata dekat tarikhnya kini.

Bila mahasiswi dengan berani bangkit tolak UMNO memberi erti UMNO akan sakit dan rebah.

Para pemimpin UMNO terutamanya Mursyidul Amnya Mahathir dan Najib Razak tanya pada diri sendiri mengapa mahasiswi yang dikategorikan sebagai anak muda yang cerdik pandai, berilmu dan bermaklumat tolak UMNO/BN secara total dan mutlak.

PRU 13 ialah PRU anak-anak muda.

INI KALILAH TUKAR.... JOM UBAH.... SELAMATKAN MALAYSIA.

KEKALKAN LEMBAH PANTAI TAWAN PUTRAJAYA....

PERGHHH....!!! TERBAIK....!!! AKHBAR CHINA PRESS SIARKAN RAKAMAN GAMBAR SUASANA DI FLET KERINCHI, LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR....!!!


AKHBAR UTUSAN SOROK MEDIA CINA SIARKAN....!!!

Akhbar harian arus perdana bahasa Cina, China Press terbitan hari ini telah memaparkan suasana sebenar di PPR Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur di mana hampir ke semua penghuninya mengibarkan bendera Parti KeADILan Rakyat.

Mau berpinau mata dan berasap kepala UMNO terutamanya Raja Nong Chik, bakal calon UMNO/BN Parlimen Lembah Pantai yang akan berdepan dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai kini YB Nurul Izaah pada PRU 13 akan datang.

Masih ada harapan ke UMNO/BN nak rampas kembali Lembah Pantai dari Pakatan Rakyat kerana majoriti pengundi Lembah Pantai ialah mereka yang berpendapatan rendah tinggal di PPR sekitar Kerinchi.

KEKALKAN LEMBAH PANTAI TAWAN PUTRAJAYA.

Tanda UMNO Akan Terbang Sampai Mongolia....

Replika Kreatif Tanda Kemenangan Makin Hampir....

PARIT SULONG – Jikalau dalam tahun 90 an, gambar sebegini sudah menjadi trend buat pembina replika dalam kalangan ahli dan penyokong di Kelantan apabila Pilihan raya Umum (PRU) menjelang tiba.

Ada yang berbentuk jet, meriam, pintu gerbang, tugu dan pelbagai lagi rekaan yang unik sebagai usaha tarikan mahupun syiar kepada parti.

Kini, era sedemikian beralih ke Selatan tanah air memberi pelbagai mesej tersurat dan yang tersira
t.

Petanda yang UMNO mahu ‘bungkus’ dekat kubu kuat mereka boleh dijadikan satu penyebab idea sedemikian dilakukan. Hal ini memberi erti bahawa ahli dan penyokong semakin membesar.

Disamping itu, era kebangkitan tidak boleh lagi disekat dan UMNO harus akui yang pengaruh PAS semakin diterima baik oleh masyarakat manakala kemenangan itu terlalu hampir dan semakin dekat.

“Kipas PAS berpusing, membawa angin perubahan terhadap PRU ke 13 kali ini.... lokasi : KAMPUNG PARIT PUASA, PARIT SULONG, BATU PAHAT,” kata pemilik sebuah laman Facebook di Parit Sulong.

Sapa Bagi Bukit Tinggi Kat Cina.... Tolong Mai Jawab Sat....!!!

Propaganda Menakutkan Sambil Memperbodohkan Melayu Disebar....!



'Race, Religion and Royal' atau dalam Bahasa Malaysianya 'Bangsa, Agama dan Raja' adalah antara strategi yang pasti akan digunapakai oleh UMNO dalam setiap Pilihanraya....

Ianya sering digunakan untuk menakut-nakutkan Bangsa Melayu kononnya Islam dan Melayu serta Raja bakal terancam jika UMNO/BN tewas pada pilihanraya....

Ini kerana menurut propaganda mereka ketiga-tiga perkara itu bakal terancam kerana pimpinan Pembangkang sanggup bersekongkol dengan bangsa bukan Melayu untuk berkuasa, sedangkan perkara ini telah dilakukan oleh mereka sendiri selama ini.

Mereka telah bersekongkol dengan bukan Melayu dari MCA, MIC, PPP, dan entah apa lagi parti yang kesemua ahlinya terdiri dari bukan Melayu dan Islam selama ini tetapi mereka masih cuba memperbodohkan Bangsa Melayu....

Mereka sering mencanangkan kononnya mereka adalah pejuang Bangsa dan Agama Islam yang sebenarnya di bumi Malaysia ini....

Hakikatnya jika benar apa yang mereka sering canangkan itu.... mengapa Kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS yang seluruh pimpinannya beragama Islam dan majority pemimpinnya berbangsa Melayu, cuba dirampas oleh UMNO/BN?

Jika benar Bangsa Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO.... setelah lebih 55 tahun Merdeka di mana kedudukan ekonomi Bangsa Melayu?

Berjayakah kita sedangkan dalam masa yang sama Majoriti Bangsa Melayu masih hidup di bawah paras kemiskinan hingga memaksa Kerajaan yang sedia ada memberikan bantuan kewangan?

Berjayakah kita yang berbangsa Melayu ini jika 55 tahun ditadbir UMNO/BN kita merempat ditanah air sendiri akibat tanah yang dipijak menjadi milik orang hasil kerja pemimpin-pemimpin UMNO yang membeli tanah milik Melayu dan menjualnya kepada pemaju bukan Melayu? 

Bukan Agama dan Bangsa yang diperjuangkan oleh mereka sebenarnya tetapi pangkat dan kuasa untuk membolehkan mereka membina harta….

Sudah-sudahlah memperbodohkan Bangsa Melayu.... 

Ini adalah propaganda menakut-nakutkan sambil memperbodohkan bangsa Melayu yang aku terima melalui e-mail.

Kononnya menurut penulis yang memperkenalkan dirinya sebagai Tan Sri Mohd Zaman Khan Pilihanraya Umum yang ke 13 ini merupakan satu ancaman yang sangat hebat buat masa depan Islam dan Bangsa Melayu.

“Saya hanya mampu mengedar secara pos rayuan persendirian saya ini kepada kenalan yang terhad, tolong apalah kiranya diedarkan kepada kaum kita SEISLAM dan SEBANGSA memalui e-mail ataupun dibuat salinan” tulis Zaman Khan.

Oleh itu tulisnya lagi “Marilah kita mengembeling tenaga berusaha menentukan BN akan berjaya dan memberi peluang kepada kita membetulkan apa yang tidak baik, saya merayu apalah kiranya saudara forward atau buat salinan rayuan saya ini kepada semua Melayu semoga mereka sedar betapa bahayanya dan apa akibatnya sekira BN runtuh. Memang banyak kelemahan. Kita akan perbetulkan apabila BN balik berkuasa. Rakyat, khususnya muda mudi, telah berkesedaran bahawa kumpulan mereka bolih menukar masa depan. Edar juga kepada pihak parti pembangkang Melayu.

Muka pertama propaganda

Muka akhir propaganda

Seluruh propaganda setebal 35 mukasurat tersebut sila lihat di ( SINI )

Satu Lagi Kejayaan Barisan Nasional.... Harusani, Brahim Ali, Hassan Jati, Zul Nordin.... Anda Patut Berasa Bangga....!

Gereja Terbesar Asia Tenggara Dibuka Di Bukit Jalil Hari Ini.... Satu Lagi Kejayaan Barisan Nasional

 

Gereja terbesar di Asia Tenggara membuka pintunya hari ini berlatarbelakangkan perdebatan tentang kebebasan beragama di Malaysia dan dakwaan diskriminasi halus terhadap orang bukan Islam.

Bangunan berkeluasan 600,000 kaki persegi dan berhargac RM200 juta digelar Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil mempunyai sebuah auditorium 5,000 kerusi, serta dewan serbaguna, bilik darjah, dewan kuliah, nurseri dan kawasan lain terdiri daripada kedai-kedai runcit dan kafe.

Ia adalah satu mercu tanda yang menunjukkan Malaysia adalah benar-benar tanah yang pelbagai budaya, "Calvary Church bersekutu paderi David Seah memberitahu The Malaysian Insider hari ini, perkhidmatan selepas Easter pagi ini yang dihadiri oleh kira-kira 3,000 orang.

"Saya tidak menjangka sebarang tindak balas yang berpotensi ," katanya.

Sesetengah orang Islam menyatakan di blog mereka dalam 2011 keresahan dengan saiz CCC, mengatakan bahawa ia adalah satu ancaman kepada kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan ia boleh digunakan untuk menukar umat Islam.

Tetapi Seah menegaskan bahawa Gereja Calvary tidak mualaf Islam, berkata: "Apabila kita memberikan keluar kawasan, kita memberitahu ahli tidak meletakkan mereka di rumah-rumah Muslim...."

Para paderi gereja Pentecostal berkata bahawa pembinaan CCC di atas tanah komersil bermula pada tahun 2007 dan telah siap pada tahun ini, mencatatkan bahawa ia akan dapat menampung jemaah 3,000 yang sebelum ini tersebar di Damansara Heights, Damansara Perdana dan Cheras.

Paderi Kanan Calvary Church Rev Dr Tan Sri Putera Guneratnam menangis apabila beliau mengambil podium untuk menyampaikan khutbah beliau pada Easter, hari yang paling penting pada kalendar Kristian iaitu meraikan kebangkitan Yesus Kristus.

"Kami berada di sini. Kami jadikan ia kenyataan, "kata Guneratnam dengan suara yang menggeletar, sebelum mengelap matanya.

Apa pentingnya gereja sebesar ini didirikan di Malaysia sedangkan jumlah penduduk Malaysia yang beragama Kristian adalah begitu kecil berbanding penganut kristian di Indonesia. Mengapa tidak didirikan di Indonesia?

Malaysia gah lagi kerana kini satu lagi rekod berjaya dicipta. Selepas bangunan tertinggi di dunia kini kita ada gereja terbesar di Asia Tenggara.

Pengerusi SPR - Benggong, Banggang, Bahlol, Lembuuu....



Nurul Izzah Tunjuk Bukti Makluman Pada SPR


 
MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyelar kenyatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang mendakwa PKR tidak pernah memaklumkan kepada suruhanjaya itu sebelum memfailkan permohonan semakan untuk membatalkan senarai lebih 4,600 pemilih yang didakwa meragukan.

Bercakap dalam sidang medianya hari ini, Nurul Izzah mengemukakan surat daripada Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Baria yang membuktikan bahawa suruhanjaya itu "mengambil maklum dan sedang meneliti" aduan berkenaan.

NONESurat tersebut dihantar pada 6 Mac lalu dan terima oleh peguam Nurul Izzah keesokan harinya, kata naib presiden PKR itu.

Beliau seterusnya memfailkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan Nurul Izzah untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi pada 26 Mac.

"Pada saya kenyataan ini lagilah menghancurkan sebarang kredibiliti yang masih ada dalam SPR. Bukan sahaja mereka (tidak) mengambil serius dengan (dakwaan) pengundi hantu kita tonjolkan tapi boleh membuat dakwaan yang tidak berasas.

"Saya mesti kata, perkara ini tidak boleh diterima bahawa pengerusi SPR mengeluarkan kenyataan yang lain sedang ada pengakuan (terima) daripada Datuk Kamaruddin Baria," katanya.

Abdul Aziz dalam satu wawancara disiarkan akhbar Mingguan Malaysia semalam antara lainnya menyebut, tiada sebarang daftar pemilih atau surat pernah dihantar oleh Nurul Izzah kepada SPR.

"Saya telah semak, tiada sebarang daftar pemilih atau surat dihantar kepada SPR," kata Abdul Aziz dalam wawancara itu.

Nurul Izzah dalam dokumen permohonan semakan kehakiman itu menyebut, perkara itu melibatkan Rang Daftar Pemilih Induk (RDPI) dan Rang Daftar Pemilih Tambahan suku kedua 2012 untuk pengundi di kawasannya.
Senarai nama berkenaan didakwanya didaftarkan dengan alamat tidak lengkap atau kawasan yang tidak wujud.

Selain itu, beliau juga mahu membatalkan 133 nama yang tidak lagi bermastautin di Lembah Pantai dan tiga nama yang telah meninggal dunia yang terkandung dalam RDPI.

Mampuih UMNO.... Lagi Kumpulan Paduka Ayahnda Sokong PR....!!!

PRU13: Ahli MPAN 308 Sokong Pakatan Rakyat





KEPALA BATAS: Seramai 400,000 ahli Pertubuhan Kebajikan Menyatupadukan Anak Negara Malaysia (MPAN 308) seluruh negara mengisytiharkan menyokong Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Majlis pengisytiharaan itu dibuat sendiri oleh Pengasas MPAN 308, Rashidi Ismail atau dikenali dengan 'Paduka Ayahda' dalam satu majlis ringkas di pekarangan kediamannya di Kampung Permatang Manggis, di sini kelmarin.

Program yang dihadiri oleh Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Johari Kasim dan kepimpinan PAS di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bertam (gambar atas) menambahkan lagi keyakinan di kalangan ahli MPAN 308 bahawa Pakatan boleh menjadi kerajaan yang lebih baik, bertanggungjawab dan amanah berbanding Umno BN.

Baginya, tragedi dipukul oleh 20 petugas Umno Kepala Batas di hadapan sebuah pasar raya baru-baru ini membuatkan mereka 'berpatah arang' untuk bersama Umno BN lagi.

"Dengan ini saya menggesa semua ahli MPAN 308 yang ada malam ini dan seluruh negara supaya berikan sokongan kepada Pakatan Rakyat kerana Umno tidak lagi releven kerana mengamalkan gengsterisme. Umno buat negara ni macam tiada undang-undang," katanya menceritakan detik-detik beliau dipukul di hadapan isteri dan anaknya ketika sedang memasukkan barangan ke dalam kereta.

Beliau juga terkilan kerana tiada seorang pemimpin Umno Bahagian Kepala Batas datang menziarahi atau bertanya khabar ekoran kejadian itu kecuali Johari bersama rakan-rakannya.

“Saya ucapkan terima kasih kepadanya yang begitu prihatin," tegasnya.

Sementara itu, Johari dalam ucapan ringkasnya menyifatkan sokongan yang diberikan itu merupakan tamparan hebat kepada Umno yang sedang berhadapan dengan krisis dalaman yang parah.

Justeru, ujarnya biarlah Umno bangga dengan budaya samseng kerana rakyat sudah tahu menilai yang mana baik untuk dijadikan parti pilihan semasa membuang undi nanti.

"Jauhilah parti yang mengembangkan budaya samseng untuk bersama-sama bertekad memenangkan Pakatan Rakyat dan seterusnya menakluk Putrajaya bagi menjadi Kerajaan Pakatan Rakyat yang sah," terangnya.

Berdosakah Kalau Cakap Terus Terang Daripada Berbohong Datuk Wan Ahmad Wan Omar Woooiiii....?!

Sabotaj: Bekas Pengerusi SPR Dedah Pengalaman



KOTA BHARU: Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebelum ini mendakwa usahanya mahu menggunakan dakwat di jari pengundi pada pilihan raya umum lalu cuba dihalang pihak tertentu dalam kerajaan.

Ketika mendedahkan perkara itu pada wacana perdana di sini setahun lalu bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu memberitahu SPR sudah menghabiskan banyak wang membeli dakwat di luar negara.

Bagaimanapun dakwa beliau di saat akhir dicipta khabar angin kononnya pembangkang cuba mensabotaj penggunaan dakwat.

Dan hari ini strategi serupa cuba diulang dengan menunding jari ke arah Pakatan Rakyat kononnya terbabit dengan komplot mengganggu proses pilihan raya.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yusoff berkata, strategi lama yang pernah digunakan Umno dan BN diulang semula sekarang dengan melemparkan tomahan kepada Pakatan.

“Sedangkan berdasar kepada maklumat yang kami dapat dua minggu lepas beberapa NGO Umno mengadakan perjumpaan di sini difahamkan ada kaitan sabotaj perjalanan pilihan raya."

“Malah perjumpaan itu diadakan di seluruh negara bagi memastikan kenyataan Perdana Menteri sebelum ini mempertahankan Putrajaya habis-habisan menjadi realiti,” katanya di sini.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan mendakwa pihaknya mengesan beberapa rancangan jahat parti politik tertentu bagi mengganggu PRU 13 termasuk mencetus ketegangan dengan pegawai SPR.

Menurutnya, pihak terbabit juga dikatakan akan menimbulkan kekecohan mengenai penggunaan dakwat kekal dan mengeksploitasi pengundi tua di kampung.

Sebelum ini Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff mendedahkan ada pihak keluar masuk kampung memperalat penduduk mengenai penggunaan dakwat kekal.

Wan Nik berkata, usaha mensabotaj pengundi menggunakan dakwat hanya mampu dilakukan pihak yang ada kuasa bagi melindungi kegiatan mereka.

“Tidak masuk akal Pakatan yang tidak ada kuasa boleh melakukan perbuatan itu. Sedangkan apa diperjuangkan Pakatan melalui Bersih bagi mewujudkan pilihan raya yang adil."

“Kami mengikut segala lunas-lunas undang-undang yang ditetapkan. Nampak sangatlah mereka kelam kabut sekarang. Perancangan dan agenda mereka sudah diketahui ramai,” ujarnya.

Oleh itu beliau berharap badan-badan pemantau pilihan raya dan pemerhati bebas memastikan komplot jahat tersebut dapat dibongkar.

“Kami juga sentiasa memberi kerjasama kepada SPR dan pihak berkuasa lain bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan adil dan saksama,” katanya.

Mana Dia Calon Parlimen UMNO Kedah....?!

Anwar Umum Calon PKR Bagi Parlimen Kuala Kedah, Alor Star

Calon Kuala Kedah

Calon Alor Setar

ALOR STAR, 1 April —  Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kuala Kedah Dr Azman Ismail dan Ketua Biro Perundangan PKR Kedah Gooi Hsiao Leung diumumkan sebagai calon parti itu masing-masing untuk bertanding kerusi Parlimen Kuala Kedah dan Alor Star pada pilihan raya umum ke-13.
Pengumuman mengenai pencalonan Dr Azman, 51, dan Gooi, 41, dibuat oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Kedah dan di Taman Berjaya di sini, semalam.
Anwar ketika berucap di Kuala Kedah berkata anggota Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kasim ditugaskan untuk misi lain.
Pada pilihan raya umum 2008, Ahmad memperoleh 35,689 undi untuk mengalahkan calon Barisan Nasional Hashim Jahaya dengan majoriti 7,018 undi.
Gooi pula kalah 184 undi kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung pada pilihan raya itu dengan Chor memperoleh 20,741 undi. – Bernama

Padan Muka Hang Tok Pa.... Dah Kena Sebijik Kat Muka Hang....!



MB Kelantan Menjawab Persoalan Mengenai Masalah Sosial Di Kelantan

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Bismillah, saya membaca laporan muka hadapan New Straits Times semalam yang memaparkan di muka hadapan laporan mengenai masalah sosial di Kelantan dengan tajuk Kelantan After Dark. 
 
Ia disambung pula dengan paparan Buletin Utama TV3 malam semalam dan juga kenyataan seorang pemimpin utama UMNO Kelantan yang mengatakan bahawa ini adalah bukti Kelantan tidak sempurna.
Respon saya ialah saya tidak pernah menyatakan bahawa Kelantan sempurna. Namun, kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik untuk mengekang aktiviti tidak bermoral di negeri ini. Kami mengharamkan premis judi, rumah-rumah urut dan menghalang penjualan minuman keras secara terbuka. Jika ia wujud, ertinya kewujudannya tanpa lesen dan secara haram. Sesuatu yang wujud secara haram bukan bukti ia direstui, adakah apabila meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah di seluruh negara contohnya bermakna ia direstui oleh kerajaan pusat?
Sesuatu yang wujud secara haram perlu dibanteras, bukannya diberikan lesen, ini pendirian kami. Kami tidak sama dengan sesetengah pihak yang ingin memberikan lesen kepada kegiatan yang wujud secara haram. Lesen judi untuk pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 contohnya, ada sesetengah pemimpin UMNO Kelantan berhujah ia wajar diberikan lesen agar tidak beroperasi secara haram.

Sewajarnya semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan haram ini, perlu membuat aduan. Sayangnya, ada yang saban masa mencabar undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 pada 15 Julai tahun lepas contohnya, diserikan dengan persembahan artis wanita secara terbuka yang jelas melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.
Saya perhatikan laporan NST tiada butiran jelas dan tepat. Ia sekadar laporan umum dengan melindungi fakta-fakta dan individu yang terlibat, begitu juga dengan paparan TV3 yang sangat kabur dan diragui. Saya kira, lebih baik untuk disebut dengan jelas fakta-fakta kes agar ia memudahkan pihak penguatkuasa untuk bertindak.
Di Kelantan, kami perkenalkan undang-undang dalam bidang kuasa kami. Namun, bolehkah kami menghalang 100% gejala sosial sedangkan di peringkat pusat sendiri senarionya lebih berat? Sama-samalah kita berusaha. Hakikatnya, jika hanya petak sawah kita sahaja dijaga daripada ular dan tikus sedangkan petak sawah di sebelah berkubang dengan anasir perosak, lama kelamaan petak sawah kita juga akan mengalamai nasib yang sama!

Perkara Pelik Berlaku Di Negeri Sembilan.... Den Tak Cayoooo.....!!!

Ketua Kampung, 30 Pemuda Umno Sertai PAS





JEMPOL: Siri jelajah Negara Berkebajikan di Negeri Sembilan semalam menerima kemasukan 30 pemuda Umno ke dalam PAS yang disaksikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Penyerahan borang permohonan keahlian PAS itu diadakan di Felda Raja Alias pada lokasi terakhir ceramah jelajah Negara Berkebajikan di Negeri Sembilan yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Salah seorang bekas ahli Umno, Jamaluddin Rashid yang ditemui memberitahu beliau mengambil tindakan menyertai PAS kerana kecewa dengan tindakan penyokong Umno yang membuat kekacauan pada satu program ceramah PAS di Felcra Ayer Hitam.

Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Cawangan Umno Ayer Hitam turut mempersoalkan tentang keIslaman Umno apabila sanggup mengganggu penyokong PAS yang sedang berdoa dengan mengadakan karaoke.

"Saya menyertai PAS sebab ada kejadian yang tidak pernah saya duga sepanjang 14 tahun saya menjadi Ketua Kampung."

"Padahal ceramah itu merupakan ceramah agama kita sendiri tapi tiba-tiba Umno turut membuat program karaoke dalam jarak 50 meter, jadi berlakulah satu kejadian yang tidak saya ingini."

"Selepas kejadian tersebut saya bertemu dengan pemuda-pemuda dan mereka bersetuju dengan saya untuk berubah dan mengikut apa yang dikehendaki Islam."

"Hati saya terluka dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab, saya memang tidak bersetuju dengan sikap pimpinan Umno bahagian yang membuat perkara-perkara tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang berumur 64 tahun telah melepaskan jawatan sebagai ketua kampung yang telah dipegang selama 14 tahun atas kesedarannya.

Ini, katanya kerana sepanjang beliau memegang jawatan tersebut tidak pernah berlaku perkara sedemikian dan itu merupakan kali pertama berlaku.

"Tidak ada pemimpin Umno yang marahkan saya cuma mereka menyoal kenapa saya menyertai PAS."

"Saya tahu PAS ini membawa ke arah yang elok dan tidak perlu dipertikaikan lagi, saya sedar semua itu. Saya secara jelas tidak bersetuju langsung dengan budaya samseng yang digunakan Umno pada masa ini," tambah beliau yang pernah menerima Pingat Masyarakat Cemerlang (PMC).

Jamaluddin yang berjanji akan terus berusaha untuk mengajak lebih ramai penyokong Umno di kampungnya untuk menyertai PAS.

Beliau memberitahu, seramai 20 orang wanita Umno akan menyerahkan borang menyertai PAS minggu hadapan.

Awat Jadi Lagu Tu.... Ingat Anwar Ibrahim....!!!

'Datuk Seri' yang dikehendaki dilihat bersama Najib




Gambar-gambar yang disiarkan dalam laman sosial

KUALA LUMPUR: Rupa-rupanya orang yang paling dikehendaki polis kini kerana dipercayai terlibat dengan gerakan teroris Sulu yang menceroboh Lahad Datu dikatakan pernah kelihatan bersama-sama dengan Datuk Seri Najib Razak dalam satu program berkaitan dengan Palestin.

Menurut gambar-gambar yang disiarkan oleh beberapa blog, 'Datuk Seri' berkenaan bukan saja bersama Najib bahkan juga bersama lain-lain pemimpin Umno.


Bersama Tengku Adnan, Setiausaha Agung Umno

Antaranya Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan juga Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor.

Semalam media melaporkan, polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.


Bersama Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran."

"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu hari ini.

Sebelum ini, para pencacai Umno dan pemimpinnya mendakwa Datuk Seri Anwar yang terlibat dalam membawa masuk pengganas Sulu.

Anwar pula dalam ceramahnya yakin kenyataan seorang tertuduh dalam kes ini bahawa ada orang mengupah beliau sebagai usaha untuk mengaitkan beliau.

UMNO = SEX.... SEX = UMNO.... Berpisah Jangan Sekali....!!!

UMNO TERUS TAYANG VIDEO LUCAH SEMASA CERAMAH


Malam tadi Umno Bahagian Bukit Katil menayangkan klip video lucah yang didakwa mereka sebagai Anwar Ibrahim. Ketika mereka mengganggu ceramah PAS mereka menayangkannya secara berselang seli dengan ceramah mereka.

Umno Bukit Katil meneruskan perangai tidak bertamadun mereka dengan mengganggu setiap kali PAS mengadakan ceramah. Malam tadi ceramah PAS di Taman Saujana diganggu dengan ceramah Umno yang jaraknya kira-kira 100 meter sahaja. Umno menggunakan Balai Raya Taman Saujana tanpa segan silu.

Umno menggunakan set sistem PA yang baik dengan 'volume' yang sangat kuat. Beberapa penduduk Taman Saujana yang ditemui mengeleng-ngeleng kepala melihat gelagat pimpinan Umno Bahagian Bukit Katil yang diketahui seorang yang bernama Baskaran Senasi.

"Mereka menggunakan bahasa kesat, kasar seperti bodoh dan sebagainya. Orang Melayu tidak boleh terima sikap Umno yang sentiasa mengganggu majlis orang lain".

"Umno boleh menganjurkan ceramah pada masa yang lain bukannya mengadakan ceramah di tempat dan masa yang sama dengan PAS" ujar Ahmad Alang dari Jalan Tun Kudu, Bukit Katil.

Ahmad turut kesal dan malu dengan sikap Umno yang terus menggunakan video lucah untuk menarik sokongan rakyat.

"Mereka tidak rasa bersalah menayangkan video lucah dan fitnah. Yang peliknya pihak berkuasa tidak mendakwa kerana menyimpan dan menayangkan video lucah" ujar Ahmad.

TIADA MAAF BAGIMU IBRAHIM ALI


Siapakah Pakcik dalam gambar ini? Ibrahim Ali kenal dia. Tuan Guru Nik Aziz kenal dia. Orang Pasir Mas pun kenal dia.
Pakcik ini kata "Sekali itu sajalah ambo ditipu Ibrahim Ali. PRU13 tidak lagi."
Siapakah Pakcik ini?
Kenapa Pakcik ini tolak Ibrahim Ali?
JOM KITA SAMA-SAMA TOLAK KATAK
TOLAK UMNO
TOLAK BN

Polis Buat Lawak Antarabangsa....

SHAH ALAM: Seramai 500 anak muda dan mahasiswa hari ini berkumpul di Dataran Shah Alam untuk menyertai konvoi Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) dari Shah Alam melalui Gombak akan terus ke Dengkil.

Di Dengkil, Tolak akan mengedar risalah agenda Tolak kepada seluruh masyarakat di situ.


Tolak juga akan berkumpul di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan satu memorandum menggesa Perdana Menteri itu membubarkan parlimen.

 
Nasrudin Hassan Presiden GAMIS ditahan selepas memimpin Gerakan Anak Muda Tolak UMNO - TOLAK.

 

Nasrudin Hassan Berkampung di hadapan IPD Putrajaya bersama team konvoi Anak Muda TOLAK UMNO dan BN menanti beberapa orang rakan mereka yang masih dalam tahanan polis sebentar tadi.

Kenapa mereka ditahan sampai sekarang tak dinyatakan langsung oleh KP PAS. Rujuk sini. Mungkin KP PAS pun tengah tunggu info dari PDRM kenapa menahan peserta
-peserta KONVOI ke PUTRAJAYA tu....

Jangan-jangan ditahan sebab memasuki PUTRAJAYA pasal nak serahkan MEMO....?

Adoi.... kalau itu la sebabnya.... memang LAWAK la....

TAKANLAH SERAH MEMO pun salah. Sudah la bukan senang nak jumpa PM.... owhh jangan-jangan timing tak tepat kot. Korang pergi Putrajaya nak serah MEMO.... PM plak bercuti.... pi makan-makan dengan ahli keluarga.... adoiiiyaiii PM pun ada hari cuti oke.... apa korang ingat dia robot ke apa?

Sumber - harakah / amenoworld

Pelik Sungguh.... Suku Sakat Kiram Ada Kat Majlis Umno Tak La Siasat....

Gambar Individu Dikehendaki Bantu Siasatan Pencerobohan Lahad Datu Didedah....!

LINK FACEBOOK
Individu dikenali Datuk Seri Ridzwan Sulaiman dikehendaki bantu siasatan pencerobohan Lahad Datu
 
LAHAD DATU: Polis kini mencari seorang individu dikenali sebagai Datuk Seri Ridzwan Sulaiman bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, baru-baru ini.
 
Individu terbabit yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia berasal dari Georgetown, Pulau Pinang dipercayai mempunyai maklumat penting mengenai percerobohan itu.

Justeru, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib meminta individu terbabit menyerah diri atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Ridzwan supaya tampil membantu polis di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi.~ BH
 
Ini antara gambar yang diambil dari FB : Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia 
 
Photo
 Photo
 

UMNO Ada Muslihat Tuuu....

TERHOT: Betoi Ka Berita GEMPAR Neh [Baca apa kata bekas Jeneral ATM nie....]

Ada penglibatan politik ‘luar biasa’ di Lahad Datu- bekas Jeneral ATM

KUALA LUMPUR 31 Mac: Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein membayangkan wujud penglibatan politik luar biasa dalam operasi pasukan keselamatan dalam menangani pencerobahan pengganas Sulu di Lahad Datu.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN tengah hari tadi, beliau berkata, ada sesuatu yang tidak kena dalam cara kerajaan menangani konflik itu.

“Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan profesion tentera, saya lihat peristiwa di Lahad Datu membayangkan ada penglibatan politik yang luar biasa dalam operasi yang sedang dijalankan....”

“Pertama, kita ada Panglima (ATM) di Sabah, ada dua markas tentera di sana. Jadi kalau kita lihat dari segi ‘Command and Control’, tugasan (di Lahad Datu) patut diserah kepada mereka."


“Ini kerana mereka lebih arif dengan keadaan tanah, jalan dan kawasan yang mungkin terdedah kepada ancaman,” katanya.

Namun, Md Hashim berkata, pasukan yang dikerah pada peringkat awal di sana kebanyakannya dari Semenanjung Malaysia.

“Pada awalnya di Kampung Tanduo, unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Semenanjung yang ditugaskan,” katanya lagi.

Tambahan pula, bilangan penceroboh yang masuk ke Lahad Datu tidaklah terlalu ramai dan pasukan keselamatan yang sudah ada di sana sepatutnya dapat menghadapinya.

“Kenapa kita tugaskan pemerintahan tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM untuk pergi ke sana?"

“(Jadi) inilah yang saya lihat tidak kena (dalam cara kerajaan tangani insiden Lahad Datu),” katanya lagi.
Menurut Bernama, sehingga kini, jumlah pengganas Sulu yang ditembak mati adalah 67, manakala jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berjumlah 111 orang.~ KD

Sendiri Tengok Sendiri Komen La....

Gambar Terbaik....!!! Dari Penyokong Pas Kaum India











 Sumber gambar DISINI
Terbaik....!!! Dan Tahniah....!!! Rakan-rakan dari DHPP kaum India sedang menaikkan bendera Pas di sekitar Kg Pandan dalam Parlimen Titiwangsa.
Segalanya dilakukan secara terbuka, siang hari pulak tu. Tiada lagi perasaan takut dikalangan mereka dalam menzahirkan pandangan politik.
Yang penting perubahan mesti dilakukan pada PRU 13. Gantikan Umno dengan Pas, BN dengan Pakatan Rakyat. Tahniah sekali lagi ~ Tinta Hijau DKB

Alahai UMNO Layukan Melayu....

Punca Penyokong PKR Belasah Pemuda UMNO Di Bandar Tun Razak Didedahkan!


Di Bandar Tun Razak, Jumaat lalu hanya disebabkan bendera satu pergaduhan telah dilaporkan berlaku antara penyokong Pakatan Rakyat dan juga seorang macai UMNO.

Laporan dari kebanyakkan media Pro UMNO mendakwa bahawa pergaduhan telah dimulakan oleh seorang penyokong Pakatan Rakyat.

Kononnya menurut macai-macai UMNO pergaduhan tercetus hanya kerana penyokong PR tidak berpuashati bila menyaksikan bendera-bendera BN dipasang jauh lebih banyak dari bendera PKR..

Itu menurut macai UMNO.... Adakah ianya benar atau satu lagi fitnah mereka?

Berikut adalah penjelasan mengenai insiden tersebut oleh seorang sahabat kepada Mohammad Saiful Bin Mansur....

Salam.... hari ni aku buka FB Isu Politik Semasa dan Page UMNO yang lain kecoh pasal kes seorang Mamat dan nama dia memang MAMAT pun.... dipukul oleh seorang sahabat aku Mohammad Saiful Bin Mansur yang berpunca dari sikap biadap dan dengki UMNO/BN dengan bendera tiga jalur yang dipasang bersama dengan bendera Besar PKR di BANDAR TUN RAZAK DEKAT DEPAN CIMB BANK JALAN JUJUR.

Kejadian pada malam kelmarin itu sebenarnya adalah dari keangkuhan dan kesamsengan yang terlampau MAMAT ini yang datang mahu membuka bendera tersebut. Aku ada ditempat kejadian bersama sahabat ini dan seorang lagi rakan. Mereka BN semuanya 5 orang termask pemuda UMNO Mewah.

Semasa perbincangan beliau (MAMAT yang kena pukul tu) menunjukkan lagak dan gaya yang sangat kurang ajar bila bercakap dengan Saiful yang lebih tua berpuluh tahun dari beliau. Mamat mengatakan persatuan Ayahanda PEKIDA bising dan minta beliau turunkan bendera 3 jalur yang kami pasang tersebut.

Aku mengatakan kami boleh membuka bendera tersebut jika pihak BN juga membuka satu signboard di Desa Tun Razak yang bercantum logo PEKIDA dan BN serta dipasang lagi bendera BN. Beliau berdolak dalih kononya tiada kuasa nak buka sedangkan beliau sendiri nak mengacau bendera kami. Kalau takde kuasa nak buka sendiri punya apahal pulak ada kuasa nak buka orang lain punya.

Semasa perbincangan tersebut Mamat ni cakap main lepas saja dan tangan beliau angkat tinggi-tinggi seolah-olah menunjukkan kepoyoan beliau terhadap Saiful yang bukan kecik anak Ayahandanya.

Saiful sudah memberi amaran agar Mamat jangan tinggi suara dan jangan naikkan tangan dengan tunjuk-tunjuk jari ke arah Saiful, sebab dia seperti tak hormat Saiful yang lebih tua umur dan pangkat. Tapi amaran tidak diendahkan.

Dengan nada bongkak si Mamat ini tadi berkata beliau tidak peduli apa yang akan jadi dan akan tetap mencabut bendera kami pada malam itu juga.

Saiful yang sudah tak boleh sabar melayan kerenah Poyo dan ala samseng si Mamat ni mula menolak beliau kerana tangan Mamat yang menunding jari hampir kena ke muka Saiful seolah-olah mahu mencucuk muka beliau. Maka berlakulah tolak menolak dan tumbuk menumbuk yang mana si Mamat tadi ni teruk kena tumbuk.

Pergelutan yang berlaku dalam masa 10 ke 15 minit itu menyaksikan Saiful mendapat kuasa dalam pertarungan itu. Geng-geng UMNO/BN cuba masuk campur tetapi diberikan amaran oleh seorang lagi sahabat aku.

Kami sendiri pun tak masuk campur kenapa mereka pulak nak melebih-lebih. Kerana aku tak sampai hati membiarkan mereka terus-terusan bergelut aku telah mengambil satu tindakan drastik meleraikan kedua-duanya.

Mamat aku tarik dulu sebab aku tengok mulut dan muka beliau berdarah. Aku suruh dia dan Saiful Istighfar. Ingat Allah. Sabar. Jangan kerana bendera kita sesama kita berbunuhan berlawan. Kita ni sekampung dan aku kenal Mamat ni sejak kecil. Dia budak baik dulu selalu berserban dan berjubah serta rajin ke kelas agama. Cuma lepas sekolah dia berubah gila-gila seolah-olah kena kejutan budaya.

Aku katakan benda kecik macam ni boleh di bawa bincang. Mamat pun aku salahkan kerana cakap ngan orang tua agak kasar. Pertarungan terhenti sampai di situ dengan masing-masing tak berpuashati.

Aku mengatakan kepada Mamat dan geng UMNOnya. Jika bendera itu tidak disenangi oleh Ayahanda Pekida beliau, masing-masing ada majlis pimpinan. Biar pimpinan yang mengambil tindakan jika kami salah menggantung bendera dan kena bersikap adil dalam melaksanakan hukum kerana dipihak UMNO/BN juga ada signboard Pekida terang-terangan menyokong BN dan memasang bendera serta logonya sekali.

Sedangkan bendera kami hanya memasang bendera tiga jalur sahaja dan tiada logo PEKIDA. Boleh saja kami katakan itu bendera Jamaica atau penyokong Bob Marley. Ingat tiga jalur je semua PEKIDA ke....?

Malah jika alasan Mamat kononya PEKIDA itu NGO dan tak terlibat dengan politik, bagaimana pula dengan saignboard PEKIDA menyokong BN tersebut itu belum lagi dikira dengan Markaz Belia 4B yang di buka di Perumahan Sri Pulau Pinang bukankah Belia 4B itu hak kerajaan dan tak boleh berpolitik juga.

Tetapi apa yang kami tengok mereka juga pasang bendera BN. So jangan marah jika nanti ada Belia 4B yang lain pasang bendera parti-parti PR pula.

Akhirnya masing-masing kembali ke tempat masing-masing setelah aku serta sahabat dan geng UMNO/BN sepakat bahawa bendera tersebut tidak perlu dikacau sehingga majlis pimpinan masing-masing mengambil ketetapan.

Biar mereka yang buat keputusan. Jika kena buka bendera tersebut kami akan akur tetapi signboard itu juga mesti dibuka. Masing-masing bersetuju dan pulang ke tempat masing-masing. Dalam perjalanan balik aku bertanya pada Saiful apa yang beliau rasa.

Dia cakap dia memang geram bila ada budak-budak bawah dia cakap dengan cara kurang ajar dan angkat tangan ke muka dia.

"Dah le mereka datang nak cabut bendera kita (maruah tu beb) lepas tu cakap macam samseng.... seolah-olah kita ni kena ikut telunjuk dia pulak. Aku bukan adik-adik dia nak cakap kurang ajar macam tu Siapa dia nak turunkan bendera kita. Kalau Ayahanda dia bising mari jumpa aku dan aku boleh je berunding cara baik."
Malah aku memang lemah bila berunding dengan orang baik dan kadang-kadang orang baik sendiri boleh kalahkan aku dengan cara baik tapi ini perangai serupa Yahudi datang serang dan nak runtuhkan bendera orang lepas tu cakap mulut takde insuran. Baru jadi AJK Pemuda UMNO cawangan dah berlagak macam ni. Kalau jadi Menteri ke MP ke macam mana nanti lagak dia." Kata beliau.

Esoknya aku dapat tau kes ini sudah kecoh dan laporan polis kononnya telah dibuat oleh Mamat.

Menurut cakap sahabat aku laporan polis yang dia buat adalah sebagai melindungi diri beliau kononya jika berlaku sesuatu kepada Saiful atau bahasa mudahnya jika Saiful kena pukul bukanlah berpunca dari beliau dan beliau tidak bertanggungjawab.

Alahai takkanlah kita ni tak guna akal yang waras. Jika Saiful kena pukul ke apa ke dah tentu dia juga kena sebab dia dah ada motif. Korang reportlah beratus report tapi Polis bila ada sesuatu kes mereka akan utamakan motif dulu dari report korang lah.

Kalau Saiful kena pukul dah tentulah si Mamat ni akan disoal dulu sebab beliau mempunya konflik diawalnya. Kena pula kalau memang terbukti dia yang buat atau upah orang dah tentulah dia kena dulu silap-silap double charge sebab mengelirukan polis.

Sebab sebelum ni kami dapat kantoi UMNO/BN upah kepada samseng untuk pukul orang-orang PR termasuk Saiful. Budak yang diupah sendiri buka mulut dia dibayar untuk pukul dan senarai orang yang dipukul pun beliau berikan.

Bodoh puak-puak ni pakai kaki pukul tapi bodoh tak tau kaki pukul tu kawan kami jugak ha.... ha.... hah.... Lawak-lawak....

Sehingga hari ini kes ini sudah dimainkan dihalaman-halaman dan page UMNO terutama page Isu Politik Semasa.

Banyak yang menggugut nak mencederakan Saiful. Sedangkan mereka itu semua tolol sebab tak tahu apa yang berlaku main hentam keromo saja. Dah le takde bukti bergambar lepas tu tunjuk gambar Saiful dan tuduh beliau macam-macam seolah-olah mereka lebih tau apa yang berlaku.

Kecoh je memanjang sehingga Artikel ini ditulis pun isu itu masih hangat dikatakan mereka. Padahal bodohnya mereka terima berita bulat-bulat dari orang yang main hentam je buat fitnah.

Semakin aku menyampah dengan UMNO bila kejadian ini berlaku dan semakin aku nampak kelemahan UMNO. UMNO suka jaja cerita fitnah, berlagak Poyo, suka memerintah orang yang tak sebulu dengannya,

Suka tunjuk kuasa dan pengecut bila kes kecik macam ni sampai nak berpolis-polis buat laporan Alahai UMNO Layu Melayunya.

Oleh Sham Gee

Al-Fatihah....

Bekas Adun Pengkalan Kubur meninggal dunia



TUMPAT: Bekas Adun Pengkalan Kubur, Wan Husain Wan Ahmad, 63 meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian kira-kira jam 2.45 petang tadi akibat sakit jantung.

Allahyarham dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak beberapa hari lalu sekembali daripada mengerjakan ibadat umrah di Makkah.

Beliau meninggalkan seorang balu, Normadia Muhammad dan 10 anak. Jenazahnya dijangka disembahyangkan di Masjid Pengkalan Kubur selepas solat Isya malam ini.

Allahyarham menang di Dun Pengkalan Kubur pada pilihan raya umum 1999, bagaimanapun gagal mempertahankan Dun terbabit pada PRU 2004.

Ketika itu beliau juga merupakan Ketua Urusan Ulamak PAS Tumpat. Sebelum menyertai pilihan raya beliau bertugas sebagai imam di Masjid Mukim Ketil, Pengkalan Kubur.

Wan Husain juga merupakan seorang peniaga yang berjaya di Tumpat.

Setiausaha PAS Tumpat, Jamaluddin Ishak berkata, Allahyarham merupakan satu-satu calon PAS yang  menang di Dun Pengkalan Kubur sejak PAS tewas di Kelantan pada PRU 1978.

“Pada PRU 1990 Dun berkenaan diwakili calon Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim), Datuk Nik Man Nik Mohammad, yang mana ketika itu dikenali sebagai Dun Geting."

“Hamim merupakan calon Angkatan Perpaduan Ummah. Dan selepas itu hanya pada PRU 1999 calon PAS menang di Pengkalan Kubur,” katanya di sini. Dan mulai PRU 2008 kerusi tersebut ditandingi calon Parti KeADILan.

Jamaluddin berkata, selepas tidak bertugas sebagai wakil rakyat, Allahyarham bergiat semula dalam perniagaan garam.

Beliau turut menyifatkan kematian Tok Imam Wan Hussain merupakan satu kehilangan besar bagi PAS Tumpat dan Kelantan. Oleh itu beliau berharap keluarganya tabah menempuh segala dugaan.

Sementara itu di Kota Bharu ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Kota Bharu, Mohd Nasir Deraman, 50 kembali ke rahmatullah kira-kira 3.50 pagi tadi di Hospital Raja Perempuan Zainab ll.

Allahyarham yang juga Setiausaha PAS Cawangan Kampung Lembah Sireh meninggalkan seorang balu Rosizati Sulaiman, 37 serta empat orang anak.

Allahyarham juga merupakan abang kepada Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Pusat, Norhashimah Deraman dan kakitangan pentadbiran Harakah Cawangan Kelantan, Nooraisiah.

Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Limau Manis, berhampiran Kompleks Kota Darulnaim selepas solat Zohor. Allahyarham juga merupakan ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Sireh.

Turut menziarahi jenazahnya, anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar dan Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim.

Semasa dirawat di hospital beliau dilawati Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Adun Bunut Payung, Datuk Takiyuddin Hassan.

Norhashimah berkata, allahyarham telah lama mengidap penyakit diabetis. Bagaimanapun sejak dua minggu kebelakangan ini kesihatannya tidak begitu memuaskan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menziarahi arwah sama ada di rumah atau di hospital," ujarnya. Allahyarham merupakan anak kedua daripada 12 adik beradik.

Yang Dok Ada La Ni Jaga Keselamatan Pemimpin UMNO....!!!

Pakatan tubuh Majlis Penasihat Keselamatan Rakyat




Jeneral (B) Tan Sri Hashim bercakap dalam sidang media penubuhan MPKR

PETALING JAYA: Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Keselamatan Rakyat (MPKR) bagi memantau isu yang melibatkan pertahanan dan keselamatan negara.

Pengumuman yang dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menyaksikan bekas Panglima Tenter Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein dilantik sebagai Pengerusi MPKR.

Menurut Hashim, selain berfungsi sebagai penasihat kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berkaitan aspek pertahanan dan keselamatan, majlis tersebut juga berperanan membangkitkan kesedaran awam tentang isu keselamatan negara.

Ahli Jawatankuasa majlis itu juga akan menilai kewajaran pembelian sesuatu aset pertahanan dari segi spefikasi dan samada berpadanan dengan harga yang dibayar kerajaan.

“Majlis ini akan menasihati pemimpin PR berkaitan semua aspek ruang lingkup isu-isu pertahanan dan keselamatan negara termasuk kaedah penilaian ancaman, proses penyediaan dasar, startegi pertahanan dan ‘force capability’ serta ‘capacity building’."

“Penubuhan MPKR ini adalah berasaskan rujukan kepada situasi keselamatan semasa di Malaysia, dasar-dasar serta peraturan kerajaan sedia ada dan pengalaman serta pengetahuan yang luas bekas penjawat awam dan tentera negara ini,” kata Md Hashim.

Menurut Md Hashim, MPKR turut bertindak mengisi peranan yang ditinggalkan Majlis Keselamatan Negara (MPK) yang ada hari ini.

“MKN pada masa ini fokus utamanya menjaga ‘keselamatan’ BN, tidak kepada isu keselamatan yang sepatutnya diutamakan,” kata beliau.

Selain Anwar dan Md Hashim, turut serta dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Tony Pua.

Warga Melayu sudah muak ditipu selalu oleh UMNO....

BIAR GAMBAR BERBICARA.... ORANG MELAYU NEGERI SEMBILAN TOLAK UMNO/BN....!!!


Lihat dengan mata kepala sendiri rakaman gambar sebagai saksi bukan sekadar cakap pakai air liur basi.

Bukan niat nak mendabik dada bercakap besar berdegar-degar tetapi sekadar mengajak para pemimpin UMNO dan jua ahli-ahli, penyokong dan pendokongnya sekali buka mata dan kepala seluas-luasnya untuk menerima kenyataan yang UMNO sudah tidak relevan lagi pada bangsa Melayu.

Warga Melayu sudah muak ditipu selalu oleh UMNO.

Ini adalah rakaman gambar Ceramah Jelajah Treler Negara Berkebajikan PAS di DUN Paroi, Seremban, Negeri Sembilan malam tadi 30hb Mac 2013.

Negeri Sembilan sudah memang terkenal dari dulu antara negeri UMNO paling kuat kukuh dan kebal tetapi kini sudah tidak lagi beb....!!!

Tidak terperanjat dan menghairankan jika Negeri Sembilan bakal tumbang ke tangan Pakatan Rakyat jika dilihat pada sambutan yang cukup luar biasa malam tadi.

Amat jarang ceramah di Negeri Sembilan diberikan sebegini punya hebat.

Apakah UMNO masih mau berasa selesa sambil bercakap besar kononnya Negeri Sembilan tetap kekal di tangan UMNO sepertimana yang dikatakan oleh Mohamad Hassan?

PRU 13 adalah PRU kebangkitan rakyat.... Rakyat terutamanya anak-anak muda mau bangkit melakukan perubahan.

INI KALILAH TUKAR.... JOM UBAH.... SELAMATKAN MALAYSIA.

UMNO/MCA.... SEKS DAN BN BERPISAH TIADA....!!!

PERGHHH....!!! UMNO/BN PASTI PILIH....!!! BN DAN SEKS BERPISAH TIADA....!!!

Cara MCA/BN nak ambil dan pikat hati rakyat.

Buat konsert dengan menjemput berapa penyanyi berpakaian seksi menjolok mata.

Nampak gayanya bukan saja mengedarkan video seks lucah fitnah menjadi modal politik BN tetapi menjemput penyanyi seksi juga adalah sebahagiaan darinya.

Maklumlah.... pemimpin ulung MCA juga bukankah sudah ada video seksnya sendiri yang dia mengaku beliaulah pelakunya.

BURUNG SEBULU AKAN TERBANG SEKUTU.

SEKS DAN BN BERPISAH TIADA.

10001 Gila Yang Ada Kat Pemimpin Dan Ahlli UMNO....!

Pencacai YB Umno "Meroyan" Di Ceramah PAS Malam Tadi....

Ceramah Umno yang dilakukan secara tergesa-gesa hanya dihadiri oleh Mat-mat moto yang bertujuan mengganggu ceramah Pas pada malam tadi.
 
Malam tadi berlaku kekecohan di majlis ceramah Pas di Batu Gajah dalam DUN Sg Rapat, tempat pompuan "Ranggi"  melayu terakhir.... Kak Midah.... Ceramah PAS yang menampilkan Bekas Ahli Umno Dato' Tamrin Tun Ghafar telah diganggu dengan provokasi yang melampau, sehinggakan hadirin tidak dapat mendengar dengan jelas ceramah yang disampaikan oleh penceramah dari Pas kerana speaker puak Umno Haprak terlalu dekat dan kuat, disusuli dengan kata-kata makian dan lucah yang menjadi budaya mereka.

Paling menyakitkan, bagaimana pihak Polis boleh membenarkan pihak Umno Haprak mengadakan ceramah dalam jarak lebih kurang 30 meter saja dari khemah ceramah Pas, ini satu rekod dalam Malaysia ceramah paling dekat.... Sedangkan pihak PAS mempunyai permit dan ceramah ini telah dimaklumkan 2 minggu lebih awal.... Tiba-tiba pada hari ceramah Puak Umno Haprak pacak khemah untuk adakan ceramah sebelah Pentas Pas.... Ini apa punya undang-undang ni Inspektor Shahab.... Adakah ini juga akan di jawab dengan jawapan paling "Tengin" iaitu.... "Ini Arahan Pihak Atasan...." sedangkan yang gua tahu pihak polis dikatakan paling berintegiri dalam negara....

Sebenarnya ini arahan siapa....? Sudah pasti dari pimpinan Umno dan tempat ini adalah kawasan Hamidah Osman iaitu pompuan yang semakin ketakutan akan kejatuhannya.... Yang paling menyakitkan Hamidah lagi apabila Dato' Tamrin Tun Ghafar malam tadi mendapat maklumat daripada kawan-kawannya dalam Umno, bahawa Hamidah Osmang kemungkinan tidak tersenarai bertanding di DUN Sg. Rapat pada PRU-13 ini kerana Najib mendapat maklumat pompuan ni akan kalah teruk jika diletakkan di DUN Sg Rapat.... Padan mukaaa luuu beb.... buat lagi perangai macam bangsat nii.... InsyaAllah ini kali laaa....