TEH TARIK SATU!

Janji dicapati: Pegawai Daerah Kerian penipu?


Suka aku nak bagi nasihat kat Pegawai Daerah Kerian ni, elok sangat la terima tawaran jadi calon tu tapi jangan lupa sorok sikit duit peruntukan untuk pilihanraya. Jangan jadi bangang pulak pi labur duit sendiri sampai bergolok bergadai.

Sinarharian pada 19 Januari 2013 melaporkan:
BAGAN SERAI - Teka-teki mengenai status pembinaan Hospital Kerian di Simpang Lima, di sini terjawab apabila perlaksanaan pembinaannya disahkan akan dimulakan Februari ini.

Pegawai Daerah Kerian, Kamaruddin Awang berkata, pembinaan Hospital Kerian yang tertangguh sejak 2008 akan dijalankan secara berperingkat melalui cadangan pelan pembangunan awal dan tender fasa permulaan projek dijangka dikeluarkan bulan hadapan.

“Kita jangka pembinaan infrastruktur hospital akan dimulakan selewat-lewatnya hujung tahun ini memandangkan JKR (Jabatan Kerja Raya) bahagian kesihatan sedang menyiapkan pelan reka bentuk hospital yang memenuhi keperluan bajet,” katanya kepada media, semalam. - Ibid.
  

Hari ni dah masuk hari bulan Mac 2013.

Aku malas nak pi ambik gambar pasainya keadaan tapak yang kononnya nak dibuat Hospital Pakar tu takdak beza dengan keadaan masa Sinarharian melaporkan kenyataan dari Pegawai Daerah Kerian tu macam gambar kat atas tu.

Kalau ada beza pun rumput kat tapak tu bertambah panjang, zink yang depa buat dinding tu dah nampak mula senget sikit dan dah mula nak berkarat. Kalau biar bekas tuan tanah tu teruskan buat bendang kat tapak tu pun elok, boleh jugak dapat hasil.

Pembinaan infrastruktur? Haram!!!

Apa pun, aku yakin bila parlimen dah bubar nanti, akan ada lagi keluar kenyataan dari mulut Pegawai Daerah Kerian ni berkenaan projek yang selama ni menghantui pemimpin Umno BN di Daerah Kerian.

Tambah-tambah lagi la kalau nama dia yang muncul sebagai calon BN masa hari penamaan calon untuk PRU13 nanti.

Pasainya, dengar ceritanya nama dia memang ada dalam senarai pendek bakal calon PRU13. Ada yang kata dia diminta bertanding untuk kerusi parlimen Parit Buntar tapi dia takmau mungkin pasai dia pun tau kalau jadi calon BN untuk parlimen Parit Buntar, menang belum tentu kalah dalam tangan.

Dengar khabarnya lagi, dia minta kalau nak jugak dia bertanding, dia nak jadi calon di kerusi parlimen Bagan Serai. Parlimen Bagan Serai ni peluang ada sikit cerah hasil tindakan Hj Tempirai, wakil rakyat dari PKR yang berubah dari berudu menjadi katak, cempera sampai sekarang tak selesai lagi.

Apa pun, suka aku nak bagi nasihat kat Pegawai Daerah Kerian ni, elok sangat la terima tawaran jadi calon tu tapi jangan lupa sorok sikit duit peruntukan untuk pilihanraya. Jangan jadi bangang pulak pi labur duit sendiri sampai bergolok bergadai. Pasainya kalau kalah nanti jenuh nak bayar hutang.

Lagi satu kalau hang tak jadi calon dan Pakatan Rakyat menang lagi di Perak dan dapat pulak tawan Putrajaya, letih pulak hang nak berlakon sebagai penyokong Pakatan Rakyat.

Paling kurang pun dengan sikit sebanyak duit pilihanraya yang hang sorok tu, boleh jugak buat modai berniaga. Walaupun mungkin tak kaya tapi hati tak terseksa.

Apa pun, suka aku nak ingatkan terutama sekali para penchachai Umno yang aktif dalam facebook, tolong la pi tanya pemimpin hangpa, apa cerita sebenarnya dengan janji hospital di Simpang Lima ni. Kesian aku tengok hangpa spin isu hospital baru tu tapi akhirnya terbukti melencong ke laut.

Mula-mula pemimpin Umno BN janji nak buat Hospital Pakar dengan 300 katil, lepas tu janji lagi tapi tinggal 150 katil dan perkataan pakar pun dah hilang, bila dah bubar parlimen nanti apa pulak janji kelentong pemimpin Umno BN nak bagi.

Rasa tak sabar nak tunggu najib bubar parlimen, nak dengar kelentong pemimpin Umno pasai tapak terbiar tu...

ULAT BULU DAH MELATA ATAIH DAUN KELADI!

Amboi-amboi Najib.... Siam mali tatak sombong ma...

Kalau dia bercakap hentam Pas, bukan main lagi... jangan undi Pas... rosak akidah... akibatnya... mulut mufti Perak pun turut sama kurang ajar, Pas lebih teruk dari kafir... aduiii....

Sekarang lihatlah sendiri sikap manusia yang duk kata jangan undi Pas.... 



Apa cerita ni.... hi... hi.. ni bukan fitnah tau...
Eh... eh... eh... eh... tak selesai lagi... ermmmm...
ha... ha... ha.... ok tak... ha... ha... baru ngam... kan...
Ooo... wo... wo... ooo... kacau daun betui.... he... he... teringat kisah lama.... ada iras-iras serupa?..... serupa siapa?...
Tanya sama PI Bala yang baru balik Malaysia... ia tahu banyak cerita....

TUNGGU APALAGI PM, TG NIK AZIZ DAH BAGI PELURU... KALAU BERANI BUBAR PARLIMEN CEPAT!

Kalimah Allah: Satu lagi penjelasan yang jelas dari TG Nik Aziz

Kalimah ALLAH: Nik Aziz ulangi pendirian
Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah ALLAH, sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama sebulan lalu.

Sambil menegaskan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu, Nik Abdul Aziz berkata, yang menjadi permasalahan kini ialah tidak boleh sama sekali menterjemahkan perkataan ‘God’ dan ‘Lord’ kepada ALLAH.

“Kalimah ALLAH kita telah putuskan sebulan lepas, saya tak payah ulang dah benda ni, benda yang tak patut dijadikan isu, jadi isu.

“Nama ALLAH telah digunakan oleh syaitan dan iblis di dalam syurga lagi. Iblis jumpa Nabi Adam di syurga, dia kena guna nama ALLAH, ayah Nabi Muhammad nama Abdullah, dia peluk Islam, jadi apa susah kita? Cuma masalahnya, terjemah God dan Lord kepada ALLAH, itu tak betul,” katanya selepas merasmikan Karnival Antarabangsa Bio Kelantan 2013 Persidangan dan Pameran di Kelantan Trade Centre di sini, semalam.
 
Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan persetujuan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam terjawab apabila ia ditandatangani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Majlis Syura sebelum ini memutuskan bahawa sesiapapun boleh menggunakan kalimah ALLAH, namun tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia, begitu juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah ALLAH.

Majlis itu turut memutuskan bahawa menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar selain boleh membawa kekeliruan yang nyata.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut menyarankan agar keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini dirujuk kembali bagi mendapat gambaran lebih jelas berhubung perkara itu (kalimah ALLAH).

TAK BOLEH JADI NI....

Cilaka PKR, DAP & PAS... patutlah gila sangat nak tawan PUTRAJAYA... nak cover IC segera...!!!

King Jason
Hah Tu dia......haramjadah.. orang umno mesti share..
Gua buat U TURNED nih..

Celaka punya pemimpin PAS,PKR dan DAP!!!

Hanya sebab kamu pegang kuasa kamu jual negara kami kpd org asing semata mata untuk mereka undi kamu?

Hanya sebab kamu duduk di Putrajaya kami menggila buat apa sahaja .. cisss!!

Wahai pemimpin PAS,PKR dan DAP!! usah jadi pengkianat!!! kamu arahkan pegawai kerajaan supaya beri IC kepada org asing..

Wahai pemimpin PAS,PKR dan DAP!!

Jangan kianat boleh tak? kamu tu BERKUASA!!! so ini kerja2 org yg ada "KUASA" faham? kami akan turunkan KUASA kamu dalam PRU nanti!!!

Warga negara Ekspres...
Mykad diperolehi dari ejen di Sabah
Pernah 5 kali mengundi
Guna pasport msia balik pakistan melawat keluarga
Berkerja sebagai penjual aiskrim..

p/s : ehh...[garu kepala...] sejak bila plak PAS ,DAP PKR ni ada kuasa? muskil lah...
Hah Tu dia......haramjadah.. orang umno mesti share..
Gua buat U TURNED nih..
Celaka punya pemimpin PAS,PKR dan DAP!!!
Hanya sebab kamu pegang kuasa kamu jual negara kami kpd org asing semata mata untuk mereka undi kamu?
Hanya sebab kamu duduk di Putrajaya kami menggila buat apa sahaja .. cisss!!

Wahai pemimpin PAS,PKR dan DAP!! usah jadi pengkianat!!! kamu arahkan pegawai kerajaan supaya beri IC kepada org asing..
Wahai pemimpin PAS,PKR dan DAP!!
Jangan kianat boleh tak? kamu tu BERKUASA!!! so ini kerja2 org yg ada "KUASA" faham? kami akan turunkan KUASA kamu dalam PRU nanti!!!
Warga negara Ekspres...
Mykad diperolehi dari ejen di Sabah
Pernah 5 kali mengundi
Guna pasport msia balik pakistan melawat keluarga
Berkerja sebagai penjual aiskrim..
p/s : ehh...[garu kepala...] sejak bila plak PAS ,DAP PKR ni ada kuasa? muskil lah...

MEMANG BURUK PUN....

Ni buktinya Najib PENGOTOR [Tengok gambar neh]

Telatah Umno/BN menggunakan undang-undang rimba sebeginilah yang menyebabkan rakyat makin meluat pada mereka. Ini jelas membuktikan pada dunia bahawa melanggar undang-undang adalah tabiat semulajadi Umno/BN.
Pernahkah mereka terfikir untuk menghormati undang-undang negara yang kononnya dijunjung mereka? Terfikirkah mereka samaada tindakan sebegini melanggar undang-undang SPR atau tidak?
Mampuih hidup balik pun SPR takkan berani punya ambil tindakan terhadap Umno/BN... harktuiihh...

BIASA LA TU.... UMNOOOO....

Lot tanah dijanjikan masih berstatus padang ragut




Abirerah menunjukkan pelan carian dari pejabat tanah membuktikan tanah masih berstatus rizab padang ragut.

TEMERLOH: Tidak ada siapa yang tidak gembira jika diberi peluang dijanjikan memiliki lot tapak rumah sendiri, namun selepas empat tahun memasang angan-angan 100 orang belia di Kampung Mambang Berulang, Mentakab dekat sini terus hampa.

Lebih mengecewakan mereka, setelah mendapatkan carian dan geran di Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh, tanah seluas 30 ekar itu didapati masih berstatus rizab padang ragut walaupun mereka telah membayar wang proses sebanyak RM75 seorang.

Seorang pemohon Kamarudin Harun, 47, berkata tanah tersebut telah banyak kali ditawarkan kepada generasi kedua kampung terutama menjelang pilihan raya sehinggalah pada tahun 2009 ia diproses melalui Jawatan kuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK) dan pejabat penghulu mukim.

“Selain mengisi borang kami dikenakan bayaran sebanyak RM75 seorang kononnya untuk caj proses. Tetapi hingga ke hari ini belum ada apa-apa jawapan, malah status rizab padang kerbau masih belum bertukar.

“Maknanya proses tanah kami langsung tidak diproses oleh pihak kerajaan yang berjanji dalam empat tahun ini,” katanya sambil menunjukkan resit bukti bayarannya.

Katanya, semua belia yang memohon tanah tersebut masih tidak memiliki tanah sendiri tetapi sekarang jangankan melihat masing-masing belia mendapat lot tanah, malahan belukar di situ pun belum diusik.

Kampung Mambang Berulang terketak hanya dua kilometer dari bandar Mentakab iaitu bandar kedua dalam daerah Temerloh.

Rozali Husin, 43, (gambar) memang mengharapkan lot tanah tersebut menjadi kenyataan kerana hingga kini masih menumpang di tanah orang tua sedangkan adik beradik ada 11 orang.

“Yang peliknya tiap-tiap kali pilihan raya tanah itu diukur tetapi terus diam selepas itu, seolah-olah menjadi umpan untuk undi saja,” keluhnya.

Beliau berharap supaya pihak berkuasa mempercepatkan proses kelulusan kerana kampung sudah menjadi semakin sempit kerana penduduk bertambah ramai.

Sabaruddin Husin, 37, merasa tertipu kerana wang bayaran sebanyak RM75 lesap tetapi tanah tidak dapat.

“Saya rasa tertipu, tunggu dan tunggu tanah yang dijanjikan tak dapat pun, tapi duit mereka dah ambil,” keluhnya.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, beliau orang susah dan masih tinggal dengan keluarga. Sedangkan untuk membeli tanah lain tidak mampu kerana mahal.

Dengan itu beliau merayu supaya diselesaikan segera permohonan mereka kerana jika tidak keadaan hidup beliau bersama belia lain semakin susah.

Abirerah Awang Chik, 51, berkata beliau sendiri pergi ke pejabat tanah setelah merasakan permohonan tanah lot tapak rumah untuk belia itu terlalu lama. Tetapi terkejut apabila mendapati status tanah tersebut masih rizab padang ragut bukannya tapak kediaman.

“Kami selaku generasi kedua penduduk di sini kesal kerana menjadi orang Melayu tidak bertanah di pinggir bandar. Mustahil untuk membeli tanah di bandar Mentakab kerana harganya mencecah RM2 juta seekar.

“Sebab itulah jika pihak kerajaan tidak memproses tanah rizab yang dijanjikan, kami belia-belia kampung ini dan sekitarnya boleh menerima nasib seperti Red Indian,” katanya.

Dalam pada itu, Abirerah berkata tawaran Pakatan Rakyat Pahang iaitu untuk menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menyelesaikan permohonan tanah yang tertunda sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, boleh menarik minat orang muda untuk mengundi parti itu.

Sumber: Harakahdaily

HANGPA TUNGGU APALAGI... SAMANNN...!

Kain rentang: Pemuda PAS dibebas, tiada sabitan kes




BEBAS...Badaruddin (berkaca mata) bersama empat pemuda PAS berkenaan..

MARANG: Empat Pemuda PAS dari Kampung Jerung Seberang, Wakai Tapai yang ditahan reman kerana laporan 'fitnah' oleh Pengerusi Penaja Penubuhan Umno Cawangan Bukit Chempedak dibebaskan petang semalam.

AJK PAS Dun Pengkalan Berangan, Badaruddin Ismail berkata, mereka yang terdiri Roslam Abdullah, 35, Rosdi Abdullah, 34, Muhammad Lukman Abdullah, 28, dan Muhamad Musa, 38, dibebaskan kira-kira jam 5.00 petang dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Marang.

Beliau berkata, pihak polis memaklumkan mereka dibebaskan dengan jaminan polis kerana tidak ada sabitan kes.

"Saya dimaklumkan oleh IO (pegawai penyiassat) kes tersebut, Inspektor Wan Afzan Wan Mukhtar tidak ada sabitan kes, (mereka) dibebaskan dengan ikat jamin polis," ujarnya dipetik Buletin Online.

Katanya, pembebasan mereka merupakan satu penjelasan kepada 'fitnah' terhadap laporan media bersumberkan kepada laporan yang dibuat ketua penaja cawangan Umno itu.

"Ini bukti laporan akhbar tidak tepat, berdasarkan laporan 'fitnah' semata-mata dan juga bukti jelas pemasangan kain rentang yang tidak bermoral dan penuh fitnah itu telah mencetus situasi yang tidak aman dalam masyarakat," tambahnya.

Empat pemuda tersebut yang ditahan pada 25 Februari lalu ekoran tindakan berani mereka bertemu dengan ketua penaja Umno Cawangan Bukit Cempedak yang baru ditubuhkan yang meminta supaya satu kain rentang yang memfitnah PAS diturunkan.

Sumber: Harakahdaily

TU BAGHU SATU, ADA BANYAK LAGIII....

Isu balak ke SPRM, adakah MB T’ganu terlibat?




Syed Azman menyerahkan dokumen kepada Penolong Pegawai Siasatan SPRM Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu bakal disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri berkaitan penyelewengan, rasuah serta salah laku dalam pengurusan hasil balak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata PAS dan beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini telah membuat satu laporan serta penyerahan dokumen kepada SPRM Terengganu yang diterima oleh Penolong Pegawai Siasatan, Mohd Fadzil Abd. Jabar.

Katanya, penyerahan dokumen tersebut penting kerana mempunyai unsur rasuah, penyelewengan, salah urus dan salah laku yang mungkin melibatkan Menteri Besar Terengganu.

Menurutnya, setiap syarikat pembalakan masing-masing diagihkan kawasan seluas 1,000 ekar kepada 12 buah syarikat konsesi.

“Kita dapati sebanyak 12 (syarikat) pembalak dikehendaki membayar setiap syarikat RM2.5 juta kepada sebuah syarikat guaman di Kuala Lumpur. Selain, membayar secara rasmi premium kepada kerajaan negeri Terengganu, mereka kena bayar ‘under table’ RM2.5 juta.

“Dua dokumen telah diserahkan kepada pihak SPRM Terengganu untuk tindakan selanjut. Insya Allah, kita mengharapkan sesuatu yang positif,” ujarnya pada satu sidang media di lobi pejabat SPRM Terengganu.

Menurutnya, hasil kutipan ‘under table’ RM2.5 juta yang dikenakan kepada 12 buah syarikat pembalakan tersebut mencecah RM30 juta.

Hadir sama ialah Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk’ Raja Kamarul Bahrin Shah, Presiden Gabungan Anak Terengganu (Gate), Ahmad Amzad Hashim, Setiausaha Ikatan Mantan Adun dan MP Parlimen (Imam) Terengganu, Che Ghani Ambak dan Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Mohd Fauzi Abu Samah.


Syed Azman berucap pada himpunan aman di luar Wisma Persekutuan.

Sumber: Harakahdaily

KAH...! KAH...! KAH...! OPPPS... SORI!

Jangan ketawa ok...

Sent by D

UMNO MAKIN PENING...!

Dewan Perniagaan Melayu tawar bantuan pelabur British saman bekas bendahari Umno

Oleh Md Izwan



KUALA LUMPUR — Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berkata pihaknya sedia membantu 60 pelabur British yang mengemukakan saman terhadap bekas bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi serta dua defendan lain kerana didakwa melakukan penipuan berjumlah RM12.8 juta.

Presiden DPMM Syed Ali Al Attas berkata pelabur British tersebut dialu-alukan untuk mengemukakan aduan rasmi kepada DPMM dan pihaknya akan menjalankan siasatan ke atas dakwaan tersebut.

"Dan jika mereka mahu merujuk kepada dewan (DPMM), kami alu-alukannya.

"Mereka boleh tulis kepada setiausaha agung dan pastinya kami lihat perkara tersebut dengan panel perundangan kami," kata Syed Ali (gambar) mengemukakan tawaran kepada pelabur-pelabur British tersebut.

Apabila ditanya sama ada kes saman tersebut akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap Malaysia, Syed Ali bagaimanapun menolak perkara itu, sebaliknya berkata pasaran negara masih kukuh ketika ini.

Syed Ali berkata pelabur di Malaysia bijak untuk menilai pasaran dan tahu apa yang mereka lakukan, sambil menambah kes saman oleh pelabur British tersebut baginya adalah kes terpencil dan berlaku dimana-mana negara.

"Saya tidak rasa ia akan beri kesan kepada pelabur untuk datang ke Malaysia kerana ahli peniagaan adalah bijak.

"Mereka tahu apa yang mereka lakukan," kata Syed Ali selepas sidang media Persidangan Muslim Sedunia yang bakal berlangsung 4 Mac ini.

Walaubagaimanapun, Syed Ali menegaskan tindakan tegas wajar diambil terhadap individu yang terlibat dalam kes penipuan tersebut serta menyatakan keyakinannya bahawa pihak berkuasa akan menjalankan siasatan dengan teliti dan telus.

"Tapi tidak bermakna tiada tindakan undang-undang diambil ke atas mereka.

"Pihak berkuasa pastinya akan mengambil tindakan pantas, jangan risau pasal hal itu," tambah Syed Ali yang merujuk kepada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Kementerian Perdagangan.

Kenyataan Syed Ali hari ini sebagai respon, apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Datuk Seri Mustapha Mohamed semalam berkata pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terhadap Abdul Azim serta dua defendan lain kerana menipu 60 pelabur British sebanyak RM12.8 juta.

Semalam, pelabur British mendedahkan mereka telah memfailkan saman terhadap Doxport Technologies Sdn Bhd milik Abdul Azim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Februari lalu melalui firma guaman, The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua.

Ketua wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin, berkata, 60 pelabur British melalui syarikat Fiscal Capital City Sdn Bhd (FCC) jelas ditipu oleh Doxport, syarikat milik Azim, dan mereka menemui beberapa pemimpin tertinggi negara, antaranya Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Hasnal, 60 warga British itu melabur sebanyak AS$4 juta kepada Doxport Technologies pada Januari 2009 semasa Azim menjadi bendahari Umno. Azim yang kini ketua bahagian Bukit Bintang, digantikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai bendahari Umno pada April 2009.

Hasnal berkata pelabur tersebut membuat laporan polis pada 2011 selepas mendapati tidak ada suis Telekom itu beroperasi di Malaysia.

Peguam tersebut berkata pelabur tersebut menyaman untuk mendapatkan semula pelaburan mereka, disamping ganti rugi am dan tauladan.

Azim - yang menjadi pengerusi Bank Simpanan Nasional dari 1999 hingga 2009, dan Institut Bank Simpanan Dunia dari 2006 hingga 2009 - juga berhadapan dengan skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) selaku pengerusi Kuala Dimensi Sdn Bhd, pemaju utama projek tersebut.

BETUI...! BETUI...! BETUI...!

Pas: Langkah Isma hanya untuk pecah undi Melayu

NUR FARHANA ABDUL MANAN

Pas: Langkah Isma hanya untuk pecah undi Melayu
Rosharizan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang OKU. 
 
PUCHONG - Langkah pertubuhan bukan kerajaan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mahu bertanding di 20 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) atas tiket Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dilihat hanya untuk memecah undi orang Melayu.

Ketua Pemuda Pas Puchong, Mohd Rosharizan Mohd Rozlan berkata, sekiranya benar pertubuhan itu berniat membawa kesejahteraan ummah, mereka sepatutnya bersama-sama Pakatan Rakyat (PR), yang di dalamnya ada Pas.

Menurutnya, beliau melihat cadangan bertanding itu sebagai helah yang sengaja untuk memecah undi pengundi Melayu Islam yang bakal memilih PR di peringkat Parlimen pada PRU13.

Jelasnya, tindakan itu tidak akan berhasil lebih-lebih lagi dengan kebangkitan rakyat yang melihat PR sebagai alternatif menggantikan kerajaan pada hari ini.

Seperti yang disiarkan media arus perdana, wakil NGO itu, katanya, memaklumkan akan meletakkan calon berkaliber dalam kalangan orang Islam di beberapa kerusi Parlimen dan Dun dan antaranya  di Puchong.

Kata Rosharizan, pihak itu memberi alasan untuk memperjuangkan ummah dan orang Melayu sedangkan niatnya lebih cenderung ke arah lain.

“Saya lihat kawasan dicadang mereka untuk bertanding adalah yang mempunyai polariti kaum 50/50 antara kaum Melayu dan kaum lain.

“Saya tidak katakan mereka cenderung kepada mana-mana parti tetapi jika bertanding ia akan lebih memanfaatkan Barisan Nasional (BN),” katanya ketika ditemui pada program meraikan ibu tunggal di sini.

PERKASA TUNGGU APALAGI...

MACAI-MACAI UMNO MAI TENGOK NI



Kerajaan DAP Pulau Pinang Bertambah "Kejam" Luluskan Surau
Bernilai RM400 Ribu...

KETUA Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng pagi ini menyempurnakan majlis perletakan papan tanda asas pembinaan Surau Taman Ampang Jajar di Bagan.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Kerajaan Negeri akan terus komited memartabatkan Islam di negeri berkenaan sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan sungguhpun terpaksa mengena serangan fitnah oleh pembangkang Umno Barisan Nasional.

"Memang Kerajaan Negeri bertindak adil untuk semua. Kita, Kerajaan Negeri menerima Islam sebagai agama rasmi Pulau Pinang, selain, agama agama lain bebas diamalkan di negeri ini.

"Tetapi, Kerajaan Negeri tetap difitnah. Saya pun jadi mangsa fitnah, dua kali saman Utusan, dua-dua (kes saman fitnah) menang," ujar beliau dalam satu majlis, di sini.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Utiliti Dan Pengangkutan) turut hadir pada majlis itu.

Hadir bersama, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohd. Salleh Man, Salahudin Nasir (Pegawai Agama Daerah Seberang Perai Utara), Abu Bakar Zin (Pengerusi Surau PPR Taman Ampang Jajar) dan Ahmad Farid Md. Arshad (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP).

Malik dan Salleh turut berucap Pada majlis tersebut.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, rakyat Pulau Pinang kini semakin bijak dengan kemudahan mengakses maklumat internet hatta tidak mudah terpengaruh oleh politik fitnah pembangkang.

Sebelum pada itu, Guan Eng mengumumkan peruntukan agama Islam RM400,000 untuk membina surau di atas sebidang tanah milik MAINPP yang berkeluasan 587 meter persegi, di sini.

Surau yang mampu menampung 150 Orang jemaah dalam satu-satu masa itu syarat siap dalam tempoh 12 bulan.

Sementara menunggu proses tender terbuka dilaksanakan sekarang, Guan Eng berkata, projek itu diharapkan bermula seawal Jun depan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) diberi tanggungjawab menyelia projek murni yang akan dikendali oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

LEBIH BAIK TUKAQ NAMA....

MAIP TIPU MAAHAD TAHFIZ DARUL FIKRI RM16,800.00 ???

Rupanya ada lagi kerja-kerja macam ni disaat-saat umno kepanasan
Sumber dari FB.



Ustaz Rosli Abdul Jabar ....
Besar tapi kosongggggg...
Cek yang diterima pada Mac tahun lepas, kami tak mohon pun, cuma MAIP je panggil untuk beri cek sebesar kereta sorong... cuma nak bagitau cek tu dah nak reput, duitnya satu sen pun takde... he3... Ni bukan anggap orang macam ayam lagi dah... ni dah anggap orang macam plastik, seolah-olah orang tak berakal, ni panggil habis semua pondok dia panggil konon nak bagi duit... rupa-rupanya cek je besar... habuk pun tadakkkk... menipu orang atas darat kering.
 
byk tueee...
Dasar penipu almaklumjah ketua lanun dan ketua samseng ......
Malas lah nak cal..dia yg panggil nak bagi..ana tak minta pun..saja je nak masuk status..pengajaran ..Jgn buat rakyat camni..tak comel..apatah lagi majlis agama..kalau majlis agama camni..yg tak agama tak tahu lah..
Jngn sampai budak2 tu mngadu pd Allah haha mampos la org yg kelentong tu....
Buat malu ana jee.. gi ambik d hotel ms garden....hok bg ds tim ydp mjlis...kamera byk ambik gambor....rupanya habuk pun x dak....
Pondok an nur pn x dpt lg stkt ni zaki bgtau..malu sungguh muip wt gini..jgn songlap sudah le
jln yg terbaek cer telefon Muip..kot ade yg terlepas pndg atau pon muip bg dlm bentuk biasiswa kt pelajar...
Takyah lah talipon ... Kalau nak bagi marilah hantar..kerja dia dah... Masa buat majlis tahu pulak hantar surat suruh pergi..tak harap pun..saja je nak maklum..biar Muip jangan dok buat kerja2 camni..malu institusi agama je..bagilah tahu, takde duit ke, duit hilang ke atau apa2 je..
Biasiswa pelajar lagilah payah..nak tulis borang dulu baru dapat..siap tandatangan YB lah, ketua kampung lah..macam2 prosedurnya lagi...duit zakat nak dapat susah nak mampus..macam duit dia je..
Sape yg tahu prosedur??? Kalu dah serah replika camni duit dah kluar ke blum dari akaun muip???
Dlm janji semua mudah....zakat mudah dpt....dermasiswa mudah tp Allah saje yg tahu.
Elaun Tahfiz Qur'an gitu jugak..budak2 semua kena test..tak kisah lah tu..tengok senarai nama yg dapat ustaz2 majlis agama pun dapat juga elaun 30 juzuk..tapi tak tahu pulak siapa yang test dia...
Sepatutnya dia test kita pastu kita pulak test dia..bila budak2 tergagap gagap dia tak bagi elaun, tapi dia belum tentu lagi ingat..sebab takde org test dia..
lim guan eng yg kapir 2 pun lagi baik,x menipu dlm soal duit majlis agama ni..
AIP byk penipu dan kaki karoni dlmnnya. Kalau sedara mara cepat je tolong tukar walaupun baru kerja tapi yang bertahun lama dah berkhidmat haram nak layannya. Sekolah bawah MAIP je yang takkan naik SABK selagi tak tukar pimpinan baru
KALAU KITA CAKAP MMG KEJE PUAK2 UMNO..DEPA KATA KITA FITNAH...MMG UMNO SUKA BUAT KEJE CAMNI..
MAIP tak tipu, tp org dlm nya ada watak2 Abdullah bin Ubai, Haman dan sbgainya...org dlmnya kena tngkap buat maksiat boleh bebas dan pegang jawatan lagi...

HERO NAJIB...!

Munculnya HERO baru Umno menyelamat maruah DS Najib...

Ho ho... aku rasa nak ucapkan tahniah diatas keberaniannya,,, tetapi masih belum terlaksana,, jadi tangguh dulu tahniah dari aku....



Entah jadi entah tidak,, aku rasa hanya nak cari publisti murah aja ni,, nak menyaingi Noh tokeh kolam udang... last minit hari akhir ada saja alasan.... phuii...

Kalau Presiden tak ada teloq.... anak buah apa yang ada....!!!

BETUI KA?

BN Melaka Dalam Bahaya... Ini Buktinya

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengakui bahawa 4 kerusi Parlimen dan 14 kerusi Dun di Melaka berada dalam keadaan bahaya bagi BN.

"Kalau Dato Ali menyatakan 4 kerusi Parlimen dan 14 Kerusi Dun bahaya kepada BN maka kita kena menang sedikit lagi untuk memerintah Melaka"

"Ali berkata begitu dalam akhbar Cina hari ini" ujar Shamsul.

Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran PAS MTD Bukit Baru di Kg Bukit Katil malam tadi. Ceramah menarik minat ramai kerana ia diadakan betul-betul di hadapan Dewan Tun Ali dan Rumah Melaka.

Ramai pemerhati berpendapat 4 kerusi Parlimen tersebut ialah Kota Melaka, Bukit Katil, Alor Gajah dan Tangga Batu.

Manakala 14 kerusi Dun pula ialah Bandar Hilir, Kesidang, Kota Laksamana, Ayer Keroh, Bachang, Klebang, Bemban, Duyong, Paya Rumput, Rim, Machap, Bukit Baru, Telok Mas dan Durian Tunggal. Kawasan-kawasan dikategorikan sebagai kawasan hitam.

Malah pemerhati politik juga melihat kerusi-kerusi seperti Lendu, Asahan, Serkam, Taboh Naning , Sungai Rambai dan Ayer Molek juga dilabelkan sebagai kelabu oleh BN. ~mutaligat

AMACAM... SAPA SOKONG SILA ANGKAT KAKI!

HIDUP MELAYU: UMNO Penang pulun menang... supaya GERAKAN jadi Ketua Menteri..!!!

Kesian UMNO Penang pulun nak bagi kerusi UMNO menang banyak... bila menang kerusi KETUA MENTERI dapat kepada GERAKAN.... Hidup Melayu...!!!
Saingan di DUN Melayu, campuran - 4 kerusi rebutan
PRU13 Umno Pulau Pinang mensasarkan untuk memenangi 14 daripada 15 kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi pada masa yang sama, ia juga berdepan tugas berat untuk mempertahankan kemenangan tipisnya di empat kerusi di negeri itu.

Empat kerusi tersebut di mana Umno menewaskan PKR dengan majoriti kecil pada 2008 ialah Sungai Acheh (majoriti 250 undi), Pulau Betong (294), Teluk Bahang (465) dan Seberang Jaya (533).


anwar permatang pauh polling day 260808 09Dan kesemua kerusi tersebut terletak kawasan yang dimenangi pemimpin PKR - Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Yusmadi Yusof (Balik Pulau) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal),
yang kemudiannya menjadi wakil rakyat bebas.

Kecuali Batu Uban yang yang dimenanginya dari Gerakan dengan majoriti tipis 611 undi - PKR menang selesa dengan majoriti lebih 1,000 undi di sebelas kerusi lain.

Pakatan merampas Pulau Pinang pada 2008 dengan DAP memenangi 19 kerusi, PKR 11 dan PAS satu, manakala Umno menang 11 kerusi, dan sekutu-sekutunya - Gerakan, MCA dan MIC - gagal memenangi sebarang kerusi.

dap penang mega rally 060308 crowd1Walaupun Umno dilihat menguasai kawasan majoriti Melayu di Pulau Pinang, tetapi spekulasi bertiup kencang bahawa kerusi marginal tersebut juga mungkin tidak selamat akibat persaingan dalaman dan sabotaj dalam parti.

Pemimpin Umno, termasuk Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah berulangkali mengingatkan ahli-ahli supaya bersatu untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang yang dijangka diadakan dalam beberapa minggu lagi.

"Jika kita laporkan tentang konflik dalaman mereka seperti yang kita lakukan dengan Pakatan Rakyat, maka ia akan mengisi semua halaman akhbar kita - dari depan hingga ke belakang," kata seorang pemerhati politik yang rapat dengan kem Umno.

MNONEalah, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd  Hashim (kanan) - dahulunya daripada PKR dan baru-baru ini menyertai Umno yang menurutnya "satu-satunya parti yang mengambil berat tentang orang Melayu", telah menulis di facebook mengenai harapannya untuk melihat BN mengotai janjinya untuk meletakkan 'calon mampu menang' dan bukan hanya kroni pemimpin BN tertentu yang nenumpang populariti Najib.

Bagaimanapun, lain pula pandangan ADUN Seberang Jaya, Datuk Arif Mohd Shah, yang mewakili salah satu daripada kerusi marginal tersebut.

Mohd Arif berkata, pihaknya menjangkakan untuk memenangi lebih banyak kerusi kali ini kerana wujudnya "perpaduan" di setiap peringkat dalam BN Pulau Pinang di bawah kepimpinan pengerusinya yang baru, Teng Chang Yeow dari Gerakan.

arif shahSeperti pemimpin BN yang lain, Mohd Arif meletak harapan yang tinggi terhadap pelan transformasi Najib dan 'Janji Ditepati' untuk membantu merampas Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

Ditanya mengenai kedudukannya yang  menewaskan lawannya Ramli Bulat dari PKR pada 2008 dengan majoriti 533 undi sahaja, Mohd Arif percaya Umno akan mencapai keputusan yang lebih baik kali ini.

Nukilan : Abang Jee Jr.

KESIAN...! KESIAN...! KESIAN...!

Beras 5 kilo punya cerita [Tengok laa, kah... kah... kah...]

Adoyaiiiii......
Malang sungguh rakyat yang berfikiran begini....
Betoi kata bijak pandai...
Dimana Umno/BN kuat... di situ rakyat merempat...

Antara lain banner bangang tu bermaksud...

"UNDILAH BN... ANDA AKAN TERUS MISKIN DAN MEREMPAT DI BUMI SENDIRI..."

Dan setiap 5 tahun sekali pemimpin Umno akan datang menjenguk anda dan hulurkan beras 5 kilo saja...!! Kalau dapat kain batik sehelai dua, tu kira bonus la tuh... Hahaha...

SYOKKKNYAAA...!!!

Panas: Ustaz Azhar dikerumuni pelumba LTdL 2013



Panas! Ustaz Azhar Dikerumuni Pelumba Basikal LTDL 2013 Edisi Kuantan
http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/555117_517498674960518_826424676_n.jpg

Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

Biarkan gambar berbicara.

UAI dikerumuni oleh peminat-peminatnya semasa melawat LTDL edisi Kuantan semalam. Mat Saleh pun minat UAI juga. Semoga Allah memberikan mereka hidayah Islam juga nanti. Insya Allah. Amin

Sumber: Harakahdaily

TAKZIAH...! AL-FATIHAH....

Keluarga Zaidi terharu MB imam solat jenazah





TUMPAT: Keluarga allahyarham pendikir barat Zaidi Buluh Perindu atau nama sebenarnya, Zaidi Mohammad, 44, melahirkan rasa terharu di atas kesudian Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir untuk mengimamkan solat jenazah.

Isterinya, Zaharina Mohammad, 47, ketika ditemui melahirkan rasa syukur dalam nada sebak sebaik sahaja melihat Tuan Guru mengimami solat jenazah di kediaman arwah di Kampung Kebakat, Wakaf Bharu dekat sini.

“Terima kasih banyak-banyak, syukur kerana Tuan Guru sudi datang,” ujarnya dengan nada sebak.

Zaharina turut mengakui Zaidi jatuh pengsan ketika membuat persembahan pada satu program di Pengkalan Kubor kira-kira jam 11.00 pagi tadi.

Jelasnya, arwah suaminya tiba-tiba jatuh dan pengsan serta disahkan meninggal dunia di Hospital Daerah Tumpat.

Tuan Guru mengimamkan solat jenazah tepat jam 5.15 petang. Beliau meminta menghubungi pihak keluarga allahyarham untuk menziarahi sebaik sahaja dimaklumkan berhubung kematiannya.

Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak.

Ketua Kumpulan Ar-Rasy, Ausri Hussin mengucapkan takziah di atas kematian allahyarham.

Beliau menyifatkan kematian Zaidi begitu sukar dicari ganti.

“Suaranya begitu lunak, hingga berkesan pada siapa yang mendengarnya,” ujarnya.

Sementara itu rakan yang sering berganding sewaktu persembahan dengan allahyarham, Mat Glamour atau nama sebenarnya Ahmad Awang Ahmad, 53, tidak menafikan beliau begitu terasa kehilangan Zaidi.

Menurutnya, selama 15 tahun beliau aktif bersama.

“Allahyarham bukan hanya sebagai rakan seperjuangan tetapi juga seorang sahabat yang baik, saya memang terasa kehilangannya,” ujarnya.

Turut menziarahi keluarga allahyarham, Timbalan Speaker Dun, Mohd Zaki Ibrahim, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Tumpat, Rosli Abdullah, Ketua Penerangan PAS Tumpat, Mohd Nawi Adam, bekas anggota Parlimen Tanah Merah, Mohd Saupi Daud, serta lain-lain pimpinan PAS.

Turut menziarahi rakan-rakan artis dikir barat yang lain, Man Khan, Fendi Kenali, Jen KL dan lain-lain termasuk anggota Ar Rasy.

Sumber: Harakahdaily

GERENTI ANWAR IBRAHIM YANG BUAT....!

Jambatan dekat Cyberjaya runtuh



PUTRAJAYA: Sebuah jambatan di Cyberjaya di persimpangan bertingkat Taman Sains Selangor 2 menghala ke Lebuh Raya Elit runtuh petang tadi.

Difahamkan ianya runtuh kira-kira antara jam 1 hingga 2.30 petang tadi.

Menurut laporan beberapa portal berita, polis Polis Dengkil mengesahkan terdapat laporan dibuat mengenai runtuhan itu sebentar tadi.

Jambatan tersebut dikatakan didalam proses baikpulih kerana tanah dikawasan tersebut mendap.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menyebut tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Gambar-gambar jambatan runtuh itu turut tersebar di internet dengan pelbagai spekulasi disebarkan.

Sumber: Harakahdaily

SAMPAI CAMTU...

Manifesto Rakyat: Mahathir guna jawapan fotostat



KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak terkejut apabila Tun Dr Mahathir Mohamad tidak malu menggunakan ‘jawapan fotostat’ untuk mempertikai Manifesto Rakyat.
"Dah tak ada hujah yang masuk akal nak guna untuk sanggah manifesto kita, guna jawapan fotostat pun Dr Mahathir tak malu dah," katanya.

Mahfuz menyifatkan dakwaan Dr Mahathir bahawa manifesto Pakatan Rakyat (PR) itu boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis sebagai jawapan fotostat.

"Kita dah agak dari awal lagi mereka akan fotostat hujah kitar semula itu untuk menolak Manifesto Rakyat.

"Saya difahamkan, tak sampai sembilan jam selepas diumumkan media-media Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan penuh histeria meratib-ratib perkataan bankrap dan muflis," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Isnin lalu, PR melancarkan Manifesto Rakyat dengan tema 'Pakatan Harapan Rakyat' di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Dua hari selepas itu, PR mencabar BN untuk mengadakan debat terbuka mengenai keupayaan manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang diumumkan gabungan tersebut.

Setakat berita ini ditulis, tidak ada laporan yang menyatakan BN menyambut cabaran berdebat itu.

Sumber: Harakahdaily

SAH MEMANG CARI PASAL!

DENGAR... DENGAR... DENGAR.... RESTORAN MAMAK KINI HANYA MENERIMA PELANGGAN YANG MENYOKONG UMNO/BN SAJA??????.. PENGUSAHA-PENGUSAHA RESTORAN MAMAK CABAR PENYOKONG DAN PENDOKONG PR BOIKOT RESTORAN MAMAK!!!!!!!


RESTORAN-RESTORAN MAMAK DISELURUH NEGARA DILIHAT SEOLAH-OLAH HANYA MENERIMA PELANGGAN YANG MENYOKONG UMNO/BN SAJA!!!!!

Itulah apa yang dapat Omakkau gambarkan apabila sudah ada restoran mamak secara terang dengan megah dan bangga mengibarkan bendera dacing direstoran mereka.

Sebelum ini Presiden KIMMA telah menyatakan bahawa hampir 18,000 buah restoran mamak seluruh negara akan digerakan untuk dijadikan jentera untuk membantu BN dalam mencapai kemenangan pada PRU 13 nanti.

Kini restoran-restoran mamak sudah dilihat mula menunjukkan sikap kepartian tanpa ada rasa hormat pada yang menentang BN.

Pengusaha-pengusaha restoran mamak seluruh negara sedang memberitahu dunia kononnya penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat tidak dialu-alukan datang berkunjung ke
restoran mereka.

Kalaulah begitu sikap yang ditunjukkan oleh restoran-restoran mamak dinegara ini maka 'KECIL TAPAK TANGAN, PADANG STADIUM BUKIT JALIL KAMI TADAHKAN"

BERSIAP SEDIA UNTUK RESTORAN MAMAK DIBOIKOT OLEH RAKYAT YANG TIDAK MENYOKONG UMNO/BN.

KAMI DARI PAKATAN RAKYAT ADA MARUAH DAN HARGA DIRI... PANTANG DICABAR DAN AKAN SAHUT CABARAN KALIAN.... KAMU MENJUAL KAMI AKAN BELI DENGAN TUNAI.


SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT... BILA BERTINDAK TERUS MENYENGAT.

JANGAN MENYESAL DAH LAAA....

BERITA PANAS GEMPAR TAPI BENAR!!!!!.. MEDIA UMNO MELAPORKAN PENYOKONG TEGARNYA YANG MENYOKONG KERAJAAN PAS/PR KELANTAN DITUKAR KENA CEKUP POLIS SEBAB EDAR DADAH HEROIN!!!!


Pergh!!!! rupa-rupanya penyokong seruan Najib Razak dengan slogan TUKAR adalah seorang pengedar dadah.

Siap rasa megah dan bangga sekali memakai Baju T Merah tertera logo T Lambang Negeri Kelantan. Lambang dan logo anjuran UMNO Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Mustapha Mohamad.

Perlu ingat!!!!.. yang dedah dan hebahkan ini ialah akhbar media arus perdana bukannya Harakah Daily maupun Keadilan Daily.

HEBAT...! HEBAT...! HEBAT...!

Koleksi Gambar Terbaik Sebelum PRU-13

Sebahagian gambar-gambar terbaik berkaitan rakyat sudah amat bersedia menghadapi PRU-13  yang Orangni copy  dari laman-laman FB dalam beberapa hari lalu. 

Sungguh hebat  dan bersemangat sekali aksi dan gaya dalam gambar yang dimuat naik.... rakyat dah tak sabar lagi, Najib masih tercari-cari tarikh tak jumpa-jumpa lagi... he... he...
Bendera PAS berkibar megah di Pokok Kekabu yang tinggi

Anak Muda PAS
Kaum India bergaya dengan baju istimewa
Restoran Cina dihiasi bendera hijau putih
Dewan Himpunan Penyokong PAS
Bendera gergasi
Motor kapcai pun hijau..haha...
Paling hebat... he... he... he...
Ini gambar juara... he... he... he...

LAAA.... LEPAIH MATI BAGHU DAPAT!

MB Selangor Disaman Warga Emas Sebab Caruman Takaful Kematian?

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc1/734407_559718850727905_632076573_n.jpg

1,001 warga emas saman kerajaan Selangor, MB

 http://www.utusan.com.my/pix/2013/0228/Utusan_Malaysia/Politik/po_10.1.jpg

SEBAHAGIAN warga emas yang menuntut caruman takaful sebanyak RM2.5 juta dijanjikan pakatan pembangkang dalam manifesto kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu selepas memfailkan saman terhadap kerajaan negeri di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 27 Feb. - Sebanyak 1,001 warga emas di Selangor memfailkan saman terhadap kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menuntut caruman takaful berjumlah RM2.5 juta yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pihak plaintif yang diketuai oleh Akhirudin Abd. Rashid, 63, menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada PKR, DAP dan Pas sebagai defendan pertama dan Abdul Khalid pula defendan kedua.


admin: memang la pakcik makcik tak dapat, kena meninggal baru dapat. tu pun saudara mara pakcik makcik je yang dapat. Ada faham? Jangan berkawan rapat sangat dengan umno pakcik makcik, kan orang cakap bodoh, dia marah.

LAAAAAA........

Sinar FM kecul perut - Buat penafian terlibat kutuk PR

Rakyat yang sokong PR bukannya sikit. Kalau dunia hiburan tak berapa cerdik kononnya nak kipas BN untuk jadi kaya macam macai-macai tak ada maruah kat Umno/BN tu, alamat mereka kan hilang sokongan lebih dari separuh rakyat Malaysia.

Berikutan artis yang paling aku meluat iaitu bapok tua nak mampuih Salleh Yaakub dan janda meroyan Raja Azura yang merupakan juruhebah mengada-ngada di radio sinar terlibat dalam rakaman kutuk PR, maka dek takut rakyat mengecam Sinar FM mereka telah membuat penafian terlibat dengan para artis tersebut.

Aku rasa semua kena boikot Sinar FM selagi mereka masih gunakan darai bapok tua dengan janda meroyan tu dalam siaran radio mereka.

Jom boikot Sinar FM!!!

JENIS BANGGANG PAYAH NAK PAHAM PUNYA....

Buat tatapan totok UMNO: MT Muslim dalam BN

Bukan nak jadi resis atau terikut-ikut rentak BN, tapi memandangkan tahap pemikiran UMNO ni takat tu je, tak ada modal lain selain kata Pakatan nak jadikan Malaysia negara Kristian, orang melayu hilang kuasa bila PR perintah. Islam tergadai la, tapi hakikatnya

Tengok la. ini sekarang bukan akan datang, bukan desas-desus, bukan lepas PRU 13 so??


 

BIASA LAAA... UMNONGOKKKK.......

UMNO jajah Dewan Serba Guna.. jadi harta sendiri


28 Februari 2013- Pengkalan Pegoh
UMNO Kawasan Gopeng sekali lagi melanggar etika kerana menggunakan Dewan serba Guna Pengkalan Pegoh sebagai Bilik Gerakan mereka di sini.
Menurut makluman penduduk tempatan, papan tanda Bilik Gerakan BN yang dipasang di dinding Dewan Serba Guna menyerlahkan sikap UMNO yang suka melanggar etika kemasyarakatan. Malah perpaduan yang cuba dipupuk melalui aktiviti di Dewan berkenaan hancur apabila UMNO memasukkna unsur kepartian.


Saudara Anuar Ibrahim wakil penduduk Pengkalan Pegoh mengatakan hipokrit UMNO terserlah apabila kerap mengatakan PAS memecah belah perukunan penduduk tempatan melalui agenda politik dan aktiviti masjid sebaliknya UMNO lah parti pemecah belah.
"UMNO parti haprak dan miskin. Bangunan perhubungan negeri sahaja gah! Di peringkat cawangan dan UPU markaz dan bilik pun tiada. Inikah parti yang dikatakan berduit dan memerintah sekian lama? PAS miskin dan dicela apabila mengutip dana di ceramah-ceramah sebaliknya mampu pula memiliki markaz dan bilik gerakan sendiri tanpa perlu menjadi parasit seperti UMNO cawangan" ulas Anuar sebagai penutup bicara.
PAS Kawasan Gopeng akan membuat laporan polis dalam masa yang terdekat mengenai salahguna Dewan Orang Ramai seluruh kawasan Gopeng.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat

KAH...! KAH...! KAH...! TAK DAPAT DINAFIKAN LAGI.

PANAS ! BANER BN DI TAHIKU....BENAR ATAU KESILAPAN...!!!

BN DI TAHI KU

Diberitakan ini "benar-benar terjadi" bukannya gambar diedit????

Rakaman gambar ini disnap di jejantas jalan kaki depan SMKA, Khairiyyah, Kuala Terengganu, Terengganu.

Sekiranya benarlah apa yang dipaparkan digambar ini menunjukkan betapa bencinya rakyat kepada UMNO/BN . Sampai begitu sekali mereka meluahkan perasaan.

Kena lihat dari sudut kebencian rakyat dalam meluahkan isi hatinya. Harap warga Kuala Terengganu dapat mengesahkan akan kewujudan kain rentang ini BN TUBIT TAHI


MUNGKIN YANG SEBENARNYA IALAH "BN DI HATI KU"...... KALAU BETULLAH SEPERTI DI KAIN RENTANG TU, itu menunjukkan bagaimana "KECEWAAN ...DARI PIHAK BN YANG TIDAK PUAS HATI...

Mungkin dengan TakdirNYA, waktu dibuat... tidak sorang pun perasan, salah tulis...... padahnya... satu Malaysia nampak, apa yang rakyat rasai@pendam selama ini.